Latest
Monday, February 27, 2023
Doa
Doa Ditetapkan Hati Dalam Islam
Doa Ditetapkan Hati Dalam Islam
Fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Rasulullah SAW sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT.
Marilah kita mengamalkan doa ini agar Allah SWT meneguhkan hati kita dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.
Sunday, February 26, 2023
Syaaban dan Puasa Sunat
Saturday, February 25, 2023
Friday, February 24, 2023
Jadikan Akhirat Sebagai Fokus Utama
Thursday, February 23, 2023
Penyebab Masuk Syurga Atau Masuk Neraka
Kita Hanya Musafir Di Dunia Ini
Wednesday, February 22, 2023
Kemuliaan Dan Kelebihan Berwudhuk
Kemuliaan Dan Kelebihan Berwudhuk
✅ Menyucikan diri daripada kesalahan dosa disamping membersihkan anggota-anggota badan
"Sesiapa yang berwudhuk & menyempurnakannya dengan baik, maka keluarlah segala dosa-dosa dari tubuh hingga ke bawah kukunya." (Hadis riwayat Imam Muslim)
✅ Dapat mengatasi perkara yang dibenci di samping meningkatkan darjat.
"Mahukah kamu jika aku tunjukkan sesuatu yang boleh menghapuskan dosa- dosa kamu & meningkatkan darjat kamu?" Para sahabat menjawab: "Mahu, wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Menyempurnakan wudhuk serta menjauhi perkara yang dibenci & memperbanyakkan langkah ke masjid-masjid & menunggu masa solat berikutnya setelah mengerjakan solat sebelumnya. Oleh itu hal yang demikian adalah benteng bagi kamu. "(Hadis riwayat Imam Muslim)
✅ Membaca syahadah selepas berwudhuk merupakan satu sebab untuk masuk ke syurga.
"Sesiapa yang berwudhuk serta menyempurnakan dengan sebaik-baiknya kemudian membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله...
Nescaya akan dibukakan 8 pintu syurga & dia boleh masuk melalui mana- mana pintu yang disukainya.". (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
(Buku "Keistimewaan Umat Muhammad" Jilid. 1)
Tuesday, February 21, 2023
Panduan Solat Tahajud Beserta Doa
Panduan Solat Tahajud Beserta Doa
Hukum solat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan. Boleh dikerjakan sebanyak 2/4/6/8/10 rakaat atau sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan.
Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Semoga kita dapat mengerjakan secara istiqamah pada setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.
Sunday, February 19, 2023
Solat Tahajjud
Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat
Saturday, February 18, 2023
Bekalan Akhirat
Thursday, February 16, 2023
Wednesday, February 15, 2023
Perbanyakkan istighfar di waktu sahur (waktu sebelum masuk fajar/subuh)
Perbanyakkan istighfar di waktu sahur (waktu sebelum masuk fajar/subuh)
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Tuesday, February 14, 2023
Solat Tahajjud (Solat Malam)
Solat Tahajjud (Solat Malam)
Rasulullah SAW bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنِ الْجَسَدِ
Maksudnya: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalang penyakit daripada badan.”
[Riwayat al-Tirmizi (3549) dan al-Baihaqi dalamal-Sunan al-Kubra (4832) dan Syu’ab al-Iman (2834)]
Monday, February 13, 2023
6 Pesanan Imam Al-Ghazali Semoga pesanan Imam Al-Ghazali
Sunday, February 12, 2023
Keutamaan Surah Al-Ikhlas (Surah 112)
Solat Tahajjud
Tahajjud Is An Honour
Saturday, February 11, 2023
Zikir Selepas Solat
Friday, February 10, 2023
Waktu Yang Mustajab Doa
Solat Malam (Solat Tahajjud)
Thursday, February 09, 2023
Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan agar dikabulkan
Monday, February 06, 2023
Di antara surah-surah dan ayat-ayat yang disunatkan (sunnah) dibaca sebelum tidur/di waktu malam
Waktu Afdhal Untuk Solat Malam
Sunday, February 05, 2023
Saturday, February 04, 2023
Solat Witir
Solat Witir
Solat sunat witir dilakukan sebelum tidur atau di akhir malam?
Nabi bertanya kepada dua shahabatnya yang mulia, Abu Bakar As-Shiddiq -radhiyallahu ‘anhu- dan Umar bin Khathab -radhiyallahu ‘anhu-
Dari Jaabir bin ‘Abdillah, ia berkata:
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepada Abu Bakr:
“Bila engkau biasa shalat witir ?”. Ia menjawab : “Awal waktu malam setelah ‘atamah (shalat ‘Isyaa’)”.
Beliau melanjutkan:
“Lalu engkau ‘Umar?” Ia menjawab: “Di akhir waktu malam.” Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Adapun engkau wahai Abu Bakr, telah mengambil langkah berhati-hati. Dan engkau wahai ‘Umar, telah melakukannya dengan kekuatan”
[Diriwayatkan oleh Ibnu Majah no. 1202; shahih].
Tanggapan Nabi s.a.w untuk kedua jawapan shahabatnya yang mulia bukanlah suatu kalimat umpatan atau pun celaan apalagi protes dan menyalahkan tapi itu adalah pujian untuk kedua shahabatnya yang mulia.
Ketika Saidina Abu Bakr shalat di awal malam (sebelum tidur) kerana khawatir luput dari bangun malam (tahajud), ini sebagai bentuk berhati-hati.
Sedangkan Saidina Umar yang yakin boleh bangun malam (tahajud), nantinya shalat witir di akhir malam (saat tahajud). Ini sebagai sikap yakin yang kuat dari Saidina Umar.
.
Dari hadis di atas boleh dibuat kesimpulan bahawasanya shalat witir punya dua waktu pengerjaan, boleh di awal malam setelah Isya' (sebelum tidur) dan nanti di akhir malam saat bangun shalat tahajud dan inilah yang lebih utama. Di samping itu, shalat witir di awal malam dan akhir malam masing-masing memiliki keutamaan.
Dari Jaabir, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Barangsiapa yang khawatir tidak dapat bangun di akhir malam, hendaklah ia shalat witir di awal malam. Dan barangsiapa merasa ingin bangun di akhir malam, hendaklah ia shalat witir di akhir malam; kerana sesungguhnya shalat di akhir malam itu disaksikan (oleh para malaikat). Dan itulah yang lebih utama.”
[Diriwayatkan oleh Muslim no. 755]. Wallahu a'lam [disadur dari : abul-jauzaa']
والله أعلم بالصواب