Latest
Sunday, September 12, 2021
Saturday, September 11, 2021
Fokus
FOKUS
Semasa solat kita perlu khusyuk (fokus/berikan tumpuan). Dari sini kita pelajari bahawa fokus juga diperlukan dalam kehidupan kita; pekerjaan, perkhidmatan, perniagaan, pembelajaran, perlawanan sukan, memandu dan sebagainya...perlukan fokus, berikan tumpuan. Tanpa fokus, kejayaan sukar dicapai kerana banyak penyimpangan antara minda dan tindakan.
~ Ahmad Sanusi Husain
Friday, September 10, 2021
Thursday, September 09, 2021
Ucapkan takziah kepada mereka yang ditimpa musibah
Ucapkan Takziah Kepada Mereka Yang Ditimpa Musibah
Diriwayatkan oleh Abu ‘Umarah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ الْكَرَامَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: “Tidak ada seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya disebabkan suatu musibah melainkan Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian kemuliaan
pada hari kiamat kelak.”
[HR Ibn Majah (1601)]
Menurut Imam Al-Sindi, Ucapan takziah kepada saudaranya adalah dengan cara menyuruhnya supaya bersabar. Seperti ucapan ‘’Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada kamu’’ dan seumpamanya.
[Hasyiyah Al-Sindi ‘ala Ibn Majah (1/486)]
Subscribe to:
Posts (Atom)








