Latest

Thursday, April 14, 2011

Rahsia Qiyamullail dan Tahajjud


“Wahai orang yang berselimut (Muhammad s.a.w), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan.” [Surah Al-Muzammil (73): Ayat 1-9]
Solat malam ini mula-mula wajib, sebelum turun ayat ke 20 dalam surat ini. Setelah turunnya ayat ke 20 ini hukumnya menjadi sunat.  Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini kerap kali dilakukan terutama oleh para pemimpin Islam Zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat dikatakan juga, mereka tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Dalam al-Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga beberapa hadis Nabi s.a.w yang turut menegaskan kebaikan mengerjakan solat tahajud ini.
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat antaranya Dr. Ray Meddis; seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology di mana beliau mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lena. Manakala tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lena yang mana mengikut kajian saintis Barat ialah memadai selama tiga jam sahaja. Biasanya kita sering sahaja berasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini adalah kerana kita tidak mempunyai pengetahuan dan mengetahui peraturan yang perlu diikuti ketika ingin tidur. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.
Rasulullah s.a.w telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap beserta dengan doa-doanya sekali dimana ditafsirkan bahawa latihan untuk tidur malam adalah seperti :

. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika makan malam diambil dengan kuantiti yang banyak, ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan seterusnya menyebabkan kita susah bangun dari tidur dan sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.

. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah s.a.w.


Solat tahajjud mengandung aspek meditasi dan relaksasi sehingga dapat digunakan sebagai coping mechanism atau pengurang tekanan yang akan meningkatkan ketahanan tubuh seseorang secara natural. Namun pada saat yang sama, solat tahajjud pun boleh mendatangkan tekanan, terutama bila tidak dilaksanakan secara ikhlas dan berterusan. Jika tidak dilaksanakan dengan ikhlas, bakal terjadi kegagalan dalam menjaga homeostasis atau daya adaptasi terhadap perubahan pola irama pertumbuhan sel yang normal, tetapi jika dijalankan dengan ikhlas dan istiqomah akan sebaliknya.
Dengan begitu, keikhlasan dalam menjalankan solat tahajjud menjadi sangat penting.“Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, 17: 79)
(Abu Zur’ah)


---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.net

5 comments:

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page