Qiyamullail dan Solat Tahajjud
Bila terjaga disepertiga akhir malam, dirikanlah solat tahajjud 2 rakaat paling kurang.
Qiyam lama-lama, rukuk lama-lama, sujud lama-lama.
Bercakap-cakap dengan Allah dalam solat.
Merayu dan merintih dalam setiap bacaan Al-Quran dalam solat.
Menangis dalam zikir dan doa dalam solat.
Selesai solat, angkat tangan tinggi-tinggi.
Mengadu serta mohonlah segala hajatmu dengan Allah.
Mohon ampun dari Allah atas segala kesalahan.
Mohon ditetapkan iman agar sentiasa di jalan kebenaran.
Mohon dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Mohon diselesaikan segala tanggungjawab dengan manusia.
Mohon diselamatkan dari api neraka.
Mohon dimasukkan ke dalam syurga yang paling tinggi tanpa hisab.
Bangunlah di tengah malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.
Kerana hampir seharian kita sibuk dengan segala macam urusan dunia.
Luangkan sedikit masa di tengah malam dengan Allah.
Bercerita, mengadu, merintih dan mohonlah pada Dia Tuhan Semesta Alam.
Rasulullah SAW dah sebut janji Allah di sepertiga terakhir malam...
Siapa memohon ampun, Allah akan ampunkan.
Siapa berdoa, Allah akan kabulkan.
.."Dari Ubadah ibn as-Somit r.a dari Nabi SAW, baginda bersabda barangsiapa terbangun di malam hari kemudian membaca."
"La ila ha illallah wahdahu laa syarikalah, Lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala qulli syai'in qodir. Subhanallahi, Walhamdulillaahi, Walaa ilaa ha illallahu, Wallahu akbar. Wala haula wala quwwata illa billaah"
Maksudnya:
Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Segala Puji bagi Allah, Maha Suci Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Kemudian dia berdoa "ALLAHUMMAGHFIRLI" ..
"Ya Allah, ampunilah aku atau lalu dia berdoa maka doanya akan diterima. Jika ia berwudhu lalu solat, maka solatnya akan diterima."
(Hadis riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah)
Rebutlah peluang itu.
Usah dibiarkan berlalu begitu saja.
Tak semua orang Allah kejut untuk bangun malam.
Bila dah terjaga tu, maknanya Allah sayang.
Semoga malam-malam kita berlalu dengan manfaat dari terjaga dan bukannya hanya terus menyambung tidur kembali.
No comments:
Post a Comment