Latest

Sunday, March 02, 2014

Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)


Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah SWT menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA:

أصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ



Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQA’


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَلِكِ يَوْمِ الدِّينِ. لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ

“Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama." (Riwayat Abu Daud)


اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا


"Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”  (Riwayat Muslim)


اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا مَرِيئًا مَرِيعًا نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ

“Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat” (Riwayat Abu Daud)


اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهِيمَتَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

“Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati” (Riwayat Malik dan Abu Daud)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami



Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya dan berdoa: 

"Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami"... Tiba-tiba dari balik gunung muncul mendung bagaikan perisai. Ketika berada di tengah langit mendung itu menyebar lalu menurunkan hujan. (Shahih Muslim No.1493)


---
Alfalah Consulting KL: www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment: www.islamic-invest-malaysia.com
Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my

Saturday, March 01, 2014

Makna dan Kelebihan Selawat



Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para Malaikat. Selawat Malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya.( kitab “Zadul Masir”, 6/398).

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (Wahai manusia) dan Malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

Sabda Rasulullah SAW : 
“Aku diberikan lima hal yang tidak diberikan kepada para Nabi sebelumku dan aku tidak mengatakannya dengan sombong. Aku diutuskan kepada seluruh manusia yang merah (putih) dan hitam. Aku diberi pertolongan dengan penuh rasa takut perjalanannya mencapai sebulan (Israk’ mi’kraj) dan dihalalkan bagiku harta rampasan perang dan itu tidaklah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku, dan dijadikan bagiku di bumi masjid dan merupakan tempat yang suci bagiku, dan DIA memberikan syafaat dan aku melimpahkan syafaat itu kepada umatku pada hari Kiamat dan itu adalah bagi siapa yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu”.

Sahabat-sahabatku, 
Seutama-utama pintu kelapangan adalah selawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Allah SWT mewahyukan kepada Musa a.s.: “Apakah engkau mahu supaya Allah dekat kepadamu daripada ucapanmu sampai kepada lisanmu, dari rohmu sampai kepada tubuhmu, dari pandangan mu sampai kepada kedua matamu dan pendengaranmu sampai kepada kedua telingamu, maka perbanyakkanlah selawat kepada Nabi Muhammad SAW”.

Sesungguhnya orang yang sibuk berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah sama tempat dan keadaannya sebagaimana mereka yang selalu melafazkan tahlil, tasbih dan tahmid. Itu merupakan Ibadah zikir dengan lafaznya dan maknanya. Sesungguhnya selawat itu mengandungi zikir kepada Allah dan bersyukurlah kepadanya dan mengenal nikmat-Nya terhadap hamba-Nya (Muhammad SAW) dengan pengutusannya. 

Buah hasil daripada berselawat kepada Nabi Muhammad SAW , di antaranya :

1) Menunjukkan kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan persetujuannya dalam berselawat ke atas baginda SAW dan para Malaikat-Nya dalam berselawat ke atas baginda. 

2) Mendapat sepuluh selawat daripada Allah SWT kepada orang yang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak satu kali. 

3) Selawat merupakan sebab mendapatnya syafaat dari baginda Rasulullah SAW.

4) Sebab untuk cukupnya keperluan hamba terhadap apa yang penting baginya.

5) Selawat menuntun orang yang selalu berselawat ke jalan menuju Syurga dan menghindarkannya dari tidak mendapat jalan tersebut.

6) Selawat juga penyebab kekalnya pujian dan keberkatan Allah kepada orang yang berselawat, kerana orang yang berselawat meminta kepada Allah untuk memuji Rasul-Nya, memuliakannya, meninggikan darjatnya dan memberkati keluarganya. Permintaan ini pasti akan diterima dan orang yang mengucapkan selawat juga mendapat bahagian dari itu serta mendapat ganjaran dari amal yang dilakukannya. 

7) Berselawat merupakan sebab kecintaan secara terus menerus seorang hamba kepada Rasulullah SAW, lalu Allah akan menambah kecintaan itu sehingga berlipat ganda dari kecintaan itu. Ini merupakan simpulan dari simpulan Iman yang tidak sempurna kecuali dengannya. Ini juga penyebab untuk menambah kecintaan Rasulullah SAW bagi orang muslim dan memperlihatkan nama orang yang berselawat kepada Rasulullah SAW. Dan cukuplah bagi seorang hamba kemuliaan akan disebut di hadapan Rasulullah SAW. 

