Latest

Wednesday, February 22, 2023

Kemuliaan Dan Kelebihan Berwudhuk


Kemuliaan Dan Kelebihan Berwudhuk

✅ Menyucikan diri daripada kesalahan dosa disamping membersihkan anggota-anggota badan

"Sesiapa yang berwudhuk & menyempurnakannya dengan baik, maka keluarlah segala dosa-dosa dari tubuh hingga ke bawah kukunya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

✅ Dapat mengatasi perkara yang dibenci di samping meningkatkan darjat.

"Mahukah kamu jika aku tunjukkan sesuatu yang boleh menghapuskan dosa- dosa kamu & meningkatkan darjat kamu?" Para sahabat menjawab: "Mahu, wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Menyempurnakan wudhuk serta menjauhi perkara yang dibenci & memperbanyakkan langkah ke masjid-masjid & menunggu masa solat berikutnya setelah mengerjakan solat sebelumnya. Oleh itu hal yang demikian adalah benteng bagi kamu. "(Hadis riwayat Imam Muslim)

✅ Membaca syahadah selepas berwudhuk merupakan satu sebab untuk masuk ke syurga.

"Sesiapa yang berwudhuk serta menyempurnakan dengan sebaik-baiknya kemudian membaca:
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله...
Nescaya akan dibukakan 8 pintu syurga & dia boleh masuk melalui mana- mana pintu yang disukainya.". (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

(Buku "Keistimewaan Umat Muhammad" Jilid. 1)

Doa Mohon Keampunan

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page