Latest

Monday, July 08, 2024

Panduan Solat Sunat Hajat

Panduan Solat Sunat Hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat:

Boleh dilakukan bila-bila masa (siang atau malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, selepas solat asar, ketika matahari naik, dll. Walaubagaimanapun, lebih afdhal (baik) dilakukan pada lewat malam khususnya pada sepertiga akhir malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat 
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian 
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

a. Baca doa iftitah

b. Baca Al Fatihah

c. Baca Surah Al Kafirun (atau surah/ayat lain)

d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua

a. Baca Al Fatihah

b. Baca Surah Al Ikhlas (atau surah/ayat lain)

c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :

a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, melunaskan hutang, diberi jalan keluar dari kesempitan atau masalah kehidupan, dijauhkan dari maksiat dll.

• Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapai cita-cita dan hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar.

• Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yang dipohon:
Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain dan doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon:
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang.
- Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah.
- Tidak putus asa mengharap rahmat Allah.
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insya-Allah).

Tambahan: Boleh berdoa semasa sujud afdhalnya dalam bahasa Arab seperti doa dari Hadis dalam bahasa Arab.

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page