8) Selawat merupakan sebab diampunkan dosa dan sebab terpenuhnya segala keperluan dan sebab bagi hamba melalui titian sirat tanpa hambatan, sebab untuk mendapat keberkatan dan Rahmat.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berkata : “Wahai Rasulullah, doa apakah yang lebih utama ? Rasulullah SAW menjawab : “Berselawat kepadaku”. Lelaki itu berkata : “Aku membuat sepertiga ibadahku berselawat kepadamu”. Rasulullah SAW bersabda : “Jika demikian engkau telah diberi petunjuk”. Lelaki itu bertanya lagi : “Aku menjadikan setengah dari ibadahku, berselawat kepadamu”. Sabda Rasulullah SAW : “Jika demikian, dicukupkan bagimu”. Lelaki itu berkata lagi : “Aku menjadikan seluruh Ibdahku dengan berselawat kepadamu”. Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang menjadikan seluruh Ibadahnya berselawat kepadaku, maka Allah akan menunaikan baginya seluruh kepentingan dunia akhirat”. (H.R. Tirmidzi dan dikatakan hadith hasan)

Sesungguhnya Allah SWT mewahyukan kepada Daud di dalam kitab Zabur : “Wahai Daud, sesungguhnya akan datang selepasmu seorang Nabi yang namanya Ahmad dan Muhammad, seorang yang terpecaya dan seorang pemimpin (umat seluruhnya). Aku tidak marah kepadanya dan ia tidak pernah marah kepada-Ku selama-lamanya. 

Aku telah mengampuni dosanya kepada-Ku dari dosa yang lampau dan akan datang, umatnya umat yang dikasihi. Aku memberikan kepada mereka daripada perbuatan sunat seperti yang Aku berikan kepada para Nabi dan Aku memfardhukan kepada mereka, apa yang Aku fardhukan kepada para Nabi dan Rasul sehingga mereka menjumpai-Ku pada hari Kiamat dan nur mereka laksana nurnya para Nabi dan Rasul, sehingga Allah berfirman : 

“Wahai Daud, Aku mengutamakan Muhammad dan umatnya seluruh umat”.

Subhanallah, sahabat….begitulah keistimewaan yang Allah anugerahkan kepada kita sebagai umat Muhammad , maka janganlah kita meninggalkan amalan berselawat kepadanya.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Brightest cities seen from outer space were Makkah and Madinah, say Russian astronauts




---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Tuesday, February 25, 2014

Pelaburan Patuh Syariah - Halal

Pelaburan unit amanah Islam (Islamic unit trusts) terbaik di Malaysia.
■ Purata pulangan lepas: 15-20% setahun (rekod 5 tahun).
■ Kadar pulangan sebenar adalah berdasarkan prestasi dana/bisnes.
■ Operasi atas prinsip wakalah dll.
■ Perakuan patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) dan diluluskan oleh regulator industri, Suruhanjaya Sekuriti.
■ Sila layari ► www.unit-amanah-islam.com
■ atau hubungi 60192348786 (Sanusi KL), email: sanusi.my@gmail.com
■ Halalan Toyyiba.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Shariah-compliant investment in Islam unit trusts (Islamic mutual funds) in Malaysia

Shariah-compliant investment in Islam unit trusts (Islamic mutual funds):
■ Open to individuals or corporations, residents and non-residents of Malaysia. 
■ Historical returns of 15-20% p.a (past 5-years performance). Actual returns are based on performance of business/funds.
■ Contract of wakalah is applied.
■ Advised by Shariah Advisory Councils, approved and supervised by the financial/capital market regulator in Malaysia.
■ Please visit ► www.islamic-invest-malaysia.com for details.
■ Please fill up information request form ► 
www.islamic-invest-malaysia.com/p/info-request-form.html

■ or contact 6019248786 (Sanusi KL).
■ We do Islamic only. Halalan Thoyyiba.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

