Latest

Monday, July 31, 2023

Zikrullah Of The Prophets




Zikrullah Of The Prophets

Whoever recites لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل قدير (La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli shay in qadir) one hundred times in the day will receive the reward of freeing 10 slaves, one hundred rewards will be written for him and one hundred  sins wiped away, and he will be protected from Shaytan for the remainder of the day.

Imam Bukhari and Imam Muslim (rahimahumallah) have recorded this narration on the authority of Sayyiduna Abu Hurayrah (radiyallahu ‘anhu). The Hadith is therefore authentic.

(Sahih Bukhari, Hadith: 3293 and Sahih Muslim, Hadith: 2691)

And Allah Ta’ala Knows best.

Perbanyakkan Istighfar Di waktu Sahur (Waktu Sebelum Fajar)


Perbanyakkan Istighfar Di waktu Sahur (Waktu Sebelum Fajar)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah SWT Di Hari Kiama


7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah SWT Di Hari Kiamat

Rasulullah SAW bersabda:
“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah, seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘aku takut kepada Allah’. Seseorang yang bersedekah dengan secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta seorang yang berzikir mengingati Allah di kala sendiri hingga menitiskan air matanya.” (Sahih Bukhari, Hadis No 620).

Ambillah pengajaran daripada hadis ini, semoga kita termasuk dalam kalangan 7 golongan ini. Hanya naungan Allah SWT yang kita harapkan untuk selamat dari pedihnya hari kiamat.

Sunday, July 30, 2023

Contoh Sebenar Pulangan Dari Dana Unit Amanah Patuh Syariah (PMB Shariah Equity Fund)


Contoh Sebenar Pulangan Dari Dana Unit Amanah Patuh Syariah (PMB Shariah Equity Fund) 🌙

Pelabur dana patuh Syariah dari Pahang ini melabur dalam PMB Shariah Equity Fund sebanyak RM33,300 pada 26/8/2022.

Selepas 11 bulan, 4 hari (kurang dari setahun) pelaburan dalam dana ini mencapai pulangan atas pelaburan (ROI) sebanyak 21.23% seperti pada hari ini 30/7/2023. Nilai semasa pelaburan telah berkembang menjadi RM40,370.51 dengan keuntungan sebanyak RM7,070.51. Alhamdulillah.

*Prestasi lepas bukan jaminan pulangan masa depan suatu dana unit amanah. Pulangan sebenar adalah berdasarkan prestasi pelaburan dana.

Jika berminat melabur dalam dana patuh Syariah, silalah hubungi saya. Maklumat lanjut tercatit di bawah.

****

19 Dana Patuh Syariah Diurus Oleh PMB INVESTMENT 🌙

✅️Saya adalah Group Agency Manager & Consultant di PMB INVESTMENT, syarikat pengurusan dana Islam. Sebuah syarikat dalam kumpulan Pelaburan MARA Berhad (PMB). 

✅️Pada masa ini (Julai 2023), PMB INVESTMENT menguruskan 19 dana patuh Syariah (Islamic unit trust funds) yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan patuh Syariah sahaja dalam pasaran Malaysia, Asia Tenggara dan global (15 negara).

✅️Pelaburan boleh dibuat melalui tunai atau pengeluaran dari akaun 1 KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat.

✅️Terbuka kepada penduduk Malaysia sahaja (ada alamat kediaman di Malaysia).

✅️Semua 19 dana yang diuruskan adalah patuh Syariah (Halal). Perlindungan takaful percuma (kematian & keilatan kekal) untuk pelabur yang layak untuk beberapa dana tertentu.

