Latest

Sunday, June 02, 2024

Kelebihan Membaca Surah al-Mulk

Kelebihan Membaca Surah al-Mulk

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda:
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)

♥ Hadis ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. 
♥ Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. 
♥ Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.
♥ Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain dengan izin Allah.

#Quran #AlQuran #SurahAlMulk #Surah67 #Hadis #SunanAbuDaud #SunanTirmizi

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page