Latest

Monday, February 27, 2023

"Man shabara zhafira" Siapa yang bersabar akan beruntung

Doa

Ya Allah,

"Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yg Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

(Hadis riwayat Ahmad 1/391)

Aamiin

Doa Ditetapkan Hati Dalam Islam


Doa Ditetapkan Hati Dalam Islam

Fitrah hati yang cepat berubah dan bertukar antara baik dan jahat, antara kebaikan dan kejahatan. Rasulullah SAW sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diteguhkan hati dalam melaksanakan ketaatan dan beragama kerana hidayah itu adalah milik Allah SWT.

Marilah kita mengamalkan doa ini agar Allah SWT meneguhkan hati kita dan tidak memalingkannya daripada rahmat dan hidayah-Nya.

Sunday, February 26, 2023

Aamiin

Syaaban dan Puasa Sunat

Syaaban dan Puasa Sunat

Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa".
[Hadis riwayat Imam Nasai (2317)]
Status: Hadis Hasan.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

2 malaikat mendoakan orang yang bersedekah pada waktu subuh

Friday, February 24, 2023

Zikir Menurut Sunnah Selepas Solat

Zikir Menurut Sunnah Selepas Solat



Zikir Menurut Sunnah Selepas Solat



Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat

Jadikan Akhirat Sebagai Fokus Utama

Jadikan Akhirat Sebagai Fokus Utama

Dari Zaid bin Tsabit, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Siapa yang dunia menjadi keinginan terbesar di hatinya, maka Allah akan cerai beraikan urusannya. Dan Allah jadikan kefakiran di antara kedua matanya. Dan dunia tidak mendatanginya kecuali yang dituliskan saja untuknya. Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya (keinginan terbesar di hatinya akhirat), Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.
(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Thursday, February 23, 2023

Penyebab Masuk Syurga Atau Masuk Neraka

Penyebab Masuk Syurga Atau Masuk Neraka

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah ditanya; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" Baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan."
[Hadis riwayat Imam Ibnu Majah (4236)] Status: Hadis Hasan

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Sunnah of Fasting in the Month of Sha'ban (Sunnah Berpuasa di Bulan Sya'ban)

Kita Hanya Musafir Di Dunia Ini

Pernah Sahabat kesayangan Baginda Umar al-Khattab menangis, melihat susahnya hidup Nabi, lalu apa sabda Nabi yang bermaksud:
“Aku tidak memiliki kecenderungan (kecintaan) terhadap dunia. Keberadaanku di dalam dunia seperti seorang musafir yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi)

 _Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. (Quran, Surah Ghâfir/al-Mukmin/40:39) 

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Ya Allah, Enlighten our lives with the light of the Qur'an (Ya Allah, Terangi hidup kami dengan cahaya Al-Qur'an)

Du'a (doa) for purification of the heart

Anjuran bangun malam untuk mengerjakan solat tahajjud

Wednesday, February 22, 2023

Kemuliaan Dan Kelebihan Berwudhuk


Kemuliaan Dan Kelebihan Berwudhuk

✅ Menyucikan diri daripada kesalahan dosa disamping membersihkan anggota-anggota badan

"Sesiapa yang berwudhuk & menyempurnakannya dengan baik, maka keluarlah segala dosa-dosa dari tubuh hingga ke bawah kukunya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

✅ Dapat mengatasi perkara yang dibenci di samping meningkatkan darjat.

"Mahukah kamu jika aku tunjukkan sesuatu yang boleh menghapuskan dosa- dosa kamu & meningkatkan darjat kamu?" Para sahabat menjawab: "Mahu, wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Menyempurnakan wudhuk serta menjauhi perkara yang dibenci & memperbanyakkan langkah ke masjid-masjid & menunggu masa solat berikutnya setelah mengerjakan solat sebelumnya. Oleh itu hal yang demikian adalah benteng bagi kamu. "(Hadis riwayat Imam Muslim)

✅ Membaca syahadah selepas berwudhuk merupakan satu sebab untuk masuk ke syurga.

"Sesiapa yang berwudhuk serta menyempurnakan dengan sebaik-baiknya kemudian membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله...
Nescaya akan dibukakan 8 pintu syurga & dia boleh masuk melalui mana- mana pintu yang disukainya.". (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

(Buku "Keistimewaan Umat Muhammad" Jilid. 1)

Doa Mohon Keampunan

Tuesday, February 21, 2023

Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang, Malaysia




Bantu diri (untuk mencapai apa yang kamu hajatkan) dengan perbanyakkan sujud

Panduan Solat Tahajud Beserta Doa


Panduan Solat Tahajud Beserta Doa

Hukum solat tahajud adalah sunat muakkad, iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan. Boleh dikerjakan sebanyak 2/4/6/8/10 rakaat atau sebanyak yang mungkin mengikut kemampuan.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

Semoga kita dapat mengerjakan secara istiqamah pada setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.


