Berikut adalah biodata ringkas 12 dari sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Ramai lagi para sahabat Rasullulah s.a.w yang tidak dapat dimuatkan biodata mereka semuanya di sini. Para sahabat Nabi ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga. Ambillah contoh-contoh baik dan pedoman dari mereka.
1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin โAuf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah
11) Bilal bin Rabah
12) Abu Dardaโ
Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.aw sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar r.a adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu Bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.
Saidina Uthman bin Affan r.a adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda โsetiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affanโ.
Saidina Ali r.a adalah sepupu Rasulullah s.a.w dan suami kepada Fatimah az-Zahra (anak perempuan Rasulullah s.a.w). Rasulullah s.a.w pernah bersabda โBarangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca dakuโ. Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali r.a. Beliau menurut Rasulullah s.a.w adalah โBabul Ilmโ (pintu ilmu). Beliau menghafaz Al-Quran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, di mana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.
Saidina Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga.
Saidina Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang pertama menghunus pedang di jalan Allah (fisabilillah). Zubair memeluk Islam ketika berumur 15 tahun. Semasa Zubair memeluk Islam, diceritakan bahawa bapa saudaranya pernah menghukum beliau dengan membalutnya di dalam tikar lalu kakinya digantung di atas dan di bawah kepalanya api yang membara. Bapa saudaranya Naufil memaksanya kembali menyembah berhala, tetapi walaupun disiksa berkali-kali, Zubair menegaskan "Saya tidak akan kafir kembali sama sekali!" Beliau adalah salah seorang sahabat terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda โsetiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubairโ.

Saidina Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, โbarangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurgaโ.
Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda โYa Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMuโ.
Saidina Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda โYa Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMuโ.
Saidina Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah.
Saidina Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah s.a.w adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah s.a.w bersabda โsetiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrahโ.

Saidina Bilal bin Rabah telah diberikan pangkat sebagai โahli syurgaโ kerana beliau merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya (air sembahyangnya) di dalam jangkamasa yang lama.
Saidina Abu Dardaโ digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia.
*
Biodata Ringkas 12 Dari Sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2011/04/biodata-ringkas-terpilih-12-sahabat.html
---
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment