Doa yang diwasiatkan oleh Nabi ﷺ tanda sayang kepada sahabatnya
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud. Rasulullah ﷺ pernah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada Muaz bin Jabal. Sabda Rasulullah ﷺ:
يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ
“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau.”
Namun ucapan Rasulullah ﷺ tidak terhenti disini sahaja. Baginda seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus di penghujung solat atau setelah selesai dari solat.
Pesan Rasulullah ﷺ:
“Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini dipenghujung solat:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadahku kepada Mu."
Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa apabila Rasulullah sayang kepada seseorang, Rasulullah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada mereka dan mengajarkan perkara yang terbaik kepada orang yang disayangi. Pastinya doa ini amat tinggi nilainya di sisi Allah dan NabiNya.
Jom hafal dan amal dengan istiqamah.
#Sunnah #Hadis #Hadith #SunanAbuDaud #doa #doadihujungsolat
No comments:
Post a Comment