Latest

Thursday, March 08, 2012

Kata-kata Nasihat



Umum

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-maksud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.



Ilmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.


Biar jauh destinasimu 
Biar tinggi pendakianmu
Walau berliku perjalananmu
Sentiasalah ingat pada Rab-Mu
Pada Allah memohon dan mengadu

Takut dan cinta pada Allah itulah taqwa,

patuh dan taat perintahNya sepenuh jiwa.


Takut pada Allah adalah jauh berbeza dengan takut pada makhluk,
Takut pada harimau kita menjauhi, takut pada Allah kita mendekati.

Malam ini kita bisa dijemput pergi tak kembali,

sebelum tidur dirikan solat taubat, mohon keampunan dari Ilahi.


Bersyukur itu meluaskan rezeki, bersabar itu meluaskan hati. 

Iman adalah akidah atau pokok pegangan hidup atau kepercayaan. 

Iman mesti diikuti dengan amal. Amal adalah buah daripada iman.

Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. 


Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan pun...
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

Ketika kamu merasa hidupmu terlalu berat dan doamu belum juga terjawab, percayalah, Allah hanya menguji ketabahan dan kesabaranmu.

Bila melihat saudaramu membuat kesilapan...jangan menghina, berilah saranan membina.

Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi.

Membuat kebaikan adalah pelaburan yang tidak pernah rugi.

Jika engkau yakin dengan Yang Maha Esa, maka jangan pernah berputus asa.



Pintu taubat sentiasa dibuka luas oleh Tuhan
Selepas bertaubat jangan diulangi kesalahan

Lahir kita disambut dengan Azan,
Mati kita dihantar dengan Solat. 
Sesungguhnya jarak masa antara 
Azan dan Solat itu sangatlah singkat.



"Manis jangan disangka gula. Pahit pula jangan disangka hempedu. Pastikan yang manis itu benar-benar gula dan yang pahit itu benar-benar hempedu. Kadang-kadang kita mungkin akan terperangkap pada kemanisan dan kepahitan akibat dari kurangnya penyelidikan. Oleh itu sentiasalah berhati-hati sebelum mempercayai sesuatu kerana itu lebih baik dari beringat selepas kita menanggung akibat."

Perbuatan adalah cerminan isi hati. Jika hati dipenuhi kebaikan, maka sikap dan tindakan akan baik, begitulah juga sebaliknya.

Abdul Malik bin Marwan

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” (Abdul Malik bin Marwan)


Dr. 'Aidh Al-Qarni

"Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki."[Dr. 'Aidh Al-Qarni]


Hasan Al Banna

"Jika engkau ingin ibadahmu dterima Allah SWT, berniatlah sacara baik dan ikhlas hanya utk mengharap keredhaan Allah SWT." (Hasan Al Banna)

Ibnu Jauzi

"Barangsiapa mengharap keutamaan shalat malam, nescaya beban berat menjadi ringan baginya." (Ibnul Jauzi)

"Di antara tanda kian dekatnya seseorang pada Allah adalah makin terjaganya lisan dalam bertutur-kata." (Ibnul Jauzy)

Ibrahim Bin Adham

"Banyak melihat hal-hal yang diharamkan mengakibatkan pengetahuan terhadap kebenaran lenyap dari dalam hati." (Sheikh Ibrahim bin Adham)

Imam Syafií

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika ia berpendapat salah. [Imam Syafií]


"Barang siapa menasihati saudaranya dengan dgn perilakunya, dialah pemberi petunjuk sebenarnya." (Muhammad Idris Asy-Syafi'i)

Imam Al-Ghazali



"Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan." [Imam Al-Ghazali]

"Yang berat itu AMANAH." [Imam Ghazali]


Barang siapa tidak peduli terhadap nasib agama, bererti ia tidak punya agama' dan barang siapa yang semangatnya tidak berkobar-kobar jika agama Islam ditimpa suatu bencana, maka Islam tidak perlu kepada mereka.  [Imam al-Ghazali]


Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan,

bukan pada manisnya ucapan di bibir,
tetapi pada ingatan terhadap saudaranya di dalam doanya.
 [Imam al-Ghazali]

Ibnu Qayyim

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt."[Ibnu Qayyim]


Selama hamba berbaik sangka pada Allah; berbagus harap; berbenar sandar; sungguh Allah takkan pernah mengecewakan cita-citanya. [Ibn Qayyim]



"Di dalam hati, ada sebuah ruang kosong dan kering yang tidak dapat ditutup, kecuali dengan zikir kepada Allah SWT." (Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah)

Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya. (Ibnul Qayyim)

"Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun salat malam." (Ibnul Qayyim)

"Waktu pagi merupakan waktu pembagian rezeki. Karena itu sangat dianjurkan utk tdk tidur di pagi hari, kecuali ada uzur." (Ibnul Qayyim)

Malik Dinar

"Al-Qur'an adalah air kehidupan bagi orang mukmin sebagaimana hujan menjadi air kehidupan bagi tanah." (Malik bin Dinar)

Prof. Hamka

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. (Prof. Hamka)

Sheikh Abdul Qadir Jailani


Mengerjakan sesuatu sesuai dengan ketentuan hukum syara’ bererti menuju jalan kebahagiaan baik di dunia lebih-lebih di akhirat.  Dan hendaklah kamu merasa takut jika kamu berpisah dengan orang-orang yang ahli di bidang agama. (Sheikh Abdul Qadir Jailani)

Syed Qutb

"Saat kekalahan itu bermula apabila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu". - Syed Qutb

"Shalat malam meningkatkan kedekatan spiritual antara manusia yg fana dgn Tuhan yang Maha Kekal." (Sayyid Qutb)

http://goo.gl/UGpcG
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Monday, March 05, 2012

