Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
syukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
---
Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an,
dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an,
jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an,
masukkanlah kami ke syurgamu dengan Al Qur’an.
Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia,
di dalam kubur sebagai penerang dan teman,
cahaya di atas titian (shirath),
dan teman di dalam surga,
dan penghalang dan hijab dari api neraka,
sebagai petunjuk untuk segala kebaikan
dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan ,
anugerahkan kepada kami kemudahan
dalam mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan,
senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman.
Dan selawat dan salam yg senantiasa tercurah kpd junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, keluarga baginda dan para sahabat atas kebaikan akhlaq dan kelembutan budi pekertinya di atas cahaya arsy.
---
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang memiliki kesejahteraan,
dan kepada Engkaulah jua kembalinya kesejahteraan.
Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan kesejahteraan
dan masuklah kami ke dalam syurga tempat kesejahteraan.
Maka berkat Engkau ya Allah, Tuhan kami
dan Maha Tinggi darjat Engkau ya Tuhan
yang memiliki Kehebatan dan Kemuliaan.
---
"Rabbi yassir wa tammil bil khair"
(Ya Tuhan-ku, permudahkanlah urusanku dan jadikan ia berakhir dengan baik.)
---
Janganlah Engkau pejamkan mata hati kami,
hingga kami terlupa akan nikmat-Mu,
dan pasrahkanlah kami dengan takdirMu…
sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan…
adalah yang terbaik buat kami,
jangan Engkau biarkan kami sendiri…
di dunia ini maupun di akhirat nanti,
bimbinglah kami agar tetap tegar….
agar hidup kami tak hilang dalam kehancuran,
Ya Allah ya Tuhan kami.
---
"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."
---
Doa dari Hadith
Ya Allah,
Tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku.
Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan.
Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali.
Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan.
(HR. Muslim)
---
Doa Rasulullah s.a.w: “Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tenteranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yg aku tujukan kepada seorang Muslim lain.” (HR: Abu Daud)
---
Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yg Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalâm ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
(HR. Ahmad 1/391)
---
Ya Allah, aku memohon padaMu petunjuk, ketaqwaan, kekuatan menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati (HR.Muslim)
---
"Ya Allah, cukupilah aku dgn rezeki-Mu yg halal (supaya aku terhindar) dari yg haram." (HR. At-Tirmidzi)
---
“Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadaMu.” (HR. Muslim)
---
Ya Allah, baguskanlah setiap akhir urusan kami, dan selamatkanlah dari kebinasaan di dunia dan dari siksa akhirat. (HR. Ahmad)
---
"Ya Allah, bukakanlah untuku pintu-pintu rahmat-Mu." (HR. Muslim)
---
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah &
sedih, aku berlindung kepada-Mu dari rasa lemah & malas." (HR.Abu
Dawud)
---
"Aku berlindung dengan ridha-Mu dari murka-Mu, dan berlindung dengan ampunan-Mu dari hukuman-Mu." (HR. Muslim)
--
Doa Rasulullah s.a.w:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadamu ilmu yg bermanfaat, rezeki yang baik (dan halal), dan amal ibadah yang diterima."
Doa dari Al-Quran
"Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." (Quran; Surah Al-Baqarah: 285)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Quran; Ali Imran:8)
“Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yg terserah kepada-Nya segala urusan kami).” [Quran; Ali-Imran: 173]
Keterangan ayat: Menurut al-Imam al-Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa diatas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh nabi ibrahim a.s. sebelum dicampakkan ke dalam api. Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika golongan kafir menakut-nakutkan nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi s.a.w. ( Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah Ali-Imran). Khasiat dan Kaifiat Beramal: Amalkan membaca zikir ini apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika menghadapi tekanan atau stres.
"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibubapaku dan seluruh orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)." [Quran; Surah Ibrahim (14) : 41]
"Wahai Tuhan kami! Berilah kami rahmat-Mu dan berilah petunjuk untuk menyelesaikan urusan kami ini (dengan baik)." [Al-Quran, Surah Kahfi (18) : 10]
Tasbih Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun sehinggalah baginda dilepaskan dan selamat. Iaitu : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." [Surah Al-Anbiya, (21): 87]
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (Quran, surah An-Naml, 27:19)
Doa bila hujan
Allahumma soi yiban naa fi'a"
Maksudnya: Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari)
Doa ringkas selepas solat
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.