Latest

Thursday, May 12, 2022

Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang


Membaca Surah 3 Qul Pada Waktu Pagi dan Petang

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan).

“Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” 

(HR. Abu Dawud no. 4419, An Nasa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu ‘Al-Mu’awwizataini’ (surah An-Naas dan surah Al-Falaq).” 

(HR Muslim no. 814, At Tirmidzi no. 2827, An Naasa’i no. 944)

“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mencukupkan kedua-duanya dengan ‘Surah Al-Ikhlas’, sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” 
(HR. At Tirmidzi radhiallahu ‘anhu)

Moga bermanfaat dan Selamat beramal.. 

Wallahualam Bissawab

Wednesday, May 11, 2022

5 Rukun Islam

Ban Gioc Waterfall, Vietnam


Ban Gioc Waterfall, Vietnam 🏞

Masya Allah 💚 ماشاءالله
SubhanAllah 💙 سبحان الله

Du'a for Relief from Worry and Stress

The True Richness

Al-Quran mengandungi Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya


Al-Quran mengandungi Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ  ۙ وَلَا يَزِيدُ الظّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
(Quran, Surah Al-Isra' 17: Ayat 82)

Al-Quran adalah penyembuh dan rahmat buat kaum mukminin

Tuesday, May 10, 2022

Kelebihan Solat Isyak dan Subuh Berjemaah

Sunnah & Tertib Dalam Berdoa


Sunnah & Tertib Dalam Berdoa 🤲:
- memuji Allah
- selawat keatas Rasulullah s.a.w
- berdoa

(Sunan Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasai, Musnad Ahmad)

Please Join my facebook's fan page