Malam tadi (30 Ogos), TG Haji Hadi menyampaikan ceramah perdana di tempat saya, Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. TGHH memberikan contoh yang baik dalam adab berceramah di Masjid (tidak seperti beberapa penceramah yg lain). Menyedari bahawa jemaah datang dari berbagai fahaman parti dan masjid adalah tempat penyatuan ummah. Ceramah beliau bersifat umum dan penuh pengajaran dan hikmah dan tidak langsung menyebut nama mana-mana parti termasuk parti yang diketuainya sendiridan tidak menyentuh peribadi sesiapa pun kecuali Rasulullah s.a.w dan para sahabat Nabi r.a sebagai contoh ikutan.
Pada hari yang sama saya juga melihat watak-watak pemimpin yang mahu membawa 'Islam progresif' atau gerakan harapan baru di KL, yg saya lihat ia bersamaan dgn pemikiran liberal Islam kerana mereka tidak menjaga batasan hukum agama demi mencapai cita-cita mereka. Kelmarin juga rakan-rakan mereka dari DAP memijak gambar TGHH.
Membiasakan setiap hal yang memang benar, bukan membenarkan setiap kebiasaan yang sebenarnya salah.
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
No comments:
Post a Comment