Sunday, March 02, 2014

Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan)


Solat Istisqa' dilakukan supaya Allah SWT menurunkan hujan dan menghilangkan kemarau yang panjang. Ia biasanya dilakukan ketika mengalami kemarau yang panjang di mana tanaman dan binatang ternakan boleh mati kebuluran. Manusia sendiri mengalami kepayahan yang amat sangat kerana air yang terbatas.

Tindakan yang perlu dilakukan ialah :

1. Puasa selama tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

2. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Binatang ternakan juga perlu dibawa bersama.

3. Solat Sunat Istisqa' sebanyak 2 rakaat. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal Aโ€™la, dengan suara nyaring. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

4. Khatib membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIATNYA:

ุฃุตูŽู„ูู‘ูŠ ุณูู†ูŽู‘ุฉูŽ ุงู„ุฅูุณู’ุชูุณู’ู‚ูŽุงุกู ุฑูŽูƒูŽุนูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู„ูู„ู‡ู ุชูŽุนุงู„ู‰ูŽ



Sahaja aku menunaikan solat ististiqaโ€™ 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT ISTISTIQAโ€™


ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู ู…ูŽู„ููƒู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุงู„ุฏูู‘ูŠู†ู. ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูŠูŽูู’ุนูŽู„ู ู…ูŽุง ูŠูุฑููŠุฏู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู’ุบูŽู†ููŠูู‘ ูˆูŽู†ูŽุญู’ู†ู ุงู„ู’ููู‚ูŽุฑูŽุงุกู ุฃูŽู†ู’ุฒูู„ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู†ูŽุง ุงู„ู’ุบูŽูŠู’ุซูŽ ูˆูŽุงุฌู’ุนูŽู„ู’ ู…ูŽุง ุฃูŽู†ู’ุฒูŽู„ู’ุชูŽ ู„ูŽู†ูŽุง ู‚ููˆูŽู‘ุฉู‹ ูˆูŽุจูŽู„ูŽุงุบู‹ุง ุฅูู„ูŽู‰ ุญููŠู†ู

โ€œSegala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama." (Riwayat Abu Daud)


ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃูŽุบูุซู’ู†ูŽุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃูŽุบูุซู’ู†ูŽุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฃูŽุบูุซู’ู†ูŽุง


"Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kamiโ€  (Riwayat Muslim)


ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุณู’ู‚ูู†ูŽุง ุบูŽูŠู’ุซู‹ุง ู…ูุบููŠุซู‹ุง ู…ูŽุฑููŠุฆู‹ุง ู…ูŽุฑููŠุนู‹ุง ู†ูŽุงููุนู‹ุง ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุถูŽุงุฑูู‘ ุนูŽุงุฌูู„ู‹ุง ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุขุฌูู„ู

โ€œYa Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambatโ€ (Riwayat Abu Daud)


ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุงุณู’ู‚ู ุนูุจูŽุงุฏูŽูƒูŽ ูˆูŽุจูŽู‡ููŠู…ูŽุชูŽูƒูŽ ูˆูŽุงู†ู’ุดูุฑู’ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุชูŽูƒูŽ ูˆูŽุฃูŽุญู’ูŠู ุจูŽู„ูŽุฏูŽูƒูŽ ุงู„ู’ู…ูŽูŠูู‘ุชูŽ

โ€œYa Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang matiโ€ (Riwayat Malik dan Abu Daud)
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.com

No comments:

Post a Comment

Please Join my facebook's fan page