Latest

Monday, August 12, 2024

Disunatkan amal doa di penghujung solat


Disunatkan amal doa di penghujung solat.

Penghujung solat maksudnya selepas tahiyat/tasyahud akhir sebelum salam.

Ramai yang tersalah faham penghujung solat sebagai selepas solat.

#solat #doa #doahujungsolat #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud

Hadith: Sahih Bukhari 7152


Hadith: Sahih Bukhari

#Sunnah #Hadith #SahihBukhari #SahihBukhari7152

Pensyarah wanita (49) hilang RM331,000 angkara 'phone scam'


Pensyarah wanita (49) hilang RM331,000 angkara 'phone scam'

11 Ogos 2024

JOHOR BAHRU | Johor - Seorang pensyarah wanita tidak lena tidur apabila sejumlah RM331,000 wang simpanannya lesap gara-gara terpedaya dengan penipuan dalam talian melalui panggilan telefon (phone scam) baru-baru ini yang mengatakan dirinya terlibat dalam penggubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang berusia 49 tahun mengakui pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai daripada Pengkalan Data Utama (PADU) berpangkat Datuk yang memaklumkan mangsa ada menerima bantuan berjumlah RM1,200 daripada PADU pada 17 Mei 2024.

Katanya, mangsa turut menerima panggilan daripada individu berpangkat Datuk mendakwa dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 13 Julai 2024 yang turut mengarahkan mangsa untuk membuat pindaan wang untuk keselamatan sementara siasatan dijalankan.

"Mangsa kemudiannya telah membuat 13 kali transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank sebanyak RM331,000 sepanjang tempoh mulai 9 Jun hingga 26 Julai 2024.

"Setelah pembayaran dibuat, mangsa cuba menghubungi suspek, tetapi talian telah disekat dan mangsa mengesyaki dirinya telah ditipu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di IPD Johor Bahru Selatan berhubung perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang Yang Cerdik

Orang Yang Cerdik

Daripada Abi Ya’la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa muhasabah dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas kematian." 

[Hadis riwayat Imam Tirmizi (2549)]

#Sunnah #Hadis #SunanTirmizi #muhasabah #amalsoleh

Du'a (Doa)


Du'a (Doa) 🤲

#dua #doa #Aamiin

Please Join my facebook's fan page