Sunday, February 19, 2023

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Quran, Surah Al-Isra', ayat 79)

Selawat paling sempurna seperti yang diajar oleh Nabi ﷺ

Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat


Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat

وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلٰوةِ  ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخٰشِعِينَ

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;

(Quran, Surah Al-Baqarah 2: Ayat 45)

Saturday, February 18, 2023

TAHAJJUD - Night Prayer

Bekalan Akhirat

Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul amal soleh untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan merugilah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada mengerjakan amal soleh untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.

Wednesday, February 15, 2023

The adab of giving salam

The city of Makkah in the 1970s (Kota Mekah dalam tahun 1970an)

Perbanyakkan istighfar di waktu sahur (waktu sebelum masuk fajar/subuh)


Perbanyakkan istighfar di waktu sahur (waktu sebelum masuk fajar/subuh)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Tuesday, February 14, 2023

Solat Tahajjud (Solat Malam)

Solat Tahajjud (Solat Malam)

Rasulullah SAW bersabda:

عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأْبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ وَمَنْهَاةٌ عَنِ الإِثْمِ وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَطْرَدَةٌ لِلدَّاءِ عَنِ الْجَسَدِ

Maksudnya: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalang penyakit daripada badan.”

[Riwayat al-Tirmizi (3549) dan al-Baihaqi dalamal-Sunan al-Kubra (4832) dan Syu’ab al-Iman (2834)]

Monday, February 13, 2023

6 Pesanan Imam Al-Ghazali Semoga pesanan Imam Al-Ghazali


6 Pesanan Imam Al-Ghazali

Semoga pesanan Imam Al-Ghazali menjadi suatu cerminan kepada diri kita dalam usaha kita membawa perubahan yang baik dan positif.

Bacaan doa dalam solat (Doa iftitah), hukumnya sunat

Sunday, February 12, 2023

Keutamaan Surah Al-Ikhlas (Surah 112)


Keutamaan Surah Al-Ikhlas (Surah 112)

Rasululllah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca ‘Qul HuwAllahu Ahad’ (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 11 kali, dikurniakannya satu mahligai indah di syurga.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Muadz bin Anas)

Rasululllah SAW bersabda:  
“Sesiapa yang membaca 10 kali surah Al-Ikhlas siang dan malam; Maka Allah memberinya sebuah istana dalam syurga.”
(Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Imam Adarimi)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Solat Tahajjud


Solat Tahajjud

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحۡمُودًا
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
(Quran, Surah Al-Isra' 17: Ayat 79)

Tahajjud Is An Honour

Tahajjud is an honour. It feels like He choose you to be with Him. He hand pick you among all of His creations. To listen to you while you pour your heart out before Him. Even if you don’t speak, He knows. If you don’t know how and where to start, He knows.

"Offer Tahajjud Prayer at night: this is an additional prayer for you. That time is not far when your Lord may exalt you to a laudable position." (Quran, Surah Al-Isra, 17:79)
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Imagine the love and mercy He has for you, that He gives you this chance of being His guest. To elevate your ranks, to grant you His forgiveness and to grant you the best for which He has kept for only His chosen ones. So try to be with Him. Look for the signs of divine invitation. Leave everything for this sacred conversation. And be His guest of honor.

This is how one of the great scholar and Imam who was also known as Muhaddith, Ibn At’aillah Al Iskandari Rahimahullah explains,
"When He gives, He shows you His kindness; when He deprives, He shows you His power. And in all that, He is making Himself known to you and coming to you with His gentleness."

Saturday, February 11, 2023

Best Times For Making Du'a (Doa)

Zikir Selepas Solat


Dosa Sebanyak Buih Di Lautan Di Ampunkan
 
Tahukah apakah zikir yang boleh menghilangkan dosa-dosa kita walaupun sebanyak buih-buih di lautan?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

Dari Abu Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa bertasbih (Subhanallah) kepada Allah selepas solat sebanyak 33 kali, dan bertahmid (Alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (Allahuakbar) kepada Allah 33 kali, hingga semuanya berjumlah 99, dan baginda menambahkan dan kesempurnaan 100 adalah membaca ini ..

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maka kesalahan-kesalahannya akan diampunkan walau sebanyak buih di lautan."
~ HR Muslim no. 597

Jom amalkan zikir yang telah di ajar oleh Rasulullah SAW kerana itulah sebaik-baiknya untuk kita sebagai umatnya.

Ikhlas Syarat Ke Syurga

Perihal bulan Rejab

Friday, February 10, 2023

Waktu Yang Mustajab Doa

Waktu Yang Mustajab Doa

Antara waktu yang mustajab doa pada hari Jumaat adalah selepas solat asar (sebelum maghrib).

