Latest

Wednesday, July 31, 2024

Taqwa | Takwa


TAQWA

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

(Al-Quran; Surah Ali-Imran 3: Ayat 102)

#taqwa #takwa #AlQuran #Quran #SurahAliImran #Surah2 #surah2ayat102

Please follow my TikTok | TT @a_sanusi_h


Please follow my TikTok
TT @a_sanusi_h

Tuesday, July 30, 2024

Hauqalah | لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ | Amalan Zikir Yang Memasukkanmu Ke Salah Satu Pintu-Pintu Syurga


Hauqalah | لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

Amalan Zikir Yang Memasukkanmu Ke Salah Satu Pintu-Pintu Syurga

#hauqalah #hawqalah

Monday, July 29, 2024

Kepentingan Akhlak Dalam Kehidupan


KEPENTINGAN AKHLAK DALAM KEHIDUPAN

Seorang penyair Arab, Ahmad Syauqi telah menyebut:

إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً

Maksudnya: “Dan sesungguhnya semua umat kekal selama adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”

Doa Agar Dikurniakan Akhlak yang Baik

اللَّهُمَّ اهْدِنِي لِأَحْسَنِ الأَخْلَاقِ، وَلَا يَهْدِي لَأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ

Ya Allah, tunjukkanlah aku akhlak yang baik, tidak ada yang dapat menunjukkan baiknya akhlak tersebut kecuali Engkau."

[Hadis Riwayat Imam Muslim (771)]

Morality of Islam from Quran


Morality of Islam from Quran

#akhlak #adab #morality #characters #manners

Pahala Duduk Menunggu Solat


Pahala Duduk Menunggu Solat

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Salah seorang diantara kalian dihitung akan sentiasa berada dalam (pahala) solat selama duduk menunggu solat, dan selama ia tidak berhadas, malaikat juga akan mendoakannya; "Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia."

(Hadis riwayat Imam Muslim No: 1063) 
Status Hadis Sahih.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Istighfar dan Taubat


Istighfar dan Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Rasulullah s.a.w yang maksum (terpelihara dan bebas dari dosa) beristighfar dan bertaubat 70 kali dalam sehari, maka kita yang setiap hari tidak sepi dari dosa seharusnya beristighfar dan bertaubat lebih lagi.

#istighfar #taubat

Zikrullah With Great Rewards


Zikrullah With Great Rewards

#zikr #zikrullah #subhanAllah

Perbanyakkan Amal Soleh Buat Bekalan Ke Akhirat

Saturday, July 27, 2024

KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


KELEBIHAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Selawat ke atas Rasulullah s.a.w merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Berbagai kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi s.a.w sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda s.a.w.

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat."
[Hadis riwayat Imam Muslim (384)]

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Berdoa Untuk Sahabat


Berdoa Untuk Sahabat

Diriwayatkan daripada Safwan bin Abdillah r.a bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: 
“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu).” 
[Hadis Riwayat Imam Muslim (4914)]

Kelebihan Mengucapkan 'Hauqalah'



Kelebihan Mengucapkan 'Hauqalah'

Hadis sahih yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

‌أَكْثِرُوا ‌مِنْ ‌قَوْلِ ‌لَا ‌حَوْلَ ‌وَلَا ‌قُوَّةَ ‌إِلَّا ‌بِاللهِ، ‌فَإِنَّهَا ‌كَنْزٌ ‌مِنْ ‌كُنُوزِ ‌الْجَنَّةِ

Maksudnya: "Perbanyakkan menyebut 'la haula wa la quwwata illa billah' (tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah). Sesungguhnya ucapan tersebut (hauqalah) adalah gedung daripada gedung syurga."
[Hadid Riwayat Imam Ahmad no. 8406, Abu Abdullah, Ahmad bin Hanbal (2001)]

Al-Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa gedung yang dimaksudkan ialah kalimat yang akan memberikan manfaat kepada orang yang mengucapkannya di akhirat nanti.

