Latest

Wednesday, July 19, 2023

Bersabar menempuh ujian dari Allah dan ucapkanlah kalimah istirja' (Quran; Surah Al-Baqarah: 155-157)

Doa Untuk Ibu Bapa

Baca istighfar ini 100 kali selepas solat dhuha, seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih ini



Kalendah Hijrah dan Kalendar Masihi

Kalendah Hijrah dan Kalendar Masihi

Kalendar Hijrah (Kalendar Islam) bermula pada tahun berlakunya peristiwa Hijrah (Hijrah Nabi dan para sahabat baginda dari Mekah ke Madinah). Peristiwa Hijrah tidak berlaku pada bulan Muharam, namun bulan Muharam dijadikan bulan pertama dalam kalendar Hijrah berdasarkan kepentingan bulan ini. Itulah ijtihad yang dilakukan pada zaman pemerintahan Khalifah Omar Bin Khattab.

Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah (bulan) yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.

Terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.

Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.

Hari baharu dalam kalendar Masihi bermula pada jam 12.00 pagi (tengah malam) manakala hari baharu dalam kalendah Hijrah bermula dengan masuknya waktu Maghrib (permulaan malam).
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page