Latest

Tuesday, July 21, 2020

Ciri-ciri ilmu bermanfaat mengikut Imam Al-Ghazali


Cara berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia


Ibadah 1 Hingga 10 Zulhijjah



Ibadah 1 Hingga 10 Zulhijjah

Sepuluh hari pertama Zulhijjah yakni (1-10 Zulhijah, kalendar Takwim Hijrah) merupakan hari-hari yang terbaik untuk beramal soleh (beramal dengan kebaikan) kerana Allah Taala mengikut perspektif Islam, lebih menyukainya jika dibandingkan mengerjakan amalan-amalan baik pada hari-hari lain dalam tempoh sepanjang satu tahun bagi setiap tahun di dunia.

Perkara ini dijelaskan mengikut Hadis Sahih yang lafaznya diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi, ia juga dapat dipertemukan dalam Sahih Bukahri no; 969 dan Jami' at-Tirmizi no 757. 

Hadisnya berbunyi:
“Tidak ada hari-hari di mana amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini". Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah?,
Nabi menjawab: "Tidak juga jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar mempertaruhkan jiwa dan hartanya, lalu tidak kembali dengan sesuatupun.”

Dalam riwayat yang lain, ada juga hadis yag menjelaskan Nabi Muhammad S.A.W, melakukan puasa sunat sembilan hari pada bulan Zulhijah. 
Ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sahih Sunan Abu Daud, no. 2129 dan Sahih Al-Sunan al-Sughra oleh Imam Nasa'i, no. 2236.[2]

Doa di saat tahajud umpama panah yang tak pernah tersasar dari sasarannya ~ Imam As-Shafie


Kelebihan surah Al-Mulk (67). (Sunan Abu Daud & Sunan Tirmizi)


Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page