Solat Taubat Bagi Memohon Keampunan




Solat Taubat Bagi Memohon Keampunan

#taubat #solat #solattaubat #Sunnah #Hadis #Hadissahih #SunanTirmizi

Doa Mohon Jauh Dari Pelbagai Keburukan

Doa Mohon Jauh Dari Pelbagai Keburukan

Daripada Qutaibah bin Malik r.a, Sesungguhnya Rasulullah ﷺ membaca doa: Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat. 
[Sunan Tirmizi (no. 3591). Status: Hadis Sahih]

Doanya:

اَللَّهُمَّ جَنِّبْنِي مُنْكَرَاتِ الْأَخْلاَقِ
وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ وَالْأَدْوَاء

Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang keji, amalan yang munkar, nafsu yang buruk dan pelbagai penyakit yang berat.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Thursday, July 25, 2024

The Sunnah Way of Wearing Shoes


The Sunnah Way of Wearing Shoes

#Sunnah #Hadith #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari5855

Akhlak: Manners and Characters


Akhlak: Manners and Characters

Prophet Mohammad s.a.w said"
"The best among you are those who have the best manners and characters."

(Hadith, Sahih Bukhari)

Selalu Beristighfar Pada Waktu Akhir Malam (Sebelum Fajar)


Selalu Beristighfar Pada Waktu Akhir Malam (Sebelum Fajar)

وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ

"Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."

(Quran, Surah Az-Zariyat 51: Ayat 18)

#istighfar #taubat

Du'a for hasanah (goodness) in this world and hasanah (goodness) in the Hereafter



Du'a for hasanah (goodness) in this world and hasanah (goodness) in the Hereafter

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

But among them is he who says, "Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire."

(Quran; Sueah Al-Baqarah 2: Verse 201)

#dua #doa #Quran #AlQuran #SurahAlBaqarah #Surah2 #surah2ayat201 #hasanah #goodness


Tuesday, July 23, 2024

Jadilah Ahli Al-Qur'an


Jadilah Ahli Al-Qur'an

Siapa tidak ingin menjadi ahli al-Qur’an? Inilah kedudukan hamba yang paling mulia dan tinggi di sisi Allâh Azza wa Jalla . Cukuplah hadis Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam berikut ini menunjukkan agungnya kedudukan ini:

Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu beliau berkata: Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ أَهْلِينَ مِنَ النَّاسِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَنْ هُمْ؟ قَالَ: هُمْ أَهْلُ الْقُرْآنِ، أَهْلُ اللَّهِ وَخَاصَّتُهُ

“Sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi ‘ahli’ Allâh”. Para Sahabat Radhiyallahu anhum bertanya, “Wahai Rasûlullâh! Siapakah mereka?’ Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Mereka adalah ahli al-Qur’an, (merekalah) ahli (orang-orang yang dekat dan dicintai) Allâh dan diistimewakan di sisi-Nya.

Hadis ini menunjukkan tingginya kedudukan dan kemuliaan orang-orang yang menjadi ahli al-Qur’an, kerana mereka disebut sebagai ‘ahli Allâh’. Ertinya merekalah para wali (kekasih) Allâh Azza wa Jalla yang sangat dekat dan istimewa di sisi-Nya, sebagaimana seorang manusia dekat dengan ‘ahli’ (keluarga)nya. Gelar ini merupakan bentuk pemuliaan dan pengagungan terhadap mereka.

Keutamaan dan kemuliaan besar ini tentu menjadikan setiap orang yang beriman kepada Allâh Azza wa Jalla dan hari akhir, berusaha untuk mengejar dan meraihnya. Apalagi Allâh Azza wa Jalla telah menjanjikan bahawa al-Qur’an akan Allâh Subhanahu wa Ta’ala jadikan mudah sebagai petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang beriman, termasuk dalam hal memahami kandungannya dan meraih kemuliaan sebagai ahlinya.

Rujukan/Sumber: Almanhaj

#Quran #AlQuran #AhliAlQuran

Di Sepertiga Akhir Malam


Di Sepertiga Akhir Malam

Di sepertiga akhir malam
Rembulan menyinari alam
Suasana tenang tenteram
Solat Tahajjud hidupkan malam
Baca Al-Quran maknanya faham
Beristighfar terangi hati yang kelam
Dengan berzikir jiwa tenteram
Keatas Rasulullah dipanjat selawat dan salam
Dekati Allah Tuhan sekalian alam.
Ahmad Sanusi Husain
Malaysia | Julai 2024

Pengenalan Ringkas Imam al-Bukhari RA



Pengenalan Ringkas Imam al-Bukhari RA

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Ju’fiy al-Bukhari. Al-Bukhari adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Bukhara yang terletak di Khurasan. Tambahan pula, Bukhara merupakan sebuah bandar lama, luas dan cantik. Kuniyah beliau adalah Abu Abdillah dan beliau terkenal dengan gelaran imam ahli hadith atau amir al-Mu’minin dalam hadith. Beliau lahir pada 194 Hijrah di bandar Bukhara.