"Halalan toyyiban. Halal dan baik" 🌙

📲️Jika berminat, sila hubungi saya:
Ahmad Sanusi Husain
Group Agency Manager & Consultant
Kuala Lumpur, Malaysia

Wasap: 019-234 8786    [Nama_Umur_Lokasi]
www.wasap.my/60192348786/PMBinvestment

🖱Laman web: www.pmbinvestment.com.my

Saturday, July 29, 2023

Bacalah Doa Ini Apabila Ditimpa Musibah | Allah Akan Berikan Pahala Dan Gantikan Dengan Yang Lebih Baik

Three Acts That Continue To Provide Rewards Even After A Person's Death


Three Acts That Continue To Provide Rewards Even After A Person's Death

Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (ﷺ) as saying:

When a man dies, his acts come to an end, but three, recurring charity, or knowledge (by which people) benefit, or a pious son, who prays for him (for the deceased).
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ، - يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ - وَابْنُ حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، - هُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ - عَنِ الْعَلاَءِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ‏"‏ ‏.‏

Reference  : Sahih Muslim 1631
In-book reference  : Book 25, Hadith 20
USC-MSA web (English) reference  : Book 13, Hadith 4005

Selawat | Shalawat


Selawat | Shalawat

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Quran, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 56)

Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat

Friday, July 28, 2023

HANYA 1 MINIT UNTUK MENDAPAT PAHALA 1,000 KEBAIKAN ATAU DIHAPUS 1,000 DOSA


HANYA 1 MINIT UNTUK MENDAPAT PAHALA 1,000 KEBAIKAN ATAU DIHAPUS 1,000 DOSA

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seseorang yang membaca tasbih ( سُبْحَانَ اللَّهِ ) 100 kali itu ditulis baginya 1,000 kebaikan atau dihapuskan baginya 1,000 dosa".

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Thursday, July 27, 2023

Puasa Asyura (10 Muharram)

Puasa Asyura (10 Muharram)

Daripada Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:
Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.”

[Hadis Riwayat Imam Muslim (No. 1976), Status Hadis: Sahih]

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Tuesday, July 25, 2023

Puasa Sunnah Tasu'a dan Asyura

Lahirkan Rasa Cinta Membaca Al-Quran

Lahirkan Rasa Cinta Membaca Al-Quran

Sesibuk manapun hidupmu, luangkan masa untuk membaca dan memahami Al-Quran.

Ambillah sebuah mushaf Al-Quran, duduk dan bacalah dengan tenang dan fokus sambil memahami isi kandungannya dengan membaca terjemahan dan tafsir ayat.

Bacalah dengan kecintaan bukan keterpaksaan.

Lahirkan rasa cinta membaca Al-Quran.

Saturday, July 22, 2023

Du'a for Forgiveness of Major and Minor Sins | Istighfar


Du'a for Forgiveness of Major and Minor Sins | Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Doa Selepas Azan

Friday, July 21, 2023

2 kalimat ringan tapi sangat dicintai oleh Allah dan berat pada timbangan

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia


Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia:

1. Mendoakan dan meminta keampunan untuk  kedua-duanya,
2. Melaksanakan wasiat (pesanan) mereka,
3. Menyambung jalinan silaturahim mereka,
4. Memuliakan rakan (kawan) mereka.

Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat


Perbanyakkan Selawat Pada Hari Jumaat

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Dapatkan Harta Dari Sumber Yang Halal Sahaja ✅️ Jauhi Kumpul Harta Dari Sumber Yang Haram ❌️

Prestasi Pelaburan Dana PMB Shariah Growth Fund Yang Diurus Oleh PMB INVESTMENT


Pelabur dana patuh Syariah dari Putrajaya ini melabur dalam PMB Shariah Growth Fund sebanyak RM2,000 pada 2/1/2019. Walaupun telah melalui krisis covid (2020-2021), pelaburan ini masih mampu mencapai pulangan atas pelaburan (ROI) sebanyak 44.68% seperti pada hari ini 20/7/2023. Nilai semasa pelaburan telah berkembang menjadi RM2,893.53. Alhamdulillah.

Jika berminat melabur dalam dana patuh Syariah, silalah hunungi saya. Maklumat lanjut tercatit di bawah.

