Istighfar dan Taubat
Banyak ibadah wajib dan sunat yang Nabi s.a.w ajarkan kita supaya beristighfar selepas melakukannya seperti istighfar 3 kali selepas salam solat fardhu, istighfar dan taubat selepas solat dhuha, istighfar di malam al-qadar (lailatul qadr), istighfar selepas suatu majlis yang dipanggil tasbih kifarah, dll.
Kalimah istighfar datang dalam beberapa bentuk (versi) yang semuanya mengandungi permohonan ampun atas kesilapan dan dosa. Istighfar tidak terhad kepada ucapan:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Istighfar diutamakan oleh Rasulullah s.a.w. Selepas melakukan amal baik pun Nabi s.a.w minta kita beristighfar apatah lagi selepas melakukan maksiat.
Maka setiasalah beristighfar dan bertaubat.
No comments:
Post a Comment