Latest

Sunday, November 08, 2020

4 Amalan Yang Tetap Mengalir Pahala

4 Amalan Yang Tetap Mengalir Pahala

Sayidina Abu Umamah al-Bahili R.A, Rasulullah SAW bersabda:

أَرْبَعَةٌ تَجْرِي عَلَيْهِمْ أُجُوْرُهُمْ بَعْدَ الْمَوْتِ : مَنْ مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيْلِ اللهِ وَ مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا أُجْرِيَ لَهُ عَمَلُهُ مَا عَمِلَ بِهِ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَجْرُهَا يَجْرِي لَهُ مَا وُجِدَتْ وَرَجُلٌ تَرَكَ وَلَدًا صَالِحًا فَهُوَ يَدْعُوْ لَهُ

"Ada empat amalan yang pahalanya tetap mengalir bagi pelakunya setelah meninggalnya (iaitu) orang yang meninggal saat menjaga perbatasan dalam jihad fi sabilillah, orang yang mengajarkan ilmu dia akan tetap diberi pahala selama ilmunya itu diamalkan, orang yang bersedekah maka pahalanya akan tetap mengalir selama sedekah itu masih ada dan orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakannya" 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Imam Thabrani)

Di sepanjang kehidupan yang masih berbaki ini, marilah kita memperbanyakkan amalan kebaikan yang pahalanya sentiasa mengalir tanpa putus-putus. Moga kebahagiaan dan kedamaian yang berpanjangan mampu kita perolehi di alam barzakh dan di padang mahsyar kelak.

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page