Latest

Tuesday, August 04, 2015

Bagaimana mahu khatam Quran dalam 20 saat?


Bagaimana mahu khatam Quran dalam 20 saat?
Bacalah surah Al-Ikhlas 3 kali.

NAS:

Dari Abu Hurairah r.a., Sabda Rasullullah SAW;
“Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.”
(Riwayatkan Imam Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an”
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Posts from my facebook on 4 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Tahajud terbentuk daripada kata dasar hajada bererti tidur dan tahajjada bererti berjaga. Jika seseorang berkata: Tahajjadtu bermaksud saya membuang jauh perasaan ingin tidur dari diri saya. Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h berkata: “Imam al-Tobari menyatakan tahajjud berjaga selepas tidur terlebih dulu."
Menurut Ibn Faris: Al-Mutahajjid bermaksud orang yang solat pada malam hari. Menurut al-Kurra’ pula, tahajjud adalah solat malam secara khusus.” Rujuk kitab al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid 6, ms. 203.
Oleh itu, solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula kira-kira 3 jam sebelum waktu Subuh dan sehingga masuk waktu Subuh.

Don't delay Fardh Shalat,
Other things can wait.

Verily, those who believe and do righteous good deeds, for them will be Gardens under which rivers flow (Paradise). That is the great success. 
( سورة البروج , Al-Burooj, Chapter #85, Verse #11)

Hadrat Abu Dharr al-Ghifari (may Allah be pleased with him) narrates that "my beloved friend” (the Holy Prophet Muhammad, may Allah's blessings and peace be upon him) has enjoined five things upon me.
- He has commanded me to love and be close to the poor and the downtrodden, and he has commanded me to look at those in the world who are of lower rank than me, and not at those who are of higher rank,
- and he has commanded me to be kind to the kinsman and to preserve and keep intact the bond of kinship,
- and he has commanded me not to ask for anything from anyone as a favour and he has commanded me to speak the truth at all times though it may be bitter for others,
- and he has commanded me to care nothing for the rebuke of those who revile and villify in the path of Allah,
- and he has commanded me to recite much the Kalima of: Laa Hawla wa laa Qawwuta Illaa Billah (there is no power or strength but in Allah) because all these things are from the treasure-house (of Allah) which is under the ninth heaven.
(Hadith Reported by Imam Ahmad)

Jika Al-Quran sudah dua minggu tersimpan rapi, 
eloklah dibuka dan dibaca semula dan tidak perlu tunggu Ramadan satu lagi.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Monday, August 03, 2015

Satellite photos of Makkah

Satellite photo - Makkah - July 2015

Makkah from the ISS


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.net

Posts from my facebook on 3 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Ada orang bertanya saya:
Kenapa usia Rasulullah s.a.w dikatakan 63 tahun ketika Baginda wafat sedangkan jika dikira tarikh Baginda lahir (20 April 571 Masihi) dan tarikh Baginda wafat (8 Jun 632 Masihi) ialah 61 tahun BUKAN 63 tahun.
Ini jawapan saya:
Tahun Hijrah mempunyai bilangan hari 355 atau 354 hari dalam setahun. Sedangkan tahun Masihi mempunyai 365 hari atau 364 hari dalam setahun.

Jika dikira bilangan hari dalam tahun Masihi dari tarikh Baginda lahir hingga tarikh Baginda wafat ialah: (365 x 61) + 49 = 22,314.
Ambil bilangan hari tahun Masihi ini dan bahagikan dengan bilangan hari tahun Hijrah:
22,314 / 355 = 62.86 tahun. Jadi bila dibundarkan ia menjadi 63 tahun dalam kiraan tahun Hijrah.
Allahu aklam.

Kerap sungguh tragedi kemalangan tangga bergerak (escalator) di China...
Mungkin buat masa ini guna tangga tak bergerak....tapi orang yang bergerak... melangkah turun naik. 
smile emoticon

Ramai yang tidak suka hari Isnin kerana kembali berkerja selepas cuti hujung minggu...jadi timbullah sindrom "Monday Blues" dsbnya..tetapi dalam Islam, hari Isnin adalah hari yang bersejarah...
Nabi s.a.w dilahirkan pada Subuh ISNIN, 12 Rabiulawal / 20 April 571M.

Kelahiran Nabi s.a.w di kala Subuh suatu hari Isnin telah menceriakan seluruh alam... sebagai Rahmat utk seluruh alam.
Maka cerialah selalu walaupun di Hari Isnin smile emoticon

Allah has countless creations, yet He never forgets a single of us, but we have One Creator, and we've forgotten Him countless number of times.

Ramai yang rajin berdoa ketika dalam susah,
Di atas hamparan sejadah tangan rajin menadah,
Teruskan berdoa bila diberikan kesenangan oleh Allah,
Itulah tanda bersyukur seorang hamba Allah.


