Latest

Saturday, September 30, 2023

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud

 وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 

(Quran, Surah Al-Isra', ayat 79)

Sunday, September 24, 2023

Manfaat "zikir Juwairiyah"


Manfaat "zikir Juwairiyah"

Juwairiyah binti Al-Harith merupakan antara isteri Rasul s.a.w yang kuat beribadah dan berzikir. Ceritanya begini..

Suatu hari, ketika Nabi s.a.w pulang ke rumah pada waktu dhuha, baginda dapati isteri baginda, Juwairiyah itu masih di tempat solat dengan bacaan zikir yang masih berterusan sejak selesai solat Subuh.

Lalu baginda tanya, 'Adakah engkau masih kekal di tempat solat sejak tadi?'

Juwairiyah menjawab, 'Ya'. 

Maknanya zikir Juwairiyah panjang. Sejak lepas subuh hingga masuk waktu dhuha (dalam sejam lebih) tak selesai lagi.

Lalu baginda s.a.w berkongsi satu rahsia, 'tadi sejak aku keluar hingga balik sekarang, aku telah membaca 4 KALIMAH ZIKIR sebanyak 3 KALI, dimana jika ditimbang nilainya, ia sama dengan jumlah zikir yang engkau baca dari tadi.'

Zikir tersebut ialah: 

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

(Hadis Riwayat Muslim)

Doa Pagi Menurut Sunnah

Wednesday, September 20, 2023

Cintai Membaca Al-Quran

Cintai Membaca Al-Quran

Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Tuesday, September 12, 2023

Rezeki Pemberian Dari Allah


Rezeki Pemberian Dari Allah

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

أَمَّنۡ هَٰذَا ٱلَّذِي يَرۡزُقُكُمۡ إِنۡ أَمۡسَكَ رِزۡقَهُۥ ۚ بَل لَّجُّواْ فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ

Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).

(Quran, Surah Al-Mulk 67: Ayat 21)

Monday, September 04, 2023

Waktu doa mustajab


Waktu doa mustajab:
1. Pertengahan malam
2. Selepas solat fardhu

Sunday, September 03, 2023

Perintah Mengerjakan Solat

Perintah Mengerjakan Solat

وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَٰوةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡهَا ۖ لَا نَسۡئَلُكَ رِزۡقًا ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَ ۗ وَٱلۡعَٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

(Quran, Surah Ta-Ha 20: Ayat 132)


Saturday, September 02, 2023

Panduan Solat Sunat Hajat

Panduan Solat Sunat Hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."

Waktu untuk menunaikan Solat Hajat:

Boleh dilakukan bila-bila masa (siang atau malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat sunat seperti selepas solat subuh, selepas solat asar, ketika matahari naik, dll. Walaubagaimanapun, lebih afdhal (baik) dilakukan pada lewat malam khususnya pada sepertiga akhir malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT

• Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya pada niat 
• Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian 
• Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara paling ringkas) ialah :

1. Lafaz Niat Solat Hajat :

أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan rakaat : 2 rakaat
2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :

a. Baca doa iftitah

b. Baca Al Fatihah

c. Baca Surah Al Kafirun (atau surah/ayat lain)

d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

3. Pada Rakaat Kedua

a. Baca Al Fatihah

b. Baca Surah Al Ikhlas (atau surah/ayat lain)

c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa

d. Membaca Tahiyat Akhir

4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :

a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, dijauhkan dari maksiat dll.

• Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapai cita-cita dan hasratnya memerlukan usaha dan ikhtiar.

• Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yang dipohon

Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan orang lain dan doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan

Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain.

FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
- Mengakui kelemahan diri dan bergantung harap kepada Allah.
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang.
- Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah.
- Tidak putus asa dengan takdir Allah.
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah).

Tambahan

Hajat boleh dipohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja. Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada di dalam solat.

Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam (boleh melafazkannya kerana telah keluar dari solat).

Selain itu teruslah bedoa memohon hajat ketika duduk seperti biasa selepas solat.

Allahu 'aklam.

Friday, September 01, 2023

Amalan Sunnah | Menunjukkan Muka Manis Ketika Bertemu Saudaramu

Amalan Sunnah | Menunjukkan Muka Manis Ketika Bertemu Saudaramu

Daripada Abu Zar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”
[Hadis Riwayat Iman Muslim]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Please Join my facebook's fan page