8 cara mudah untuk meningkatkan pengurusan masa anda

Adakah anda seorang yang mempunyai masalah untuk menguruskan masa? Sekiranya anda mengalami kesukaran ini, berkemungkinan anda tidak mengetahui teknik asas untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Di sini disenaraikan 8 cara mudah untuk meningkatkan pengurusan masa anda.
Tahu yang anda sebenarnya mempunyai masalah untuk menguruskan masa- Mengetahui bahawa anda mempunyai masalah pengurusan masa adalah langkah pertama untuk mengubah sikap anda. Berkemungkinan kadang-kadang anda akan terlambat untuk pergi bekerja atau menghadiri aktiviti sosial, tetapi ia seharusnya tidak berlaku pada setiap hari atau setiap minggu. Sekiranya anda masih melakukan kesalahan yang sama berulang-ulang kali, ia bermakna anda masih tidak menyedari masalah anda.
Mengambil keputusan untuk berubah- Apabila sudah mengetahui masalah sebenar, anda perlu mengambil keputusan untuk melakukan perubahan di dalam hidup anda. Keputusan yang telah diambil perlu disertakan dengan tindakan untuk mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, mungkin anda mengambil keputusan untuk tidak lagi datang lewat ke tempat kerja, ia juga perlu disertakan dengan tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan anda datang lewat seperti tidur awal, kurangkan melepak bersama rakan pada waktu malam dan sebagainya.
Tetap dengan objektif anda (istiqomah)- Usaha yang dilakukan untuk menjadi seorang yang lebih menghargai masa bukanlah satu perkara yang mudah untuk dicapai. Berkemungkinan sebulan anda mampu untuk sampai kerja awal, tetapi selepas itu ia akan kembali seperti sedia kala. Anda perlu tetap dengan objektif kehidupan. Pastikan anda selalu mengingati tujuan hidup dan sentiasa berusaha untuk mencapainya. Lama kelamaan ia akan sebati dengan cara hidup anda.
Buat senarai tugas harian- Membuat senarai yang harus dilakukan untuk diri sendiri adalah cara yang mudah untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Catitkan apa yang harus anda lakukan sepanjang hari. Pastikan senarai tugasan yang anda lakukan mengikut terhadap kepentingan sesuatu perkara itu.  Apa yang telah dirancang pada hari ini tidak harus ditangguhkan ke hari esok tanpa sebab yang munasabah.
Peralatan pengurusan masa- Pasti ia merupakan satu kesukaran untuk otak anda mengingati segala tugasan harian yang perlu dilakukan.  Ia juga merupakan suatu perkara yang agak mustahil. Anda perlu bijak untuk menggunakan peralatan yang berada di sekeliling anda dengan lebih baik. Sebagai contoh, pada zaman yang serba canggih ini, pasti setiap orang mempunyai telefon bimbit sendiri. Catatkan nota yang perlu anda lakukan atau gunakan sistem amaran peringatan (reminder) untuk mengingatkan anda melakukan sesuatu tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Bijak untuk menerima atau menolak suatu pelawaan-  Sudah pasti anda pernah mengalami situasi di mana anda sedang cuba menyiapkan kerja dan dalam masa sama rakan-rakan anda mengajak untuk keluar minum, beriadah, mendengar taklimat perniagaan atau sebagainya. Anda seharusnya lebih bijak untuk menangani situasi ini. Anda perlu tahu kesan sekiranya anda menerima atau menolak pelawaan tersebut. Sekiranya anda menerima pelawaan tersebut tetapi ia akan menyebabkan anda terlewat untuk menyiapkan tugasan pada tarikh yang telah ditetapkan, anda dinasihatkan untuk menolaknya dengan sopan. Urus masa anda dengan lebih bijak.
Sistematik- Melakukan suatu tugasan dengan bersistematik dapat membantu untuk menguruskan masa dengan lebih baik. Pasti sepanjang hari banyak perkara yang ingin anda lakukan selain bekerja sahaja seperti bermain dengan anak, keluar bersiar-siar dan sebagainya. Rancang masa anda dengan bersistematik supaya anda dapat menikmati kepelbagaian kehidupan harian anda. Ini juga dapat membantu untuk mengelakkan anda daripada melalui kehidupan yang membosankan.
Muhasabah diri- Di akhir setiap hari, muhasabah diri untuk menyemak samada anda telah melakukan apa yang anda sepatutnya lakukan pada hari ini. Adakah anda telah menangguhkan atau melengahkan tugas sepatutnya disiapkan? Ambil pengajaran atas sebarang kesilapan yang dilakukan dan buat pembetulan dan pembaikan.
Rujukan: t5r
--- 
Ahmad Sanusi Husain :
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : 
Islamic Investment Malaysia : 

Sunday, March 04, 2012

Mutiara kata: Ibadah

Hendaklah kamu mengambil berat supaya diterima amal amal kamu dan bukan hanya beramal sebanyaknya. 
Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.


Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati besok, dan bekerjalah kamu seolah-olah kami akan hidup seribu tahun lagi.


--- 
Ahmad Sanusi Husain : 
www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : 
www.alfalahconsulting.com 
Islamic Investment Malaysia : 
www.islamic-invest-malaysia.com

Thursday, March 01, 2012

Mutiara kata: Ilmu





Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap, dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Membaca itu sumber ilmu, banyakkan membaca, gunakan akal fikiran untuk menilai.

Kemuliaan seorang pemuda hanya dalam ilmu & agamanya (ketaatannya pada Allah). -Imam Syafi'i

Biarpun sedikit, belajarlah ilmu agama setiap hari, dan beramallah dengan ilmu tersebut, agar kehidupan lebih bahagia kelak.

Apalah gunanya ilmu jika tidak diamalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.

Mengamalkan ilmu yang dimiliki merupakan salah satu cara melestarikan dan meraih lebih banyak pengetahuan.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya - Hamka

Di antara tanda-tanda Kiamat adalah hilangnya ilmu dan tersebarnya kebodohan. (HR Bukhari)

Sesungguhnya memperoleh ilmu hanya dengan belajar. (HR. Bukhari)

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu.