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ سَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ فِيهَا خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، وَهِيَ بَعْدَ الْعَصْرِ

Maksudnya: “Sesungguhnya terdapat satu waktu pada hari Jumaat apabila seorang hamba muslim meminta kepada Allah SWT akan perkara kebaikan pada waktu tersebut melainkan Allah SWT akan memberinya apa yang yang dimintanya itu, waktu tersebut adalah selepas asar.” 
(Hadis riwayat Iman Ahmad)

Solat Malam (Solat Tahajjud)


Solat Malam (Solat Tahajjud)

Rasulullah s.a.w bersabda,
"Hendaklah kamu bangun solat malam. Sebab, hal itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, penghapus dosa dan pengusir penyakit dari dalam tubuh."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Thursday, February 09, 2023

Monday, February 06, 2023

Di antara surah-surah dan ayat-ayat yang disunatkan (sunnah) dibaca sebelum tidur/di waktu malam

Di antara surah-surah dan ayat-ayat yang disunatkan (sunnah) dibaca sebelum tidur/di waktu malam:

1. Ayat Kursi (ayat 255 Surah Al-Baqarah)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". [Hadis riwayat Imam Bukhari]

2. Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah

Dari Abu Mas'ud Al-Badri, Rasulullah SAW bersabda,
مَنْ قَرَأَ بِالآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِى لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ
Ertinya: "Siapa yang membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqarah pada malam hari, maka ia akan diberi kecukupan." [HR. Bukhari no. 5009 dan Muslim no. 808]

3. Surah Sajdah & Surah Al-Mulk

Jabir Radhiyallahu ‘Anhu menuturkan, “Bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak akan tidur hingga beliau membaca “Alif lam mim tanzil as-sajdah” (Surah As-Sajdah) dan “Tabarakalladzi biyadihil mulk” (Surah Al-Mulk)”. [HR. Ahmad (No. 14714) dan dinilai sahih oleh al-Hakim (No. 3598), adz-Dzahabiy serta al-Albaniy]

4. Surah Al-Ikhlas
5. Surah Al-Falaq
6. Surah An-Nas

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, katanya:
“Nabi صلى الله عليه وسلم ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
[Hadis riwayat Imam Bukhari]

Susunan: A. Sanusi Husain

Waktu Afdhal Untuk Solat Malam

Waktu Afdhal Untuk Solat Malam

Abu Muslim berkata kepada Abu Dzarr, “Pada saat manakah solat malam itu lebih utama?” Abu Dzarr menjawab , “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai perkara ini. Dia menjawab, “Pada tengah malam terakhir, tetapi sangat sedikit orang yang mahu melakukannya.” 
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Saturday, February 04, 2023

Rasulullah s.a.w said: "Du'a made between azan (adhan) and iqamah is not rejected." [Sunan Tirmidhi]


Rasulullah s.a.w said:
"Du'a made between azan (adhan) and iqamah is not rejected."

[Sunan Tirmidhi]

Sunnah Berdoa Antara Azan dan Iqamah

Solat Tahajjud dan Doa Selepas Solat Tahajjud

Solat Witir


Solat Witir

Solat sunat witir dilakukan sebelum tidur atau di akhir malam?

Nabi bertanya kepada dua shahabatnya yang mulia, Abu Bakar As-Shiddiq -radhiyallahu ‘anhu- dan Umar bin Khathab -radhiyallahu ‘anhu-

Dari Jaabir bin ‘Abdillah, ia berkata:
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah berkata kepada Abu Bakr:
“Bila engkau biasa shalat witir ?”. Ia menjawab : “Awal waktu malam setelah ‘atamah (shalat ‘Isyaa’)”.
Beliau melanjutkan:
“Lalu engkau ‘Umar?” Ia menjawab: “Di akhir waktu malam.” Maka Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Adapun engkau wahai Abu Bakr, telah mengambil langkah berhati-hati. Dan engkau wahai ‘Umar, telah melakukannya dengan kekuatan”
[Diriwayatkan oleh Ibnu Majah no. 1202; shahih].

Tanggapan Nabi s.a.w untuk kedua jawapan shahabatnya yang mulia bukanlah suatu kalimat umpatan atau pun celaan apalagi protes dan menyalahkan tapi itu adalah pujian untuk kedua shahabatnya yang mulia.

Ketika Saidina Abu Bakr shalat di awal malam (sebelum tidur) kerana khawatir luput dari bangun malam (tahajud), ini sebagai bentuk berhati-hati.

Sedangkan Saidina Umar yang yakin boleh bangun malam (tahajud), nantinya shalat witir di akhir malam (saat tahajud). Ini sebagai sikap yakin yang kuat dari Saidina Umar.
.
Dari hadis di atas boleh dibuat kesimpulan bahawasanya shalat witir punya dua waktu pengerjaan, boleh di awal malam setelah Isya' (sebelum tidur) dan nanti di akhir malam saat bangun shalat tahajud dan inilah yang lebih utama. Di samping itu, shalat witir di awal malam dan akhir malam masing-masing memiliki keutamaan.

Dari Jaabir, ia berkata: Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : “Barangsiapa yang khawatir tidak dapat bangun di akhir malam, hendaklah ia shalat witir di awal malam. Dan barangsiapa merasa ingin bangun di akhir malam, hendaklah ia shalat witir di akhir malam; kerana sesungguhnya shalat di akhir malam itu disaksikan (oleh para malaikat). Dan itulah yang lebih utama.”
[Diriwayatkan oleh Muslim no. 755]. Wallahu a'lam [disadur dari : abul-jauzaa']

والله أعلم بالصواب

Doa Qunut dan Terjemahannya

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page