Latest
Monday, September 24, 2018
Sunday, September 23, 2018
Saturday, September 22, 2018
Prestasi memberangsangkan dana-dana patuh Syariah PMB INVESTMENT - 74 hari sehingga 21 Sep 2018
Lihat bagaimana indek bursa FBMKLCI memberi kesan langsung pada dana-dana di PMB Investment. Berikut adalah peratus kenaikkan dana-dana di PMB Investment untuk tempoh 9 Jul hingga 21 Sept 2018, bersamaan 74 hari;
.
PMB Dana Mutiara (11.53%)
PMB Shariah Aggressive Fund (9.24%)
PMB Shariah Small-Cap (8.39%)
PMB Shariah Dividen Fund (6.80%)
PMB Shariah Premier Fund (6.76%)
PMB Shariah Growth Fund (4.15%)
Solat dhuha
SOLAT DHUHA
Dirikanlah solat sunat Dhuha 2,4,6,8,10,12 rakaat setiap pagi dalam waktu yang dibenarkan dengan ikhlas dan istiqamah, kerana Allah. Waktunya bermula 26 minit selepas naik matahari (syuruk) dan berakhir sebelum tengahari/zohor.
Contohnya: 8-11 pagi di KL termasuk dlm waktu dhuha.
• Panduan Solat Sunat Dhuha ► http://goo.gl/T1p8A
• Keutamaan Solat Dhuha ► https://goo.gl/y30okb
• Video: Waktu Syuruk, Solat Sunat Isyraq & Dhuha ► https://goo.gl/9oaZ44
Friday, September 21, 2018
Thursday, September 20, 2018
Pantun: Redha Allah jadi tujuan
Redha Allah jadi tujuan Gubahan bunga sunguh indah, Dalam rumah jadi hiasan; Sentiasalah hidup dalam beribadah, Redha Allah jadi tujuan. ~
A.Sanusi Husain
---
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
Fadhilat Puasa Hari Arafah dan Hari Asyura
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Huraian:
Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Hal ini termasuklah peluang-peluang melakukan amal ibadat yang diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda berbanding dengan amalan-amalan yang dilakukan pada waktu-waktu biasa. Contohnya Allah memuliakan bulan Muharram dan menggalakkan kita berpuasa sunat. Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya tetapi hakikatnya itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim itu dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang terbaik iaitu ia tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu yang dikurniakan padanya kerana apabila seseorang itu sudah ditimpa sakit ataupun sibuk barulah mereka terasa akan kekurangan diri dalam mempersiapkan bekalan di hari akhirat kelak.
#Hadis #Asyura #10Muharram #Islam #Muslim