Ilmu yang bermanfaat hanyalah ilmu yang membimbingmu kepada kebaikan. Adapun ilmu yang tidak bermanfaat hanya menyebabkan dirimu tidak takutkan Allah, hari akhirat dan tidak membuatkan dirimu mengharapkan rahmat dari Nya. Maka itu adalah ilmu yang sesat dan merosakkan.


Jika engkau tidak sanggup menahan penatnya belajar, engkau harus menanggung pahitnya kejahilan.


--- 
Ahmad Sanusi : www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - KL : www.alfalahconsulting.com 
Islamic Investment Malaysia : www.islamic-invest-malaysia.com

Tuesday, February 28, 2012

Mutiara kata



"Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya." --- Prof. Dr. Hamka


Lihatlah ke belakang untuk mengambil pengajaran,
Lihatlah ke hadapan untuk melangkah dengan penuh keyakinan,
Lihatlah ke dalam hati mu untuk muhasabah diri dengan penuh keinsafan.



Dalam setiap pengalaman yang pahit itu tersimpan hikmah yang manis.


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Bila melihat saudaramu membuat kesilapan... 
jangan menghina, berilah saranan membina.

Seseorang yang melakukan kesilapan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesilapan lagi.

Jika hati seputih awan, jangan biarkan ia mendung,Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh,Jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan iman.
Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.


Setiap apa yang terjadi dalam kehidupan kita ada hikmah dan pengajarannya....kita harus terima dengan reda, tenang dan tabah...kadangkala ada kebaikan tersembunyi...kadangkala ia penebus dosa...kadangkala ia peringatan pada yang leka.


Keberanian adalah keupayaan yang memungkinkan seseorang bertindak dengan baik dan mantap, walaupun ia dalam keadaan setengah mati. ---Omar Bradley

Orang yang disiplin adalah orang yang mampu melakukan hal hal yang harus dilakukan pada waktunya.

Kebanyakan masalah dalam kehidupan adalah kerana 2 sebab: bertindak tanpa berfikir dan terus berfikir tanpa bertindak.


Jangan tunggu bahagia baru bersyukur, tapi bersyukur-lah maka kamu akan bahagia.

--- 
Ahmad Sanusi Husain : www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com 
Islamic Investment Malaysia : www.islamic-invest-malaysia.com

Sunday, February 26, 2012

Koleksi Zikir

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala ujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar) adalah bacaan kesukaan Rasulullah s.a.w., yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia." (Hadith Riwayat Muslim) 


Bacaan itu juga adalah tanaman syurga Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Pada malam israk, aku bertemu Ibrahim kekasih Allah. Dia berkata, : "Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahu mereka syurga itu pasirnya sangat bagus, airnya sangat jernih dan menyegarkan. Syurga itu adalah sebuah lembah, tanamannya adalah bacaan, Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."


Subhanallah wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan segala pujian untuk-Nya.) Rasulullah s.a.w. berpesan, : "Sesiapa yang pada sebelah pagi dan petang membaca Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali, dihapuskan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Jabri meriwayatkan Rasulullah s.a.w.berpesan, : "Sesiapa yang membaca Subhanallah wa bihamdihi, ditanam baginya sebatang pohon kurma di syurga.

Subhanallah wa bihamdihisubhanallahilazhim. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua kalimat yang mudah diucapkan, berat di timbangan, dan dicintai oleh Ar-Rahman adalah subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim.


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Wednesday, February 22, 2012

Words of wisdom: Action

In life, lots of people know what to do, but few people actually do what they know. Knowing is not enough! You must take action.


For every failure, there's an alternative course of action. You just have to find it. When you come to a roadblock, take a detour.



Follow effective action with quiet reflection. From the quiet reflection will come even more effective action.


High achievers spot great opportunities swiftly, make big decisions quickly and move into action immediately. Follow these principles and you can make your dreams come true.


It is easy to sit up and take notice, What is difficult is getting up and taking action.


You must take action now that will move you towards your goals. Develop a sense of urgency in your life.


