Latest

Saturday, March 14, 2020

Semoga kita semua dilindungi dari segala wabak penyakit. Aamiin.


Allah berikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa batas.


Rosak pahala seseorang itu jika berasa riak ketika bersedekah.


Doa Sunnah elak mudarat



DOA SUNNAH ELAK MUDARAT

Sebuah doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ﷺ untuk dibaca pada setiap pagi dan petang, seperti dipetik daripada buku Hisnul Muslim (Perisai Muslim). Dalamnya berisi perlindungan dan keselamatan pada agama, dunia, keluarga dan harta daripada bermacam gangguan yang datang dari pelbagai arah.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ،
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى
اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ
وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ
وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan kesejahteraan pada agama, dunia, keluarga dan hartaku.
Ya Allah, tutupkanlah keaibanku dan amankanlah diriku daripada rasa takut.
Ya Allah, peliharalah diriku dari hadapan dan belakangku, dari kanan dan kiri serta dari atasku.
Dan aku berlindung dengan kebesaran-Mu, agar aku tidak dihancurkan dari bawahku.”
[Hadis riwayat Imam Abu Daud #5074, Imam Ibnu Majah #3871]

Semoga Allah selalu membimbing kita.
Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page