Latest
- Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa - 3/16/2025
- Perbanyakkan Istighfar di Waktu Sahur - 3/13/2025
- Baca Quran 💙 - 3/9/2025
- Memperbanyakkan Istighfar: Kunci Kelapangan Hidup - 3/4/2025
- Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya - 3/4/2025
Sunday, March 16, 2025
Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
Friday, March 14, 2025
Perbanyakkan Istighfar di Waktu Sahur
Sunday, March 09, 2025
Wednesday, March 05, 2025
Memperbanyakkan Istighfar: Kunci Kelapangan Hidup
Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya
ISTIGHFAR
Tuesday, March 04, 2025
Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾
Qiyamullail on the Nights of Ramadan
Sedekah Paling Afdhal ialah Memberi Air Minum
Monday, March 03, 2025
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA 🤲
Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾
Bersahurlah kerana pada sahur iti terdapat keberkatan
Sunday, March 02, 2025
SEBELUM TIDUR USAHAKAN MEMBACA SEKURANG-KURANG 100 AYAT AL-QURAN
Doa Mustajab Ketika Berbuka Puasa
WAKTU DOA MUSTAJAB 🤲
WAKTU DOA MUSTAJAB 🤲
Ketika hampir berbuka, angkat tangan dan berdoa. Kerana itulah waktu doa mustajab.
Marilah kita semua menadah tangan dan berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa kita dan mudah-mudahan Allah memakbulkan segala doa dan pengharapan kita. InsyaAllah.
Berdasarkan hadis daripada Ibn Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.”
(Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim dalam al-Mustadrak)
#doa #doamustajab #puasa #iftar #Ramadan #Sunnah #Hadis #SunanIbnuMajah
Tujuh Perkara Yang Membatalkan Puasa
Saturday, March 01, 2025
SURAH AL-FATH (48) ~ SURAH PALING DICINTAI RASULULLAH S.A.W
NIAT SOLAT SUNAT TARAWIH
SOLAT TARAWIH BERSAMA IMAM SEPERTI SOLAT SEMALAM PENUH
SOLAT TARAWIH & WITIR BERSAMA IMAM SEPERTI SOLAT SEMALAM PENUH
Rasulullah ﷺ bersabda,
"Siapa yang solat (bersama imam sampai ia selesai (tarawih dan witir), maka ditulis untuknya pahala qiyam satu malam penuh."
[Hadis riwayat An Nasai no. 1605, Tirmizi no.
806, Ibnu Majah no. 1327, dan Ahmad]
#solat #tarawih #solattarawih #Sunnah #Hadis #SunanNasai1605 #JamiTirmizi806 #SunanIbnuMajah1327 #MusnadAhmad
JANGAN LUPA NIAT PUASA
JANGAN LUPA NIAT PUASA
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga satu ibadah yang memerlukan niat di malam hari sebelum fajar.
📖 Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya."
(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Hadis Sahih)
Lafaz Niat Puasa Ramadan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala."
✅ Niat adalah wajib, lafaz niat adalah sunat.
✅ Pastikan niat sebelum masuk waktu Subuh.
#niatpuasa #niat #puasa #Ramadan #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanAbuDaud2454
BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN
BULAN RAMADAN YANG PADANYA DITURUNKAN AL-QURAN
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٍ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ ٱلشَّهۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٞ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُكۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Quran; Surah Al-Baqarah 2: Ayat 185)
#Ramadan #Ramadhan #AlQuran #Quran #surah2ayat185