Latest

Sunday, May 01, 2022

Adab Di Hari Raya


Adab Di Hari Raya

Hari Raya menjelang tiba! Tentu ramai yang tak sabar untuk beraya bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Tetapi dalam kita teruja nak menyambut hari raya, jangan dilupakan beberapa adab-adab di hari raya yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW untuk kita lakukan antaranya ialah:

• Mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
• Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya.
• Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri
• Sunat pergi ke masjid dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain.
• Sunat saling mengucapkan tahniah dan doa antara satu sama lain iaitu تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (semoga Allah menerima daripada kami dan daripada kamu)

Marilah sama-sama kita panjatkan doa moga-moga ibadat yang dilaksanakan sepanjang Ramadan diterima Allah SWT. Insya-Allah.

Salam Syawal 1443H. Maaf Zahir & Batin.

Ramadan bakal pergi...

Syarahan dan latihan dalam kewangan Islam, pelaburan patuh Syariah dan bidang-bidang lain yang berkaitan


Alhamdulillah, saya berkesempatan sampaikan syarahan dan latihan dalam kewangan Islam, pelaburan patuh Syariah dan bidang-bidang lain yang berkaitan di 26 kampus universiti di Malaysia, Indonesia dan Brunei dalam tempoh kira-kira 25 tahun.

Pengampunan Allah bagi sesiapa yang mendirikan malam al-Qadr dengan ibadah

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page