****

19 Dana Patuh Syariah Diurus Oleh PMB INVESTMENT 🌙

✅️Saya adalah Group Agency Manager & Consultant di PMB INVESTMENT, syarikat pengurusan dana Islam. Sebuah syarikat dalam kumpulan Pelaburan MARA Berhad (PMB).

✅️Pada masa ini (Julai 2023), PMB INVESTMENT menguruskan 19 dana patuh Syariah (Islamic unit trust funds) yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan patuh Syariah sahaja dalam pasaran Malaysia, Asia Tenggara dan global (15 negara).

✅️Pelaburan boleh dibuat melalui tunai atau pengeluaran dari akaun 1 KWSP, tertakluk kepada syarat-syarat.

✅️Terbuka kepada penduduk Malaysia sahaja (ada alamat kediaman di Malaysia).

✅️Semua 19 dana yang diuruskan adalah patuh Syariah (Halal). Perlindungan takaful percuma (kematian & keilatan kekal) untuk pelabur yang layak untuk beberapa dana tertentu.

"Halalan toyyiban. Halal dan baik" 🌙

📲️Jika berminat, sila hubungi saya:
Ahmad Sanusi Husain
Group Agency Manager & Consultant
Kuala Lumpur, Malaysia

Wasap: 6019-234 8786 [Nama_Umur_Lokasi]

🖱Laman web: www.pmbinvestment.com.my

Thursday, July 20, 2023

Bacalah Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk Sebelum Tidur

Bacalah Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk Sebelum Tidur

Jabir bin Abdullah r.a menceritakan, “Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk.”

[Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasa'i & Al-Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah]

Doa Ketika Tertimpa Musibah


Doa Ketika Tertimpa Musibah

Dari Ummu Salamah radhiallahu anha dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROOJI’UN. ALLAHUMMA’JURNII FII MUSHIBATII WA AKHLIF LII KHOIRON MINHAA.

Ertinya:
"Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan sesungguhnya hanya kepada Allah kita akan kembali. Ya Allah, berikanlah pahala untukku pada musibahku ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya,

Kecuali Allah akan memberikan pahala untuknya pada musibahnya, dan menggantikan untuknya yang lebih baik daripadanya. [Hadis Riwayat Imam Muslim]

Mari kita amalkan.

Doa Selamat

Istighfar dan Taubat

Istighfar dan Taubat

Berkaitan dengan keutamaan istighfar, Imam Al-Hasan Al-Bashri menyarankan kepada orang-orang yang mengalami kefakiran, sedikitnya anak dan keturunan, kekurangan bahan makanan, kemarau, dan kekeringan kebun-kebun untuk memperbanyak melakukan istighfar.

Hal yang sama juga dijelaskan oleh Imam Qurthubi ketika menceritakan tentang seorang lelaki yang mengadu kepada Imam Al-Hasan Al-Bashri tentang kegersangan yang dialaminya, maka Imam Al-Hasan Al-Bashri mengatakan kepada lelaki tersebut, “Beristighfarlah kepada Allah!”. Orang yang lain mengadu kepadanya tentang kemiskinan maka beliau berkata kepadanya, Beristighfarlah kepada Allah!”. Yang lain meminta kepadanya, “Doakanlah aku kepada Allah agar Allah Swt. memberiku anak!” Maka beliau mengatkan kepadanya, “Beristighfarlah kepada Allah!” Dan yang lain mengadu kepadanya tentang kekeringan kebunnya maka beliau mengatakan kepadanya dengan jawapan yang sama pula, “Beristighfarlah kepada Allah!”.

Ramai orang yang datang mengadukan permasalahan hidup seperti kegersangan, kekeringan, kemiskinan, sedikitnya anak dan keturunan kepada Imam Al-Hasan Al-Bashri. Namun beliau hanya memberikan solusi berupa istighfar. Beliau tidak mengatakan menurut kehendaknya sendiri, melainkan berdasarkan firman Allah Swt. dalam Al-Quran.

