Latest

Monday, May 20, 2024

Mencari Ketenangan Jiwa

Islam telah memberi memberi solusi bagaimana untuk mencari dan mendapatkan ketenangan minda. Ianya dengan berzikir, selawat, istighfar, baca Quran dan amalan-amalan murni lain yang mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Sangat tidak betul untuk mencari ketenangan dengan cara mengambil dadah, minum arak, berdisko, buat maksiat, berhibur belebihan ataupun hisap rokok, vape, shisha dan yang seumpamanya.

Ada juga penghibur dan pelawak ternama antarabangsa yang membunuh diri kerana mereka tidak menemui cara sebenar untuk mendapatkan ketenangan walaupun kerja mereka menghibur dan membuat orang ketawa. Luarannya ketawa, dalamannya menderita.

Maka kembalikan kepada cara yang disarankan dalam Quran dan Sunnah.

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page