Tambahan pula, imam al-Bukhari merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Ismail telah meninggal dunia ketika usia beliau masih kecil. Disebabkan itu, ibunya mengambil peranan dalam mendidik dan membesarkan imam al-Bukhari. Imam al-Bukhari sejak kecil lagi sudah cenderung untuk menghafaz hadith-hadith nabi SAW dan juga mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain. Ini kerana, keluarganya merupakan sebuah keluarga yang amat menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagaimana ayahnya merupakan seorang yang terkenal dengan keilmuannya.

Imam al-Bukhari merupakan seorang yang rajin menghadiri majlis-majlis atau halaqah-halaqah ilmu. Ketokohan imam al-Bukhari dalam bidang hadith sudah menonjol sejak beliau masih kecil lagi apabila kisah beliau menegur seorang guru yang ahli hadith ketika guru tersebut sedang menyampaikan pengajian. Guru tersebut adalah al-Allamah al-Dakhili, di mana beliau tersalah dalam meriwayatkan sanad hadith. Dikatakan usia imam al-Bukhari pada ketika itu adalah 11 tahun. Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kita ketahui bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang yang cerdik dan rajin dalam menuntut ilmu. Ini dapat dilihat ketika usia beliau masih kecil lagi. Tambahan pula, kesungguhan beliau ini diteruskan dengan rehlah-rehlah ilmiah yang telah ditempuhi oleh imam al-Bukhari semata-mata untuk menuntut ilmu dan mencari hadis Nabi SAW.

Guru-Guru Imam al-Bukhari

Antara guru-guru imam al-Bukhari ialah:

Ali bin al-Madini
Ahmad bin Hanbal
Yahya bin Ma'in
Ishak bin Rahawaih
Qutaibah bin Sa’id
 
Murid-Murid Imam al-Bukhari

Antara murid-murid imam al-Bukhari adalah:

Imam al-Tirmizi
Imam al-Nasa’ie
Imam Muslim
Imam Ibn Khuzaimah
Abu Zur’ah al-Razi
Abu Hatim al-Razi

Telah berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah:
“Khurasan tidak pernah mengeluarkan atau melahirkan insan sehebat Muhammad bin Ismail”.

Telah berkata Imam al-Darimi rahimahullah:
“Aku telah melihat ulama’ di Haramain, Hijaz, Syam dan Iraq tetapi aku tidak pernah melihat mereka semua melainkan Muhammad bin Ismail al-Bukhari lebih hebat daripada mereka”.

Telah berkata Imam Muslim rahimahullah:
“Biarkan aku mencium kedua kakimu wahai guru kepada sekalian guru, ketua kepada sekalian ahli hadith dan pakar dalam ilmu ‘ilal (kecacatan) hadith”.
 
Telah berkata Abu Hatim al-Razi rahimahullah:
“Khurasan tidak pernah menghasilkan seseorang yang lebih kuat hafalannya berbanding Muhammad bin Ismail dan tidak ada yang datang dari Khurasan menuju ke Iraq yang lebih alim daripadanya”.

Telah berkata imam al-Tirmizi rahimahullah berkata:
“Aku tidak melihat di Iraq dan Khurasan orang yang lebih alim tentang ‘illah-‘illah hadith, tarikh (sejarah) dan sanad-sanad daripada Muhammad bin Ismail al-Bukhari”.

Sebab Penulisan Sahih al-Bukhari

Terdapat dua sebab imam al-Bukhari menulis sahihnya sebagaimana yang dinyatakan:

Pertama: Guru beliau iaitu Ishak bin Rahawaih telah menyampaikan hasratnya atau mencadangkan kepada muridnya agar menghimpunkan hadith-hadith yang sahih, Maka, kata-kata itu sangat memberi kesan di dalam hatiku.
 
