Latest

Sunday, February 02, 2020

Perintah mencari rezeki Halal



Perintah Mencari Rezeki Yang Halal

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”

(Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Tabrani)

Pengajaran Hadis:
i) Islam amat menitikberatkan masalah pencarian rezeki oleh manusia di mana setiap makhluk Allah itu telah ditentukan rezekinya masing-masing sejak ia berada di dalam perut ibunya lagi.
ii) Antara bahaya kemiskinan itu ia boleh membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja. Contohnya seorang perempuan akan sanggup menggadaikan sesuatu yang amat berharga yang ada pada dirinya kerana inginkan sedikit perbelajaan untuk keperluan harian, walaupun secara terpaksa dan sedar yang perbuatan itu adalah terkutuk, tetapi keadaan yang tertekan memaksa ia melakukannya.
iii) Mencari rezeki yang halal adalah kewajipan setiap mukmin. Oleh itu Islam amat menuntut supaya umatnya banyak bersabar dan jangan mudah berputus asa dalam mencari rezeki tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakkal kepada Allah kerana rahmat Allah S.W.T adalah sangat luas dan Dia tidak akan mensia-siakan doa dan usaha hamba-Nya.
iv) Sesungguhnya kemiskinan dan kesempitan hidup adalah satu ujian daripada Allah S.W.T namun begitu perlu direnungkan juga bahawa pendapatan (rezeki) yang sedikit serta mencukupi keperluan hidup di dunia itu sebenarnya adalah lebih baik daripada pendapatan (rezeki) yang banyak tetapi melalaikan. Di sinilah pentingnya keberkatan rezeki yang bakal menentukan kebahagian hidup manusia di dunia dan akhirat.

Doa dibuka 12 pintu



Ya Allah,
bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan,
pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan,
pintu-pintu nikmat,
pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan,
pintu-pintu cinta sejati,
pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki,
pintu-pintu ilmu,
pintu-pintu keampunan
dan pintu-pintu syurga.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Aamiin

Saturday, February 01, 2020

Kata-kata hikmah Saidina Ali ibn Abi Thalib

"Jika kau memerlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmatmu. Jika kau memerlukan keasyikan, cukuplah taat pada Allah sebagai keasyikanmu. Dan jika kau memerlukan pengajaran, cukuplah maut itu sebagai pengajaran bagimu."
~ Saidina Ali ibn Abi Thalib

Pelaburan dana patuh Syariah PMB INVESTMENT



DANA-DANA PATUH SYARIAH PMB INVESTMENT 🕋 (Islamic Unit Trust Funds) 🇲🇾

✅ PMB INVESTMENT menguruskan 15 dana Patuh Syariah yang dilaburkan dalam pasaran Malaysia dan ASEAN.

✅ PMB INVESTMENT adalah syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) dengan sejarah peniagaan selama 52 tahun, bermula sejak 1967.

✅ Boleh melabur secara Tunai atau Skim Pelaburan Ahli KWSP (akaun 1).

✅ Rekod pulangan lepas yang memuaskan dan potensi pulangan cemerlang untuk pelaburan jangka panjang, insya Allah.

Year-to-date total return as at 31 December 2019 (1.1.2019-31.12.2019):
✅PMB Dana Mutiara ⬆️ 25.07%
✅PMB Shariah Mid Cap Fund ⬆️ 21.28%
✅PMB Shariah TNB Employees Fund ⬆️ 19.40%
✅PMB Shariah Small-Cap Fund ⬆️ 18.26%
✅PMB Shariah Aggressive Fund ⬆️ 15.72%
✅PMB Dana Al- Aiman ⬆️ 14.85%
✅PMB Dana Bestari ⬆️ 11.89%
✅PMB Shariah Tactical Fund ⬆️ 10.88%
✅PMB Shariah Growth Fund ⬆️ 10.42%

Year-to-year total return as at 24 January 2020 (24.1.2019-24.1.2020):
✅PMB Dana Mutiara ⬆️ 30.59%
✅PMB Shariah Mid Cap Fund ⬆️ 27.19%
✅PMB Shariah Small-Cap Fund ⬆️ 22.29%
✅PMB Shariah Aggressive Fund ⬆️ 22.19%

☆☆☆☆☆

Sila hantarkan pesanan (whatsapp) ke +60192348786
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment dengan menulis:

Pelabur/Perunding_Nama_Umur_Lokasi

Contoh: Pelabur Ahmad Ali 40 TTDI KL

Ahmad Sanusi - Group Agency Manager
PMB Investment Berhad
(Ahli kumpulan Pelaburan MARA Berhad)
Kuala Lumpur 🇲🇾
🌐 www.pmbinvest.com.my

Sejak 1967...53 tahun

*Prestasi lepas bukanlah jaminan prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah.

Pesanan Saidina Usman r.a : Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah...

Pesanan Saidina Usman r.a : Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:

a. Hatinya berserta takut dan harap.

b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.

c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis.

d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.

Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya

Rasulullah bersabda: 
“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada (mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.” 

(Hadis riwayat Al Hakim)

Istiqomah mengamalkan solat tahajjud

Dari Abdullah bin ‘Amr bin Al-’Ash radhiallahu ‘anhuma katanya; Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Wahai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia suka sekali bangun bersolat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan bangun solat waktu malam itu.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Pada saat manakah solat malam lebih utama - pada tengah malam terakhir

Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

If it takes less than five minutes to do, do it immediately. Your life will instantly become much more organized and productive.


What is Tawbah (Repentance)?


Please Join my facebook's fan page