Di dalam surat Nuh ayat 10-12 Allah Swt. berfirman:

(10) فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
(11) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا
(12) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

“Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai’.” (Q.S. Nuh: 10-12)

Imam Qurthubi menjelaskan bahawa tiga ayat di atas menunjukkan bahwa istighfar adalah satu sebab diturunkannya rezeki dan hujan. Hal ini menjadi pelajaran berharga untuk kita semua tentang nilai yang terkandung dari istighfar.

Sedangkan Ibnu Katsir menerangkan bahawa jika seseorang bertaubat dan meminta ampunan kepada Allah Swt. serta mentaati-Nya, maka Allah Swt. akan memperbanyak rezeki orang tersebut, menurunkan hujan yang lebat disertai keberkahan dari langit, mengeluarkan keberkahan dari bumi.

Allah Swt. juga akan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, melimpahkan air susu perahan, memperbanyak harta dan anak-anak, menjadikan kebun-kebun dengan berbagai macam buah-buahan serta mengalirkan sungai-sungai di antara kebun-kebun tersebut.

Selain itu, istighfar dan taubat juga merupakan perintah langsung dari Allah Swt.

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat semurni-murninya.” (At-Tahrim: 8 )

Meskipun banyak dan besar, Allah SWT akan mengampuni dosa-dosa orang yang bertaubat dengan taubat yang semurni-murninya.

“Katakanlah, ‘Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” (Q.S. Az-Zumar: 53)

#istighfar #taubat #iman #adab #ilmu #amal #taqwa

Wednesday, July 19, 2023

Bersabar menempuh ujian dari Allah dan ucapkanlah kalimah istirja' (Quran; Surah Al-Baqarah: 155-157)

Doa Untuk Ibu Bapa

Baca istighfar ini 100 kali selepas solat dhuha, seperti yang dinyatakan dalam hadis sahih ini



Kalendah Hijrah dan Kalendar Masihi

Kalendah Hijrah dan Kalendar Masihi

Kalendar Hijrah (Kalendar Islam) bermula pada tahun berlakunya peristiwa Hijrah (Hijrah Nabi dan para sahabat baginda dari Mekah ke Madinah). Peristiwa Hijrah tidak berlaku pada bulan Muharam, namun bulan Muharam dijadikan bulan pertama dalam kalendar Hijrah berdasarkan kepentingan bulan ini. Itulah ijtihad yang dilakukan pada zaman pemerintahan Khalifah Omar Bin Khattab.

Kalendar Hijrah adalah kalendar lunar/qamariah (bulan) yang dikira berdasarkan kepada pergerakan bulan mengelilingi Matahari.

Terdapat 12 bulan dalam kalendar Islam bermula dari bulan Muharram ke bulan Zulhijjah. Kalendar Masihi pula dikira berdasarkan kepada pergerakan bumi mengelilingi Matahari.

Terdapat 12 bulan dalam satu tahun Masihi bermula dari bulan Januari hingga Disember.

Hari baharu dalam kalendar Masihi bermula pada jam 12.00 pagi (tengah malam) manakala hari baharu dalam kalendah Hijrah bermula dengan masuknya waktu Maghrib (permulaan malam).

Tuesday, July 18, 2023

Selamat Tahun Baru Islam 1445H | Berhijrah ke arah kebaikan dalam mencari redha Allah

Du'a To Solve All Your Problems...Insha Allah

Choose Halal Only ✅️ Avoid Haram ❌️ Avoid Doubful (Syubhah) ❌️

Bacaan Zikir yang Sahih Selepas Solat Fardhu Sesuai Tuntunan Rasulullah Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam

Bacaan Zikir yang Sahih Selepas  Solat Fardhu Sesuai Tuntunan Rasulullah Shallallahu’ Alaihi Wa Sallam

4. Membaca :

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyiy wa yumiytu wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir.(10x)

"Tidak ada Ilah yang berhak diibadahi dengan benar melainkan hanya Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi ruh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Dibaca 10x setiap selesai shalat Maghrib dan Subuh).