Kedua: Beliau (imam al-Bukhari) telah bermimpi bahawa beliau berdiri di sisi rasulullah SAW serta dalam masa yang sama, beliau mengipas rasulullah SAW. Setelah itu, beliau bertanya kepada penafsir mimpi berkaitan mimpi beliau. Penafsir mimpi mengatakan bahawa beliau akan menghalang pendustaan terhadap rasulullah SAW. Disebabkan itulah yang membuatkan aku untuk menghasilkan karya ini.

Manhaj Imam al-Bukhari

Imam al-Bukhari telah memilih hadith-hadith yang sahih untuk dimuatkan di dalam karya beliau ini. Akan tetapi, beliau tidak meletakkan kesemua hadith-hadith yang sahih kerana khuatir ia akan menjadi panjang (terlampau banyak hadith).

Selain itu juga, imam al-Bukhari akan memilih hadith-hadith yang bersesuaian dengan bab-bab yang terdapat di dalam sahihnya. Tambahan pula, imam al-Bukhari terkenal dengan manhaj ikhtisar (memendekkan teks atau matan hadith) iaitu beliau tidak mendatangkan matan hadith dengan penuh.

Jika melihat kepada nama sahih al-Bukhari, itu telah jelas menunjukkan manhaj imam al-Bukhari dalam menghasilkan karya beliau ini. Antaranya, al-Jami’ iaitu menghimpunkan, al-sahih iaitu hadith-hadith yang sahih, al-Musnad iaitu hadith-hadith yang mempunyai sanad yang bersambung kepada rasulullah SAW dan juga al-Mukhtasar iaitu memendekkan atau memotong matan hadith. Di samping itu, imam al-Bukhari telah memilih daripada 100 ribu hadith yang sahih untuk dimuatkan ke dalam karya beliau. Hal ini difahami melalui perkataan imam al-Bukhari sendiri:

أَحْفَظُ مِائَةَ أَلْف حَدِيْث صَحِيْح وَأَعْرِفُ مِائَتَيْ أَلْف حَدِيْث غَيْر صَحِيْح

Maksudnya: “Aku menghafal 100 ribu hadith yang sahih dan aku juga tahu 200 ribu hadith yang tidak sahih”.

Cara-Cara Imam al-Bukhari Menulis Hadith Di Dalam Sahihnya

Imam al-Bukhari sendiri mengatakan bahawa beliau tidak akan menulis hadith di dalam karyanya itu melainkan beliau akan membersihkan diri (mandi atau berwudhuk) terlebih dahulu dan solat dua rakaat. Solatnya ini merupakan solat Istikharah memohon pertolongan kepada Allah SWT agar menerima amalannya ini serta memberkatinya.
 
Tempat-Tempat Penulisan Kitab Sahih al-Bukhari

Imam al-Bukhari menulis kitab atau karyanya ini di beberapa tempat dan bukan di satu tempat sahaja. Hal ini diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar bahawa beliau (imam al-Bukhari) mula menulis dan menyusun bab-bab di dalam sahihnya di masjid al-Haram. Kemudian, beliau mula mengtakhrij hadith-hadith di dalam sahihnya di negerinya dan negeri-negeri yang lain. Disebabkan itu, sahih al-Bukhari ini dihasilkan dalam tempoh 16 tahun sebagaimana dikhabarkan oleh imam al-Bukhari sendiri.

Penyemakan Sahih al-Bukhari

Setelah imam al-Bukhari selesai menghasilkan karyanya, beliau tidak terhenti di situ. Bahkan beliau meminta ulama’ besar hadith di zamannya untuk menilai dan menyemak karyanya itu. Antara yang terlibat dalam menilai sahih al-Bukhari ini ialah Ali bin al-Madini, Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in dan ramai lagi. Kesemua mereka bersaksi akan kesahihan hadith-hadith yang terdapat di dalam sahih al-Bukhari ini melainkan empat buah hadith sahaja. Cara ini digunakan juga oleh imam Malik bin Anas setelah beliau meminta 70 orang ulama’ di zamannya untuk menilai karya Muwattha’nya.

Sebab-Sebab Sahih al-Bukhari Lebih Utama Daripada Sahih Muslim

Terdapat beberapa sebab sahih al-Bukhari lebih utama daripada sahih Muslim, antaranya:

Syarat Imam al-Bukhari lebih ketat berbanding imam Muslim.
Imam al-Bukhari mengsyaratkan hadith ‘An’anah mestilah bersambung dan tidak terputus antara perawi.
Hadith yang dipertikai di dalam sahih al-Bukhari adalah lebih sedikit berbanding di dalam sahih imam Muslim.
Ketokohan imam al-Bukhari lebih terserlah berbanding imam Muslim dalam bidang hadith. Ini kerana, imam Muslim merupakan murid kepada imam al-Bukhari.
 
