3 Amalan Yang Pahalanya Berterusan
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda;
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."
[Hadis Riwayat Imam Muslim (1631)]
Semoga Allah SWT menjadikan kita dari kalangan mereka lebih cintakan kehidupan akhirat, serta menjadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa bersemangat untuk melakukan infaq dan mengeluarkan sedekah jariah yang akhirnya dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi ummah dalam skala yang besar. Aamiin.
No comments:
Post a Comment