Latest
Sunday, July 05, 2020
Melaburlah dan unit amanah Islam yang mempunyai prospek keuntungan yang baik (insya Allah). Melabur dalam dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT
Saturday, July 04, 2020
Friday, July 03, 2020
Wednesday, July 01, 2020
Surah Al-Ikhlas...surah ini seperti sepertiga al-Quran
Surah Al-Ikhlas...surah ini seperti sepertiga al-Quran
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
#Hadis #SurahAlIkhlas #Surah112
Tuesday, June 30, 2020
Masjid Lapan Kubah - Jerteh, Terengganu, Malaysia
Masjid Lapan Kubah - Jerteh, Terengganu, Malaysia 🇲🇾
Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, Besut, Terengganu ini mendapat jolokan sebagai "Masjid Russia" kerana seni binanya seakan-akan "St Basil Cathedral" di Moscow, Rusia. Keunikan kombinasi warna kubah yang berwarna-warni membuatkan masjid ini tidak putus-putus dikunjungi pengunjung sejak mula digunakan pada tahun 2017. Ia sangat ikonik dan kini menjadi antara Mercu Tanda kampung di Jerteh, Besut, Terengganu.
Masjid yang dibina sepenuhnya menggunakan 100% tenaga dan arkitek tempatan di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.