Allah gives you tests, trials and tribulations not to make you suffer,
rather to make you stronger, smarter, better.
In Allah always trust and remember.


Bila masuk restoran masakan Arab, tersenyum melihat menu "nasi mandy kambing" kerana semasa kecil orang tua-tua pesan jika malas mandi jadi macam kambing..sekarang kambing ini pun sudah mandy (mandi) smile emoticon
Inilah makanan favourite sekali sekala.
*Jenaka tengahari

Success does no consist of never making mistakes, but in never making them a second time.

Bila orang berautoriti bercakap mengenai bidangnya (mengenai agama, hal ehwal semasa, kewangan dll) walaupun katanya perbincangan utk kumpulan fb atau whatsapp tertentu sahaja..pandangan orang berautoriti ini dengan mudahnya akan dikongsi di luar kumpulan terhad ini. Maka berhati hati dalam memberi pandangan atau hujah kerana ia akan dianggap pendirian rasmi walaupun masih dlm perbincangan. Jika pandangan, fakta atau hujah tidak betul ia akan mengundang kontroversi, masalah atau fitnah kerana kenyataan akan cepat menjadi viral di dunia maya. Berhati hati selalu... berhati-hati di jalan raya, berhati-hati di dunia maya, berhati-hati di dunia nyata.

Ramadan left us for 2 weeks,
Masjids miss our presence,
Come back..come back please,
Plead the masjids.

Hadapilah segala masalah yang memang harus kau hadapi, dan ubah semua itu menjadi kekuataan baru bagi masa depanmu.

SEJARAH ISLAM:
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Sunday, August 02, 2015

Posts from my facebook on 2 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Mati tiada syarat tua atau sakit
Maka bertaubatlah walaupun belum tua atau sakit


Different perspectives to a news:
Al-Jazeera Breaking News:
More than 50 Palestinians killed in latest Israeli strike.

CNN Breaking News:
An Israeli soldier captured by Hamas.
BBC Breaking News:
An Israeli soldier twists his ankle.
* Based on actual reporting on the same incident.

Saya fikir tidak wajar dalam majlis perkahwinan menggunakan lambang atau logo parti secara jelas dan besar-besaran seperti berpuluh payung dan hiasan dengan lambang parti. Tidak kiralah parti PAS, UMNO, PKR dll.
Majlis perkahwinan adalah acara keagamaan, Ad-Deen, bukan acara budaya atau parti. Inilah masanya kita merapatkan ukhuwah Islamiah dan silaturrahim sesama ummah tidak kira dari parti mana pun. Jiran, sanak saudara, rakan-rakan, jemputan dll mempunyai latarbelakang politik yang berbeza. Di majlis kenduri dan majlis agama, kita lupakan dulu perbezaaan ini asalkan majlis berjalan dalam suasana patuh Syariah. Cukuplah berpolitik di waktu lain.
Bersatu sebagai satu Ummah.
Allahu aklam.

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Saturday, August 01, 2015

Posts from my facebook on 1 August 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Buang yang keruh ambil yang jernih
Berjumpa saudaramu senyum manis

Jangan solat hanya untuk cukupkan rakaat
Solatlah dengan khusyuk, tawadduk dan taat

Alhamdulillah hari ini bertambah seorang lagi Islamic unit trusts consultant di bawah Team saya kerana lulus CUTE (Computerized Unit Trust Exam) pagi ini. Tahniah kepada Saudara Firdaus seorang granduan Islamic finance dari UIA. Jika ada Saudara/Saudari yang berminat menjadi Islamic unit trust consultant atau Islamic financial planner silakan PM kepada saya atau WA 0192348786. Wakil untuk CWA (CIMB Wealth Advisors).
*PM tu Private Message bukan Prime Minister smile emoticon

Your life is your garden,
Your thoughts are the seeds.
If your life isn't awesome,
You've been watering the weeds.

One of the best ways to succeed in life is to act on the advice we give to others.

10.30 pagi, masih ada waktu dhuha
Solatlah dhuha 8 rakaat, 6, 4 atau cukup dengan dua

Bulan selepas Ra-madan bukan bernama Ra-makan
Ianya bulan Syawal, jadi kawallah makan smile emoticon

Dalam kita mengunjungi rumah terbuka
Ingatlah juga Rumah Allah sentiasa terbuka

Apa pun perkara baik dan positif kita perlu beristiqomah...
Apa pun kebaikan yang selalu kita buat di bulan Ramadan, teruskan di luar Ramadan.
Nota:
Mengingati diri yg perlu istiqomah jogging/walking 6-9 km di sekeliling tasik berdekatan rumah. Bulan Januari-Mac selalu jogging/walking 4 atau 5 hari dalam seminggu. Dah tak nampak update di fb sebab tak istiqomah smile emoticon hehe

Bulan purnama menerangi alam
Bangunlah di kala sepertiga akhir malam
Solat Tahajjud serta qiyam
Bacalah Quran maknanya faham.

