Saturday, March 01, 2025

Niat Solat Sunat Tarawih


Niat Solat Sunat Tarawih

#niat #solat #sunat #tarawih #solattarawih

SURAH AL-FATH (48) ~ SURAH PALING DICINTAI RASULULLAH S.A.W

SURAH AL-FATH (48) ~ SURAH PALING DICINTAI RASULULLAH S.A.W

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam tampak gembira dengan turunnya ayat pertama surah Al-Fath:
"Sesungguhnya telah diturunkan kepadaku satu surah, surah itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang tersinari oleh cahaya matahari." 

Lalu Baginda membaca, 'Inna fatahnâ laka fathan mubīnâ (potongan ayat surah Al-Fath)'." 
(Hadis riwayat Imam Bukhari)

NIAT SOLAT SUNAT TARAWIH


NIAT SOLAT SUNAT TARAWIH

Alhamdulillah, malam ini bermulanya solat sunat Tarawih untuk umat Islam di Malaysia. Rebutlah keberkatan malam Ramadan dengan menunaikan Solat Sunat Tarawih secara berjemaah.

Jom hidupkan Ramadan dengan ibadah! Moga Allah SWT menerima amalan kita.

#solat #tarawih #solattarawih #RamadanMubarak #RamadanKareem

SOLAT TARAWIH BERSAMA IMAM SEPERTI SOLAT SEMALAM PENUH


SOLAT TARAWIH & WITIR BERSAMA IMAM SEPERTI SOLAT SEMALAM PENUH

Rasulullah ﷺ bersabda,
"Siapa yang solat (bersama imam sampai ia selesai (tarawih dan witir), maka ditulis untuknya pahala qiyam satu malam penuh."
[Hadis riwayat An Nasai no. 1605, Tirmizi no.
806, Ibnu Majah no. 1327, dan Ahmad]

#solat #tarawih #solattarawih #Sunnah #Hadis #SunanNasai1605 #JamiTirmizi806 #SunanIbnuMajah1327 #MusnadAhmad

JANGAN LUPA NIAT PUASA


JANGAN LUPA NIAT PUASA

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga satu ibadah yang memerlukan niat di malam hari sebelum fajar.

📖 Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya."
(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Hadis Sahih)

Lafaz Niat Puasa Ramadan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala."

✅ Niat adalah wajib, lafaz niat adalah sunat.
✅ Pastikan niat sebelum masuk waktu Subuh.

#niatpuasa #niat #puasa #Ramadan #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanAbuDaud2454

BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN


BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

(Quran; Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185)

#Ramadan #Ramadhan #AlQuran #Quran #surah2ayat185

Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾


Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾

Ada boleh buka akaun simpanan dan pelaburan secara dalam talian (online) di 2 buah bank digital Islamik di Malaysia.

1) Be U by Bank Islam 
~ "Malaysia's Friendliest Digital Bank"

Muat turun app (aplikasi) "Be U by Bank Islam" di Google Play atau Apple Store dan tolong gunakan kod rujukan (referral code) saya: AS076169

*Be U by Bank Islam membenarkan baki kosong (zero balance) untuk akaun Qard Savings Account-i.

2) AEON Bank
~ "The First Islamic Digital Bank"

Muat turun app (aplikasi) "AEON Bank" di Google Play atau App Store dan tolong gunakan kod rujukan (referral code) saya: AB784101

*Dalam tempoh promosi, AEON Bank akan berikan 3,000 AEON points yang boleh ditebuskan menjadi tunai berjumlah RM15 selepas anda membuka akaun.

Saya telah membuka akaun di kedua-dua bank digital Islamik ini. Bukan sekadar untuk buka akaun, anda boleh juga buat pembayaran bil, Jom Pay, DuitNow, pemindahan dana, bayaran secara QR code scan, bayar zakat, sedekah dll. Semuanya boleh dilakukan dari keselesaan di rumah anda dan tidak perlu bersusah payah ke bank. Kemudahan kad MyDebit (ATM) juga ada jika diperlukan.

Gunakan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. 
Carilah yang halal, jauhi yang haram.
"Halalan toyyiban"

Saya hanya rekomen perkidmatan kewangan Islam yang patuh Syariah dan mematuhi peraturan kewangan negara.

Terima kasih.
Ahmad Sanusi Husain
(Certified Islamic Financial Planner/IFP)

#Islamicdigitalbank #bankdigitalIslamik #digitalbank #bankdigital #BeUbyBankIslam #AEONBank #perbankanIslam #Halal #Islamicbanking #onlinebanking #Malaysia

MAKSUD SELAWAT DARI ALLAH


MAKSUD SELAWAT DARI ALLAH

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya.

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik dari Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya dari kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam ayat yang telah disebutkan.

Maka ucapkan selawat kepada Nabi SAW, Allah akan berselawat baginya sepuluh kali seperti yang ada disebutkan dalam beberapa riwayat hadis sahih.

Please Join my facebook's fan page