Syarat-Syarat Imam al-Bukhari

Berikut adalah syarat-syarat hadith Sahih yang telah disepakati oleh para ulama’ adalah:

Sanadnya bersambung.
Perawinya perlulah seorang yang adil (tidak berdusta).
Perawinya perlulah seorang yang sempura dhabitnya (ingatannya).
Tidak syaz (riwayatnya tidak bercanggah dengan riwayat perawi yang thiqah).
Tidak ada ‘illah (kecacatan).
 

Imam al-Bukhari telah menambah satu syarat yang ketat iaitu mesti berlaku pertemuan antara perawi (ثبوت اللقاء), manakala imam Muslim hanya mensyaratkan sezaman (المعاصرة) kerana kemungkinan berlaku pertemuan antara perawi-perawi kerana mereka sezaman.

Telah berkata imam Tajuddin al-Subki rahimahullah :
“Adapun kitabnya (al-Bukhari) al-Jami' al-Sahih adalah kitab Islam yang paling mulia selepas Kitabullah (al-Qur’an)”.

Telah berkata Ibn Salah rahimahullah:
“Sesungguhnya kitab al-Bukhari adalah kitab yang paling sahih di antara keduanya (sahih Muslim) dan yang paling banyak faedahnya”.

Telah berkata imam al-Nawawi rahimahullah:
“Para ulama’ telah bersepakat bahawa kitab yang paling sahih selepas al-Qur'an adalah sahih al-Bukhari dan sahih Muslim dan umat ini telah menerimanya. Kitab al-Bukhari adalah yang paling sahih daripada keduanya dan yang paling banyak faedah”.

Telah berkata syeikh al-Islam ibn Taimiyyah rahimahullah:
“Tidak ada di bawah permukaan langit ini kitab yang lebih sahih selepas al-Qur'an daripada sahih al-Bukhari dan Muslim”.

Penutup

Kesimpulannya, tidak disangkal lagi bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dan keilmuan beliau dalam bidang hadith tiada tandingannya. Hal ini dapat dilihat apabila beliau telah berjaya menghasilkan sebuah karya yang cukup hebat dan agung sehinggakan kedudukannya selepas daripada al-Qur’an. Tambahan pula, ijma’ umat ini menerima bahawa hadith-hadith di dalam sahih al-Bukhari kesemuanya adalah sahih. Ini menunjukkan keberkatan dan keikhlasan beliau dalam menghasilkan karya ini. Akhirnya, semoga Allah SWT merahmati beliau dan semoga Allah SWT mengurniakan kita kesungguhan dan keikhlasan dalam memartabatkan sunnah Nabi SAW. Amin.

Wallahua'lam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (Malaysia) / Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (23 November 2016)

#Hadis #Hadith #ImamBukari #ImamHadis #Muhaddith #Muhaddis #SahihBukhari




Monday, July 22, 2024

Istighfar dan Taubat


Istighfar dan Taubat

Banyak ibadah wajib dan sunat yang Nabi s.a.w ajarkan kita supaya beristighfar selepas melakukannya seperti istighfar 3 kali selepas salam solat fardhu, istighfar dan taubat selepas solat dhuha, istighfar di malam al-qadar (lailatul qadr), istighfar selepas suatu majlis yang dipanggil tasbih kifarah, dll.

Kalimah istighfar datang dalam beberapa bentuk (versi) yang semuanya mengandungi permohonan ampun atas kesilapan dan dosa. Istighfar tidak terhad kepada ucapan:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Istighfar diutamakan oleh Rasulullah s.a.w.  Selepas melakukan amal baik pun Nabi s.a.w minta kita beristighfar apatah lagi selepas melakukan maksiat.

Maka setiasalah beristighfar dan bertaubat.

#istighfar #taubat

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat...



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat...

 ... إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ

...Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.

