Kelebihan Besar 10 Hari Awal Zulhijjah
Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang keistimewaan 10 hari terawal Zulhijjah.
مَا العَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ. قَالُوا: وَلاَ الجِهَادُ؟ قَالَ: وَلاَ الجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ
Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik berbanding amalan pada 10 hari ini.
Para sahabat bertanya: Walaupun jihad?
Jawab Baginda: Jihad juga tidak, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya lalu dia syahid dan tidak kembali lagi.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 969)
Rebut peluang beramal soleh pada 10 hari awal bulan Zulhijjah. Sangat besar ganjarannya.
Semoga Allah menerima amalan kita.
No comments:
Post a Comment