A pyramid isn't built from the top down. The apex is attained only by laying strong foundation stones, one by one. The same is true of achieving a lofty objective. The crucial thing is to lay the first stone, to take the first step.
--- 
Ahmad Sanusi Husain : 
www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : 
www.alfalahconsulting.com 
Islamic Investment Malaysia : 
www.islamic-invest-malaysia.com

Monday, February 20, 2012

Himpunan Doa



Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.

---
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, 
dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, 
jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, 
masukkanlah kami ke syurgamu dengan Al Qur’an. 
Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia,
di dalam kubur sebagai penerang dan teman,
cahaya di atas titian (shirath),
dan teman di dalam surga,
dan penghalang dan hijab dari api neraka,
sebagai petunjuk untuk segala kebaikan
dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan ,
anugerahkan kepada kami kemudahan
dalam mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan,
senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman. 

Dan selawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
---
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan, 
dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan. 
Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan 
dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan. 
Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami 
dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan 
yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.

---
"Rabbi yassir wa tammil bil khair"
(Ya Tuhan-ku, permudahkanlah urusanku dan jadikan ia berakhir dengan baik.)

---
Janganlah Engkau pejamkan mata hati kami, 
hingga kami terlupa akan nikmat-Mu, 
dan pasrahkanlah kami dengan takdirMu… 
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… 
adalah yang terbaik buat kami,
jangan Engkau biarkan kami sendiri… 
di dunia ini maupun di akhirat nanti,
bimbinglah kami agar tetap tegar…. 
agar hidup kami tak hilang dalam kehancuran, 
Ya Allah ya Tuhan kami.
---
‎"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."
---


Doa dari Hadith

Ya Allah, 
Tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku. 
Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. 
Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. 
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan.
(HR. Muslim) 

---
Doa Rasulullah s.a.w: “Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tenteranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yg aku tujukan kepada seorang Muslim lain.” (HR: Abu Daud)
---
Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yg Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalâm ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.” 
(HR. Ahmad 1/391)
---
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kekuatan menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati (HR.Muslim)
---
"Ya Allah, cukupilah aku dgn rezeki-Mu yg halal (supaya aku terhindar) dari yg haram." (HR. At-Tirmidzi)
---
“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.” (HR. Muslim)
---
Ya Allah, baguskanlah setiap akhir urusan kami, dan selamatkanlah dari kebinasaan di dunia dan dari siksa akhirat. (HR. Ahmad)
---
"Ya Allah, bukakanlah untuku pintu-pintu rahmat-Mu." (HR. Muslim)
---
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah & sedih, aku berlindung kepada-Mu dari rasa lemah & malas." (HR.Abu Dawud)
---
"Aku berlindung dengan ridha-Mu dari murka-Mu, dan berlindung dengan ampunan-Mu dari hukuman-Mu." (HR. Muslim)
--
Doa Rasulullah s.a.w: 
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yg bermanfaat, rezeki yang baik (dan halal), dan amal ibadah yang diterima."



Doa dari Al-Quran

"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Quran; Surah Al-Baqarah: 285)


“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Quran; Ali Imran:8)



“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yg terserah kepada-Nya segala urusan kami).” [Quran; Ali-Imran: 173]
Keterangan ayat: Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa diatas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh nabi ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. ( Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran). Khasiat dan Kaifiat Beramal: Amalkan membaca zikir ini apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika menghadapi tekanan atau stres.

‎"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." [Quran; Surah Ibrahim (14) : 41]

"Wahai Tuhan kami! Berilah kami rahmat-Mu dan berilah petunjuk untuk menyelesaikan urusan kami ini (dengan baik)." [Al-Quran, Surah Kahfi (18) : 10]


Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun sehinggalah baginda dilepaskan dan selamat. Iaitu : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." [Surah Al-Anbiya, (21): 87] 

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Quran, surah An-Naml, 27:19)

Doa bila hujan
Allahumma soi yiban naa fi'a"
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari)


Doa ringkas selepas solat


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Please Join my facebook's fan page