Kelebihan membaca surah As-Sajadah dan melakukan sujud Sajadah.
Ketika sujud sajadah, bacalah doa seperti dalam sujud atau yang lebih baik bacalah seperti yang Nabi s.a.w baca sebagaimana riwayat daripada Ali bin Abi Talib r.a, bahawa ketika Rasulullah s.a w melakukan sujud, baginda berkata:
اللَّهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَلَكَ أَسْلَمْتُ. سَجَدَ وَجْهِي لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Maksudnya: Ya Allah, Kepada-Mu aku bersujud, dengan-Mu aku beriman, dan kerana-Mu aku berserah. Wajahku sujud kepada Tuhan yang menciptakannya dan membentuk rupanya serta mengurniakan pendengaran dan penglihatannya, Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. [Riwayat Muslim (771)]
Semoga kita dapat mengamalkannya.
No comments:
Post a Comment