Latest

Friday, July 07, 2023

Kelebihan Solat Isya' dan Subuh Berjemaah


Kelebihan Solat Isya' dan Subuh Berjemaah

Pada dasarnya, semua solat fardhu, baik solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh dianjurkan secara berjema'ah. Tentu kita telah mengetahui keutamaan berjema'ah 27 kali ganda lebih banyak dibanding solat sendiri.

Hanya saja, dari semua solat fardhu, solat Isya' dan Subuh sangat penting untuk kita perhatikan lebih kerana kedua solat ini memiliki keutamaan khusus berjemaah.

Diantara keutamaan khusus solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, iaitu membebaskan kita dari label munafik. Kerana solat tersebut sangat berat dilakukan oleh orang munafik. Nabi ﷺ bersabda;

“Sesungguhnya solat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah solat Isya' dan shalat Shubuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun mereka harus merangkak.” (Hadis riwayat Imam & Imam Bukhari Muslim)

Selain itu, melaksanakan solat Isya' dan Subuh secara berjemaah akan mendapatkan pahala yang sangat besar dari Allah. Nabi ﷺ bersabda;

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

“Barangsiapa melaksanakan solat Isya’ secara berjamaah, maka dia seperti telah melaksanakan solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa melaksanakan solat Subuh secara berjamaah, maka dia seperti telah solat seluruh malam.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tentu diantara kita sangat sedikit yang mampu melaksanakan solat selama separuh malam, apalagi sampai semalam penuh. Oleh kerana itu, mari kita kuatkan lagi semangat untuk solat berjama'ah terutama Isya' dan Subuh untuk mendapatkan keutamaan yang agung ini.

No comments:

Post a Comment

Upcoming Events on Islamic Finance, Wealth Management, Business, Management, Motivational Alfalah Consulting, KL-Malaysia: www.alfalahconsulting.com

Please Join my facebook's fan page