(Al-Quran; Surah Al-Baqarah 2: Ayat 222)

#taubat

Sunday, July 21, 2024

Bersyukur | Alhamdulillah


Bersyukur | Alhamdulillah

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

(Al-Quran; Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

#syukur #bersyukur #Alhamdulillah #Quran #AlQuran #SurahIbrahim #Surah14 #surah14ayat7

Saturday, July 20, 2024

Istighfar


Istighfar

#istighfar #seekingforgiveness #memohonkeampunan

Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat


Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat

Allah SWT berfirman:

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ  ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 45)

#sabar #solat #Quran #SurahAlBaqarah #Surah2 #surah2ayat45

Istighfar dan Taubat


Istighfar dan Taubat

Berkaitan dengan keutamaan istighfar, Imam Al-Hasan Al-Bashri menyarankan kepada orang-orang yang mengalami kefakiran, sedikitnya anak dan keturunan, kekurangan bahan makanan, kemarau, dan kekeringan kebun-kebun untuk memperbanyak melakukan istighfar.

Hal yang sama juga dijelaskan oleh Imam Qurthubi ketika menceritakan tentang seorang lelaki yang mengadu kepada Imam Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan yang dialaminya, maka Imam Al-Hasan Al-Bashri mengatakan kepada lelaki tersebut, “Beristighfarlah kepada Allah!”. Orang yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah!”. Yang lain meminta kepadanya, “Doakanlah aku kepada Allah agar Allah Swt. memberiku anak!” Maka beliau mengatkan kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Dan yang lain mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan kepadanya dengan jawapan yang sama pula, “Beristighfarlah kepada Allah!”.

Ramai orang yang datang mengadukan permasalahan hidup seperti kegersangan, kekeringan, kemiskinan, sedikitnya anak dan keturunan kepada Imam Al-Hasan Al-Bashri. Namun beliau hanya memberikan solusi berupa istighfar. Beliau tidak mengatakan menurut kehendaknya sendiri, melainkan berdasarkan firman Allah Swt. dalam Al-Quran.

Di dalam surat Nuh ayat 10-12 Allah Swt. berfirman:

(10) فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
(11) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
(12) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Quran; Surah Nuh: 10-12)

Imam Qurthubi menjelaskan bahawa tiga ayat di atas menunjukkan bahwa istighfar adalah satu sebab diturunkannya rezeki dan hujan. Hal ini menjadi pelajaran berharga untuk kita semua tentang nilai yang terkandung dari istighfar.

Sedangkan Ibnu Katsir menerangkan bahawa jika seseorang bertaubat dan meminta ampunan kepada Allah Swt. serta mentaati-Nya, maka Allah Swt. akan memperbanyak rezeki orang tersebut, menurunkan hujan yang lebat disertai keberkahan dari langit, mengeluarkan keberkahan dari bumi.

Allah Swt. juga akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, melimpahkan air susu perahan, memperbanyak harta dan anak-anak, menjadikan kebun-kebun dengan berbagai macam buah-buahan serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun tersebut.

Selain itu, istighfar dan taubat juga merupakan perintah langsung dari Allah Swt.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat semurni-murninya.” (Quran; Surah At-Tahrim: 8 )

Meskipun banyak dan besar, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa orang yang bertaubat dengan taubat yang semurni-murninya.

“Katakanlah, ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” (Quran; Surah Az-Zumar: 53)

#istighfar #taubat #iman #adab #ilmu #amal #taqwa

Masjid Negeri Sultan Ahmad I - Kuantan, Pahang, Malaysia 🕌 🇲🇾


Masjid Negeri Sultan Ahmad I - Kuantan, Pahang, Malaysia 🕌 🇲🇾

Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi.

Nama masjid ini diambil sempena nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890.

Masjid Terbesar di Pahang Masjid Sultan Ahmad Shah I ini merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang dan menjadi kebanggaan kepada rakyat negeri.

Menara masjidnya berukuran setinggi 180 kaki dan menjadikan ia antara masjid yang terkenal.Masjid ini mampu memuatkan sekurang-kurangnya 8,000 orang.

Kredit foto: MRC

#masjid #masjidnegeri #Pahang #Malaysia #MasyaAllah #SubhanAllah

Friday, July 19, 2024

Syukur dan Sabar dalam Kehidupan


Syukur dan Sabar dalam Kehidupan

Dalam kehidupan yang penuh liku ini, syukur dan sabar adalah dua tiang yang harus teguh di hati setiap insan beriman. Rasulullah SAW bersabda, "Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya." (Riwayat Muslim 7692).

