Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa
yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Keadaan ini akan menyebabkan kerja
yang kita lakukan menjadi tidak teratur dan kelam kabut. Berikut adalah 10 tip pengurusan masa berkesan.
1) Tetapkan Matlamat dan strategi
Pastikan apakah matlamat kita dalam jangka sama panjang dan pendek.
Dengan merancang matlamat tersebut, kita akan tahu apa perlu dicapai dan
mengapa perlu kita capai matlamat tersebut bagi memudahkan kita membuat
keputusan untuk perkara penting yang perlu diselesaikan.
2) Fokus
matlamat
Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya
kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja
tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan.
3) Buat
Jadual masa
Bukankah mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu
dilakukan? Tetapkan tempoh masa untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan
mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.
4) Utamakan
matlamat asal
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang
kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru.
Bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Ini akan memastikan
tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti.
5) Mewujudkan
sistem pemfailan
Apabila kita telah merancang sesuatu matlamat penting untuk kita
mewujudkan sistem dalam pengurusan masa. Salah satu sistem yang boleh kita
wujudkan adalah sistem pemfailan yang teratur, pengurusan maklumat dan
komunikasi.
6) Realiti
Pengurusan masa kita
Sentiasa renung kembali kepada pencapaian yang kita buat. Samada
kita melakukan dengan berkualiti atau sebaliknya. Bahagi-bahagikan matlamat
yang dicapai dengan matlamat yang belum dicapai boleh memudahkan kita
menentukan matlamat mana yang lebih penting.
7) Kerjasama
Apabila melakukan sesuatu projek atau kerja adalah lebih cepat
terhasil apabila bekerjasama dengan kumpulan kerja kerana akan lebih
menjimatkan masa, boleh memberi motivasi diri, meningkatkan keyakinan dan boleh
mengembangkan kemahiran masing-masing
8) Pencapaian
Lalu
Lihat kembali pencapaian kejayaan kita yang lalu dalam
sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus
dalam matlamat yang perlu kita capai. Bayangkan kita kerja hari ini kerana kita
perlu bercuti pada esok hari.
9) Kehidupan
harian
Rancang jadual aktiviti harian juga amat penting kerana kehidupan
kita ini adalah bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Pengurusan masa adalah
pengurusan kehidupan harian kita.
10) Selesaikan tugas hari ini
Cuba selesaikan tugas pada hari ini. Jangan bertangguh. Dengan
menyelesaikan tugas pada hari ini kita dapat merancang tugas esok pula. Sebelum
meninggalkan tempat kerja, kita perlu rancang apa tugas yang perlu kita
lakukan pada hari esok. Ini mengelakkan rasa risau tentang tugas yang perlu
dilakukan dan bersedia untuk melakukan tugas pada hari esok sebelum balik dari
pejabat.
Setiap orang mempunyai bilangan masa yang sama iaitu 24
jam sehari. Jangan katakan kita tidak mempunyai masa yang cukup kerana dengan
pengurusan masa yang bijak memastikan kita boleh bekerja, bersama-sama keluarga
serta berehat dan tidur dengan cukup.
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com
No comments:
Post a Comment