If your goal seems unreachable,
don't lower your goal, 
raise your effort.

Encik A: "Kamu di mana?"
Encik B: "Saya di Jalan TAR, KL"
Encik A: "Memanglah di KL semua jalan tar, mana ada jalan tanah merah lagi"
Encik B: "Hahaha...kamu tidak faham."
*Jalan TAR = Jalan Tuanku Abdul Rahman

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Friday, July 31, 2015

Posts from my facebook on 31 July 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Beberapa kali saya baca orang tulis di fb mengenai harga makanan terlalu mahal di Restoran Insaf, Jalan TAR, KL. Hari ini saya makan tengahari di sana, kononnya mahu berhati-hati...jadi ambil nasi putih (bukan nasi beriyani), satu ayam goreng dan sedikit acar serta air suam (bukan jus atau sirap). Bila nak bayar harganya RM17.20...resip pun tiada pecahan terperinci (hanya tulis MAKAN & MINUM, rasanya ini satu kesalahan)...kali ini benar-benar insaf smile emoticon smile emoticon 
Agaknya jika ambil nasi beriyani dan teh tarik, harga dlm RM25.



Taman taman awam juga akan diwartakan sebagai tempat larangan merokok. Katanya merokok dibenarkan tempat letak kereta.
Adakah persamaan antara rokok dan kereta?
Asap rokok dan asap kereta mengandungi karbon monoksida yg merbahaya kepada kesihatan.

*Semasa di tingkatan 3 sekolah dulu saya menulis tajuk berkaitan bahaya merokok yg menjadikan saya Penulis Terbaik peringkat negeri Kedah pada tahun 1980 dan menerima Hadiah piala dan tunai dari Sultan Kedah (YD Agong sekarang). Ibu bapa saya tak perlu beri duit ke sekolah selepas itu smile emoticon

Di kalangan pemimpin pembangkang, berkaitan isu isu mutakhir ini, pendirian dan pandangan TG Hadi Awang dan TG Haron Din yg agak boleh pakai...Allahu Aklam.

Firman Allah SWT:
"Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui."

(Quran, surah Al-Mu'minuun: 114)

---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Thursday, July 30, 2015

Posts from my facebook on 30 July 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Setiap yang ditulis dan setiap yang dikongsi di fb, whatsApp dan media sosial lain akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT di Padang Mahsyar...apakah jawapan kepada Allah kerana sering Post dan Share berita berita palsu dan fitnah, mungkar dan lagha. Adakah boleh semuanya dijawab hanya untuk suka-suka sedangkan mangsa dizalimi dan menanggung derita? Maka beringatlah sebelum menekan butang Post, Share, Comment, Send dll. Hidup di dunia ini sangat singkat...maka beringat.
Ketika Mulut Dikunci, Tangan dan Kaki Bersaksi:
اليوم نختم على أفواههم وتكلمنا أيديهم وتشهد أرجلهم بماكانوأ يكسبون

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.
(Quran, surah Yasin: 65) (lihat juga surah Fushilat: 19-22)

Bila masuk waktu solat
Jangan liat
Terus buat

Disiplin pegurusan masa bermula dengan beristiqomah solat di awal waktu.

Beristiqomahlah dengan solat tahajjud
sekalipun dengan hanya dua rakaat...
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Wednesday, July 29, 2015

Posts from my facebook on 29 July 2015 (in English & Bahasa Melayu)

Di bulan Ramadan jemaah rindukan masjid,
Selepas Ramadan masjid rindukan jemaah.

> ISTIQOMAH

Encik A: "Hari ini saya panjat tangga ke tingkat 11...exercise sikit"
Encik B: "Kamu parking kereta di tingkat berapa?"
Encik A: ".....Tingkat 10"
Encik B: "Patutlah..." smile emoticon

Sedang mengunjungi rumah terbuka jiran pejabat...Ibu Pejabat Tabung Haji.

Bagus jiran saya ni smile emoticon
* Pejabat saya di sebelah Bangunan TH

Gratitude: recognize the good in your life.‪#‎Alhamdulillah‬

Kadangkala Allah tarik sedikit untuk beri lebih besar,
Dengan syarat harus redha dengan takdir dan bersabar.

When you are thankful for what you have, you are always rewarded with more.
‪#‎Alhamdulillah‬

Pagi-pagi ini dapat panggilan dari HR Dept, TESCO. Mula-mulanya ingatkan mereka nak maklumkan pasal sales/promosi smile emoticon, rupa-rupanya...
Mereka jemput saya jadi speaker utk 2 topik kpd staf TESCO terpilih dari seluruh Malaysia:
1. Personal financial management
2. Motivation
Pada awal September di HQ TESCO di Bandar Manjalara KL, insyAllah.
*Nasib baik saya dengar dulu.. smile emoticon


Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

(Quran, Surah al-Ahzaab, 33: 56)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

Please Join my facebook's fan page