Syukur dan sabar adalah dua sayap yang akan membawa kita terbang tinggi menggapai redha Ilahi. Saat kita menerima nikmat, bersyukurlah dengan penuh keinsafan. Kerana setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah tanda kasih sayang-Nya kepada kita. Firman Allah dalam Surah Ibrahim, ayat 7: "Dan (ingatlah) tatkala Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'."

Namun, hidup ini tidak selamanya indah. Kadang kala, ujian dan dugaan datang mengetuk pintu hati. Pada saat itu, sabarlah. Sabar itu pahit, tetapi buahnya manis. Ingatlah bahawa setiap kesulitan yang kita hadapi adalah tanda perhatian Allah kepada kita. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286, Allah berfirman: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."

Doa adalah kekuatan utama kita. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 250, Allah mengajarkan kita untuk berdoa: "Wahai Tuhan Kami, Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir." Doa ini adalah pengakuan kita terhadap kelemahan diri, dan permohonan kita agar Allah memberikan kekuatan dan keteguhan hati.

Marilah kita jadikan syukur dan sabar sebagai panduan hidup. Syukur atas setiap nikmat yang Allah berikan, dan sabar dalam menghadapi setiap ujian yang mendatang. Dengan demikian, kita akan menemukan ketenangan jiwa dan kebahagiaan hakiki.

#syukur #sabar #bersukur #bersabar #kesyukuran #kesabaran

Zikr After Salah | Zikir Selepas Solat

Zikr After Salah | Zikir Selepas Solat

Wasiat 7 Perkara Dari Rasulullah s.a.w

Wasiat 7 Perkara Dari Rasulullah s.a.w

Daripada Abu Zar r.a, katanya:

أَوْصَانِي خَلِيلِي بِسَبْعٍ: بِحُبِّ الْمَسَاكِيْنِ وَأَنْ أَدْنُوَ مِنْهُمْ، وَأَنْ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلُ مِنِّي وَلاَ أَنْظُرَ إِلَى مَنْ هُوَ فَوقِيْ، وَأَنْ أَصِلَ رَحِمِيْ وَإِنْ جَفَانِيْ، وَأَنْ أُكْثِرَ مِنْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، وَأَنْ أَتَكَلَّمَ بِمُرِّ الْحَقِّ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ فِي اللهِ لَوْمَةُ لاَئِمٍ، وَأَنْ لاَ أَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا.

Maksudnya: “Kekasihku (Rasulullah) s.a.w berwasiat kepadaku dengan tujuh perkara: 
(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka, 
(2) Baginda memerintahkan aku agar aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku, 
(3) Baginda memerintahkan agar aku menyambung silaturrahim meskipun mereka berlaku kasar kepadaku, 
(4) aku dianjurkan agar memperbanyak ucapan (hauqalah) ‘لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ’ (tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah), 
(5) aku diperintah untuk mengatakan kebenaran meskipun pahit, 
(6) Baginda berwasiat agar aku tidak takut celaan orang yang mencela dalam berdakwah kepada Allah, dan 
(7) Baginda melarang aku supaya tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.”

[Hadis Riwayat Ahmad (21415) dan Ibn Hibban (449)]. 
Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan hadis ini sahih dalam takhrij Sahih Ibn Hibban (449)

LARANGAN BERCAKAP SEMASA MENDENGAR KHUTBAH


LARANGAN BERCAKAP SEMASA MENDENGAR KHUTBAH

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Nabi s.a.w bersabda: 
“Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat: DIAM dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”.

[Hadis riwayat Imam Bukhari (934)]


Bersabar menempuh ujian dari Allah dan ucapkanlah kalimah istirja'


Bersabar menempuh ujian dari Allah dan ucapkanlah kalimah istirja'

(Quran; Surah Al-Baqarah: 155-157)

#Quran #AlQuran #SurahAlBaqarah #Surah2 #surah2ayat156 #Istirja #doa #munajat

Perbanyakkan dan gandakan selawatkan paada hari Jumaat


Gedung Selawat

Perbanyakkan dan gandakan selawatkan paada hari Jumaat. Lebihkan dari yang biasa pada hari-hari lain.