Keterangan: Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa setelah solat Maghrib dan Subuh membaca ‘Laa ilaaha illallaåh wahdahu laa syarikalah, lahul mulku, walahul hamdu, yuhyiy wa yumiytu wahuwa ‘ala kulli syay-in qådiir,’ sebanyak 10x Allah akan tulis setiap satu kali 10 kebaikan, dihapus 10 kejelekan, diangkat 10 derajat, Allah lindungi dari setiap kejelekan, dan Allah lindungi dari godaan syetan yang terkutuk.” 

(Hadis riwayat Ahmad IV/227, at-Tirmidzi no.3474). At-Tirmidzi berkata: Hadits ini hasan gharih shahih)

Bersabarlah


Bersabarlah

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan."

(Surah Al-Insyirah: 6)

Doa Mohon Keselamatan

Sunday, July 16, 2023

Sayyidul Istighfar, Istighfar Terbaik (Penghulu istighfar)

DOA KETIKA MENGHADAPI MASALAH


DOA KETIKA MENGHADAPI MASALAH 🤲

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata.

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5090, Status hadis: Hasan]

KELEBIHAN ZIKIR lailahaillallah wahdahula syarikalah...100 KALI SEHARI


KELEBIHAN ZIKIR lailahaillallah wahdahula syarikalah... 100 KALI SEHARI

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
x100
[Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu]
x100

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. - (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

رَبَّنَا آتِنَا فِىْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِىْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka)

-----
ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA


JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA

1. Rasulullah s.a.w mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Di dalam al-Quran, Allah mengajar kita supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita. Firman Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى :

وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) Wahai Tuhanku,  cucurilah rahmat kepada mereka berdua  sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil.”

(Surah Al-Isra: 24)

3.  Mendoakan mereka juga adalah sunnah para Nabi. Di dalam al-Quran Allah mendatangkan beberapa contoh Nabi yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Antaranya adalah doa Nabi Nuh:

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“Wahai Tuhanku, ampunlah bagiku, dan kedua ibubapaku serta sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman.”
(Surah Nuh: 28)

4. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa sentiasa berbuat baik kepada ibubapa itu boleh melapangkan rezeki seseorang. Ini kerana menurut al-Imam al-Badr al-Aini, berbuat baik kepada ibubapa itu adalah sebaik-baik amalan dalam menghubungkan silaturrahim. Dan orang yang menghubungkan silaturrahim ini akan dipermudahkan rezekinya di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW. 

من أحب أن يبسط له في رزقه فليصل رحمه

“Barangsiapa yang berharap agar diperluaskan rezekinya maka hubungkanlah silaturrahim.”

Oleh itu, jangan jemu mendoakan dan berlaku baik kepada ibubapa kita semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Sentiasa doakan mereka seusai solat kita.

Wallahua'lam.

Bersyukur dan Bersabar

Bersyukur dan Bersabar

Daripada Shuhaib r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 

(Hadis Riwayat Muslim No. 2999, Status Hadis Sahih)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Friday, July 14, 2023

Waktu Doa Makbul | Hari Jumaat, Selepas Solat Asar Sebelum Maghrib

Waktu Doa Makbul | Hari Jumaat, Selepas Solat Asar Sebelum Maghrib 

Rasulullah s.a.w bersabda:

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

"Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR." 

(Hadis riwayat Imam Abu Daud - hadis sahih)

Barangsiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas )3 kali ketika pagi dan petang maka dia akan dicukupkan dari segala sesuatu


Surah 3 Qul

3 Qul:
- Surah Al-Ikhlas (112)
- Surah Al-Falaq (113)
- Surah An-Nas (114)

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas )3 kali ketika pagi dan petang maka dia akan dicukupkan dari segala sesuatu."

[Hadis riwayat Imam Abu Daud (5082), Imam Tirmizi (3575), sahih hasan]



Berselawatlah

Berselawatlah

Daripada Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: 

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan (a) selawat kepadanya sepuluh kali, (b) dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan ia (c) diangkat sepuluh darjat untuknya."

