1. Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun, 2 bulan 22 hari atau 23 tahun; 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
2. Al Quran mula diturunkan pada malam Isnin bertarikh 17 Ramadan, 13 tahun sebelum Hijrah (6 Ogos 610 Masihi).
3. Nuzul Al Quran berlaku pada tahun pertama kerasulan, ketika itu Nabi s.a.w berusia 40 tahun.
4. Al Quran terbahagi kepada 30 juz (juzuk), 114 surah, 6236 ayat.
5. Para ulama sependapat, di antara sekian banyak mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang terbesar adalah Al Quran.
6. Berapa kali kalimat بسم الله الرحمن الرحيم diulangi dalam Al Quran?
Al Quran
memiliki 114 surah. Setiap surah diawali dengan kalimat basmallah kecuali
surah At Taubah (surah ke-9). Jadi, apakah terdapat 113
kalimat basmallah di dalam Al Quran? Jawapannya tidak. Kalimat basmallah di
dalam Al Quran diulangi sebanyak 114 kali. satu kalimatnya lagi di mana?
Satu kalimat basmallah yang lainnya terdapat dalam surah An Naml [27:30].
---
7. Surah terpanjang dalam Al Quran adalah
surah Al Baqarah (286 ayat), sedangkan surah terpendek adalah
surah Al Kautsar (3 ayat).
8. Bulan Ramadhan
adalah bulan terbaik yang disebutkan dalam Al Quran kerana di dalamnya terdapat
1 malam di mana malam itu lebih mulia dari 1000 bulan (malam
Lailatul
Qadar).
9. Minuman
terbaik yang disebutkan dalam Al Quran adalah susu, sedangkan makanan terbaik
yang disebutkan adalah Madu.
10. Perintah untuk berselawat kepada Rasulullah saw terletak di Surah al-Ahzab ayat 56.
11. Zikir terbaik adalah membaca Al Quran.
12. Surah yang dikenali dengan sebutan "jantung" Al Quran ialah Surah Yasin.
13. surah Yaasin ayat 36 menjelaskan Allah menciptakan segala sesuatu secara berpasang-pasangan.
14. Nabi Musa a.s adalah nabi yang paling banyak namanya disebutkan dalam al-Qur’an iaitu sebanyak 136 kali.
15. Surah Al Mujadilah, surah 58 yang mengandungi 22 ayat, adalah satu-satunya surah dalam Quran yang mengandungi nama Allah pada setiap ayat.
16. Ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat yang bermaksud: “…Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu...” [Quran: surah Al-Maa-idah, 5:3]
17. Ayat "Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban" (Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan? disebut 31 kali dalam surah Ar-Rahman (surah 55).
18. Ulama mengatakan bahawa ayat pertengahan Al Quran (Nishful Quran) ialah "walyatalaththaf", terletak pada ayat 19 surah Al Kahfi (18).
19. Membaca surah al-Ikhlas (Qulhuallah..) 1 kali seolah-olah membaca 1 per 3 al-Quran. Membacanya 3 kali seolah-olah khatam al-Quran
20. Nama-nama surah al-Quran yang dinamakan dengan nama para Nabi ada 6: Yunus (10), Hud (11), Yusuf (12), Ibrahim (14), Muhammad (47), dan Nuh (71)

Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:
Post a Comment