20 Panduan Solat

1. Panduan Solat Hajat ► http://goo.gl/0keTRb 
2. Solat Sunat Istikharah ► http://goo.gl/znzBw
3. Panduan Solat Sunat Syukur ► http://goo.gl/BdwHr6
4. Solat Jamak & Qasar ► http://goo.gl/zjB5Z
5. Panduan solat Tahajjud ► http://goo.gl/UBbEP
6. Panduan Solat Sunat Witir ► http://goo.gl/PbQQLe
7. Indahnya Berkah Solat Tahajjud ► http://goo.gl/7bZX4
8. Panduan Solat Dhuha ► http://goo.gl/T1p8A
9. Solat Sunat Rawatib ► http://goo.gl/Zt5q2e
10. Keajaiban Solat Tahajjud ► http://goo.gl/uySLU
11. Panduan & Keutamaan Solat Tahajjud ► http://goo.gl/UjMAB
12. Rahsia Qiyamullail dan Tahajjud ► http://goo.gl/001Si
13. Rahsia Khusyuk Dalam Solat ► http://goo.gl/I6D4u
14. 17 Cara-cara Mengkhusyukkan Solat ► http://goo.gl/aiWjH
15. Solat: Dari Quran dan Hadith ► http://goo.gl/xVqdPh
16. Syarat-syarat dan Rukun Solat ► http://goo.gl/F1G0aK
17. Doa ringkas selepas solat ► http://goo.gl/PHBcSI
18. Kelebihan dan Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat ► http://goo.gl/qhcytR
19. Sejarah Azan dan Iqamah ► http://goo.gl/H4QXu1
20. Antara Kesalahan Berkaitan Solat ► http://goo.gl/VOSKHn

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Antara Kesalahan Berkaitan Solat


Allah swt berfirman: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepada dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (QS. 29:45)



ANTARA KESALAHAN BERKAITAN SOLAT



SOLAT adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika Solat atau sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya.
Solat perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:
1. Meninggalkan solat.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Ijmak. Allah berfirman bermaksud: “Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?” Mereka menjawab: “(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat.” (Surah Al-Muddatstsir, ayat 4)
Rasulullah saw bersabda: “Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir.” (Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).



2. Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah swt bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan.” (Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar. Rasulullah bersabda: “Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan melakukan empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.” (Hadis riwayat Muslim)



3. Tiada thuma’ninah dalam solat.
Thuma’ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma’ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.



4. Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.



5. Mendahului atau menyamai perlakuan Imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat terbatal. Makmum hendaklah mengikuti Imam, tidak mendahului atau menyamai perbuatan Imam.
Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya diadakannya Imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia (Imam) bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



6. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat berikutnya sebelum Imam selesai dari salam kedua bagi yang ‘masbuq’ (tidak bersama Imam semasa takbiratul ihram).



7. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat.
Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: “Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka.” (Hadis riwayat Muslim)


“Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)


8. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.
Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: “Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya.”



9. Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda: “Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



10. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk (atau sujud)
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti Imam yang sedang rukuk atau sujud.



11. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya: “Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah Al-Munafiqun, ayat 9)



12. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan.
Seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata. Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.



13. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



14. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki (perut hujung jari kaki).” (Muttafaq Alaih)


Sekian, Wallahu a’lam.
sumber : Al-ahkam.net

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Sunday, February 23, 2014

19 Panduan Solat

1. Panduan Solat Hajat ► http://goo.gl/0keTRb 
2. Solat Sunat Istikharah ► http://goo.gl/znzBw
3. Panduan Solat Sunat Syukur ► http://goo.gl/BdwHr6
4. Solat Jamak & Qasar ► http://goo.gl/zjB5Z
5. Panduan solat Tahajjud ► http://goo.gl/UBbEP
6. Panduan Solat Sunat Witir ► http://goo.gl/PbQQLe
7. Indahnya Berkah Solat Tahajjud ► http://goo.gl/7bZX4
8. Panduan Solat Dhuha ► http://goo.gl/T1p8A
9. Solat Sunat Rawatib ► http://goo.gl/Zt5q2e
10. Keajaiban Solat Tahajjud ► http://goo.gl/uySLU
11. Panduan & Keutamaan Solat Tahajjud ► http://goo.gl/UjMAB
12. Rahsia Qiyamullail dan Tahajjud ► http://goo.gl/001Si
13. Rahsia Khusyuk Dalam Solat ► http://goo.gl/I6D4u
14. 17 Cara-cara Mengkhusyukkan Solat ► http://goo.gl/aiWjH
15. Solat: Dari Quran dan Hadith ► http://goo.gl/xVqdPh
16. Syarat-syarat dan Rukun Solat ► http://goo.gl/F1G0aK
17. Doa ringkas selepas solat ► http://goo.gl/PHBcSI
18. Kelebihan dan Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat ►http://goo.gl/qhcytR
19. Sejarah Azan dan Iqamah
► http://goo.gl/H4QXu1

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Saturday, February 22, 2014

Lecture on Islamic financial management & career planning to students of Universiti Malaysia Terengganu (UMT)



I was delivering a lecture on Islamic financial management & career planning to students of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) on 22 Februari 2014.
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Please Join my facebook's fan page