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

#selawat #shalawat #Jumaat

Thursday, July 18, 2024

Jangan Boros (Membazir)


Jangan Boros (Membazir)

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

(Quran; Surah Al-Isra' 17: Ayat 27)

#Quran #AlQuran #SurahAlIsra #Surah17 #surah17ayat27

Wednesday, July 17, 2024

30 Malaikat Catat Pahala Amalan Ini | Doa I'tidal


30 Malaikat Catat Pahala Amalan Ini | Doa I'tidal

Ada doa  yang sangat dicintai oleh malaikat dan mereka akan berebut mencatat amal orang yang membacanya. Doa tersebut dibaca saat I'tidal setelah membaca kalimat "sami’allahu liman hamidah".

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ 

"Rabbana wa laka al-hamdu Hamdan Katsīran Thayyiban Mubārakan Fīhi"

Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahwasanya ada sekitar 30 malaikat yang berlomba-lomba untuk mencatat amalan orang yang membaca doa tersebut.

عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِىِّ قَالَ كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَلَمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ : سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ . قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ : رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ . فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : مَنِ الْمُتَكَلِّمُ ؟ قَالَ : أَنَا . قَالَ : رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًايَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُُ

Rifa’ah bin Rafi’ berkata, ‘Kami pernah solat bersama Rasulullah, saat bangun dari ruku’ ia membaca, ‘Sami’allahu liman hamidah.” 

Tiba-tiba ada seorang sahabat yang membaca, ‘Rabbana wa lalakal hamd hamdan katsiran tayyiban mubarakan fihi (wahai Rabb kami, bagi-Mu segala puji, aku memuji-Mu dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh dengan berkah). Setelah selesai solat, Rasul bertanya, ‘Siapa yang mengucapkan kalimat itu?’ Sahabat itu berkata, ‘Saya Rasulullah.’ 

Kemudian Rasulullah berkata, ‘Saya melihat sekitar tiga puluhan malaikat berloma-lomba untuk siapa pertama kali yang mencatat (pahalanya),’” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

#doa #zikir #solat #itidal #Sunnah #Hadis #Hadissahih #SahihBukhari

Doa Ketika Duduk Antara Dua Sujud

Keutamaan Istighfar


Keutamaan Istighfar

Al-Imam Ibnu Katsir rohimahullah berkata,

من اتصف بصفة الاستغفار، يسر الله عليه رزقه، وسهل عليه أمره، وحفظ عليه شأنه وقوته.

“Barangsiapa memiliki sifat suka istighfar, maka Allah akan memudahkan rezekinya, memudahkan urusannya, dan menjaga keadaan dan kekuatannya..”

📚 (Tafsir Quran, Surah Huud: 52)

#istighfar #taubat

Du'a for Protection - Recite this du'a (doa) 3 times every morning and evening


Du'a for Protection - Recite this du'a (doa) 3 times every morning and evening

#dua #doa #Sunnah #Hadith #Hadis #SunanAbuDawud #SunanAbuDaud #SunanTirmidhi #SunanTirmizi

Du'a for Protection - Recite this du'a (doa) 3 times every morning and evening


Du'a for Protection - Recite this du'a (doa) 3 times every morning and evening

#dua #doa #Sunnah #Hadith #Hadis #SunanAbuDawud #SunanAbuDaud #SunanTirmidhi #SunanTirmizi

Solat Taubat (Shalat al-Tawbah | Salatul Tawbah)

Tuesday, July 16, 2024

AMALAN YANG PALING BANYAK MEMBUAT SESEORANG MASUK SYURGA


AMALAN YANG PALING BANYAK MEMBUAT SESEORANG MASUK SYURGA

Dari Abu Hurairah, ia berkata,

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ الْجَنَّةَ فَقَالَ « تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya mengenai perkara yang banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga, beliau menjawab, “Takwa kepada Allah dan berakhlak yang baik.”

📚 (Hadis riwayat Imam Tirmizi no. 2004 dan Imam Ibnu Majah no. 4246)

#Sunnah #Hadis #Hadith #SunanTirmizi #SunanIbnuMajah #taqwa #akhlak #syurga #jannah


2 Amalan Sunnah Yang Utama


2 Amalan Sunnah Yang Utama
i) Puasa pada bulan Muharram
ii) Solat malam (solat Tahajjud)

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #puasaMuharram #solattahajjud

Perbanyakkan istighfar di akhir malam (di waktu sahur)


Perbanyakkan istighfar di akhir malam (di waktu sahur) 🌙

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat

Please Join my facebook's fan page