SOLAT DHUHA RASULULLAH SAW
Mu'adzah binti Abdullah Al-'Adawiyah berkata:
قُلْتُ لِعَائِشَةَ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهَا : أَكَانَ النَّي ﷺ يُصَلَ الضُّحَى؟
قَالَتْ: نَعَمْ، أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ.
Aku bertanya kepada Aisyah,"Adakah Rasulullah SAW mengerjakan solat Dhuha?"
Aisyah menjawab, "Ya. Baginda mendirikan solat Dhuha sebanyak empat rakaat.Kadang kala, Baginda menambah bilangan rakaat sesuai dengan yang dikehendaki oleh Allah."
(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim, Imam Tirmizi, dan Imam Ahmad)
Keterangan:
Hadisini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Mahmud bin Ghailan, daripada Abu Daud At-Thayalisi, daripada Syu'bah, daripada Yazid Ar-Risyk yang bersumber daripada Mu'adzah.
No comments:
Post a Comment