Bermula dari 1967
PMB Investment Berhad (256439-D), sebelum ini dikenali sebagai ASM Investment Services Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC). Ia menawarkan perkhidmatan pengurusan saham amanah. Ia merupakan anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, salah satu daripada pelopor industri saham amanah di Malaysia dengan pengalaman melebihi empat dekad.
Nama baru syarikat ini telah mula diguna pada 28 Februari 2014, ekoran daripada penjenamaan semula kumpulan tersebut. Ia membayangkan penukaran nama syarikat induk iaitu Amanah Saham Mara Berhad kepada Pelaburan MARA Berhad.
Seiring dengan salah satu daripada inisiatif Rancangan Transformasi 2011 - 2015 Pelaburan MARA Berhad untuk menjadi sebuah Kumpulan yang kukuh, sofistikated dan kompetitif, semua dana unit amanah/portfolio institusi kini adalah Patuh Syariah. Pada 7 Mac 2014, dua dana saham amanah terakhir telah ditukar secara rasminya sebagai berunsur Patuh Syariah. PMB Investment telah memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menukar aktiviti terkawal daripada Pengurusan Dana kepada Pengurusan Dana Islamik bermula dari 28 November 2014.
Kami juga menawarkan mandat portfolio budi bicara untuk pelaburan dalam ekuiti patuh syariah, sukuk dan instrumen Pasaran Wang Islamik atau gabungan mana-mana tiga kelas aset seperti yang dikehendaki oleh pelanggan kami.
Hasil daripada menjadikan dana saham amanah konvensional sebagai berunsur Syariah, kebanyakan dana saham amanah yang kami tawarkan adalah unik walaupun ianya melabur dalam kelas aset yang sama. Ianya bagi membolehkan pelabur, tertakluk kepada Penilian Kesesuaian, memilih dana yang bersesuaian dengan tahap toleransi risiko dan objektif pelaburan. Sila baca dan fahami kandungan Prospektus Induk, yang mana boleh dimuat turun daripada laman sesawang.
Sejarah PMB Investment bermula pada 24 Jun 1967 apabila ketika itu Amanah Saham Mara Berhad, kini Pelaburan MARA telah ditubuhkan dan seterusnya telah melancarkan dana saham amanah pertama di tahun berikutnya pada 6 April - dana tersebut telah dinamakan Kumpulan Modal Bumiputera Yang Pertama dan kini dikenali sebagai PMB Dana Al-Aiman.
PMB Investment telah diperbadankan pada 15 Januari 1993 sebagai ASM MARA Unit Trust Management Berhad. Ia mengambil-alih operasi saham amanah daripada ketika itu Amanah Saham Mara Berhad termasuk kakitangan berkaitan. Ini dilaksanakan ekoran daripada keperluan pengurusan dana saham amanah harus dilakukan oleh syarikat pengurusan saham amanah.
Nama ASM MARA Unit Trust seterusnya ditukar kepada ASM Investment Services Berhad pada 9 Oktober 2006 dan mengambil-alih operasi pengurusan dana ASM Asset Management Sdn Bhd. Ini adalah untuk menyelaras aktiviti pengurusan saham amanah dan portfolio Kumpulan. ASM Asset Management yang telah diperbadankan pada 16 Disember 1996, pada ketika itu merupakan subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad.
PMB Investment dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan, 2007 (Capital Markets and Services Act, 2007). Syarikat ini mempunyai modal dibenarkan bernilai RM10 juta, yang mana RM9 juta adalah modal dibayar. Setakat 31 Disember 2017, kami menguruskan 14 dana unit amanah dan 2 dana borong bernilai RM530 juta. Jumlah keseluruhan saiz dana di bawah pengurusan adalah RM1.10 bilion setakat akhir Disember 2017.
🇲🇾
Dana-dana Patuh Syariah PMB INVESTMENT
Syarikat Kumpulan Pelaburan MARA Berhad
(Syarikat Pengurusan Dana Islam)
Whatsapp: +60192348786
Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding
Ahmad Sanusi - Pengurus Agensi/Perunding
PMB INVESTMENT KL | Selangor | Malaysia
No comments:
Post a Comment