(Hadis Riwayat An-Nasa'i No. 1280, Status Hadis Sahih)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

#selawat

Thursday, July 13, 2023

Fadilat-Fadilat Yang Sahih Berkenaan Surah Al-Ikhlas


Fadilat-Fadilat Yang Sahih Berkenaan Surah Al-Ikhlas:

1. Allah SWT mencintai orang yang mencintai Surah al-Ikhlas

Daripada Aisyah R.anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ؟، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi SAW bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (7375)

2. Al-Ikhlas bersamaan sepertiga al-Quran

Daripada Abu Sa`id al-Khudri RA:

أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ»

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah SAW : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)

3. Surah al-Ikhlas penyebab masuk Syurga

Daripada Abu Hurairah RA:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ

Maksudnya: "Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897). Beliau berkata: “Hadis hasan sahih gharib.”

4. Menjadi perlindungan dengan izin Allah SWT, jika dibaca bersama Surah al-Alaq dan Surah al-Nas.

Daripada `Uqbah bin `Amir al-Juhani RA berkata:

بَيْنَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّورَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ

Maksudnya: Ketika mana aku memimpin kenderaan Rasulullah SAW dalam sebuah peperangan, tiba-tiba Baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan. Dan Baginda mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang perlu aku katakan?” Baginda pun bersabda: “Katakan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ”, lalu Baginda membacanya sampai selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الفَلَقِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut”

Hadis riwayat Imam al-Nasaie (5430)

Daripada Aisyah R.anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: Bahawa Nabi SAW apabila menuju ke pembaringannya (untuk tidur) setiap malam, Baginda akan menghimpunkan kedua tangannya (yakni menadah tangan) dan meniupnya setelah Baginda membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya pada tempat yang mampu dicapai olehnya dari setiap tubuhnya, dimulakan dari kepala, muka, dan apa yang boleh ditemui daripada badannya, sebanyak tiga kali

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5017)

Daripada Buraidah bin al-Hasib RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, bahwa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Mu segala sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya,” kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh dirimu telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya, yang jika Dia diminta dengannya (pasti akan) memberi, dan jika Dia diseru dengannya, (pasti akan) mengabulkannya”.

Hadis riwayat Abu Daud (1493)

Wallahua’lam.



Keutamaan Surah Al-Mulk (Surah 67, Quran)

Keutamaan Surah Al-Mulk (Surah 67, Quran)

عَنْ أَبِي  هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ, قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّمَ :”إِنَّ سُورَةً مِنَ الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِرَجُلٍ حَتَّى غُفِرَ لَهُ  وَ هِيَ سُورَةُ تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 
“Ada satu surah di dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayat yang akan memberi syafaat kepada seseorang (pembaca), sehingga dia diampunkan dan surah itu adalah surah Tabarak al-lazi biyadihi al-Mulk.”

(Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)

Rasulullah s.a.w Adalah Contoh Ikutan Terbaik


Rasulullah s.a.w Adalah Contoh Ikutan Terbaik

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًا

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"

(Quran, Surah Al-Ahzab 33: Ayat 21)


Husnul Khatimah

Doa Di Pagi Hari


Doa Di Pagi Hari

Agar seluruh amal kita diterima oleh ALLAH ﷻ, ruku', sujud, hingga mencari nafkah dan menuntut ilmu, maka setelah solat Subuh, mulailah hari dengan membaca do'a:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا
وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya ALLAH, aku memohon pada MU ilmu yang bermanfa'at, rezeki yang halal, dan amalan yang diterima.”

(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, No. 925, Shahih)

Larangan Tidur Meniarap

Larangan Tidur Meniarap

Terdapat hadis dari Nabi SAW mengenai larangan untuk tidur secara meniarap. Ini sepertimana riwayat daripada Ya`ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA bahawa pada suatu hari ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.

[Hadis riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)]

Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda:

قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ

Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka.

[Hadis riwayat Ibn Majah (3725)]

Zikrullah


Zikrullah

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Wednesday, July 12, 2023

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page