Tiap-tiap Amal Harus Disertai Dengan Niat
Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:
"Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".
[Hadis; Sahih Bukhari (Koleksi 1-No.1)]
No comments:
Post a Comment