Thursday, July 03, 2025

Rukun wuduk mempunyai enam perkara...


Rukun wuduk mempunyai enam perkara:

1. Niat (Niat di dalam hati ketika mula membasuh muka)

2. Membasuh muka (Basuh seluruh muka dari tempat tumbuh rambut sehingga bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke kiri)

3. Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku

4. Menyapu sebahagian kepala

5. membasuh kedua belah kaki hingga buku lali

6. Tertib (Membasuh anggota-anggota tadi mengikut urutan rukun yang dinyatakan)

Tidak SAH wuduk jika sekiranya tertinggal salah satu rukun atau anggota wajib wuduk.

Sumber: JAKIM, Malaysia

#wuduk

Apakah Sunnah?


Apakah Sunnah? 

Sunnah merujuk kepada amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah baginda diangkat menjadi Rasul. Ini termasuk perbuatan, akhlak, dan sifat-sifat beliau, yang dianggap sebagai contoh teladan bagi umat Islam. 

Terdapat tiga jenis Sunnah : 
1. Sunnah Qauliyyah
2. Sunnah Fi’liyyah
3. Sunnah Taqririyyah

Jom kita amalkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita.

#Sunnah

Doa Ketika Ditimpa Kesulitan dan Ujian yang Berat

SubhanAllahi wabihamdih


SubhanAllahi wabihamdih 💙

#Sunnah #Hadis #SahihMuslim #SahihMuslim2692 #SubhanAllah #Alhamdulillah #SubhanAllahiwabihamdih

Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Fardhu Subuh


Solat Sunat 2 Rakaat Sebelum Solat Fardhu Subuh

Daripada Aisyah radhiallahu 'anha, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Dua rakaat sunat fajar (solat sunat qobliyah subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." 

(Hadis riwayat Imam Muslim)

#Sunnah #Hadis #Hadith #SahihMuslim #solat #solatsunat #solatsunatqobliyahsubuh

Doa Berlindung Dari 4 Perkara


Doa Berlindung Dari 4 Perkara 🤲

#doa #berdoa

Wednesday, July 02, 2025

Doa Memohon Pertolongan dan Perlindungan Dari Allah


Doa Memohon Pertolongan dan Perlindungan Dari Allah 🤲

#doa #Quran #AlQuran #surah3ayat173

Amalan Yang Sedikit Tapi Berterusan

Amalan Yang Sedikit Tapi Berterusan

Daripada Aisyah r.a dia berkata, Rasulullah s.a.wbersabda: 
"Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan  walaupun jumlahnya sedikit."

(Hadis riwayat Imam Bukhari No. 6465)
Status: Hadis Sahih

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Tuesday, July 01, 2025

Kaadaan di Syurga


Kaadaan di Syurga 💙

#Hadis #Sunnah #SahihMuslim #syurga #jannah

Baca Al-Quran Setiap Hari


Baca Al-Quran Setiap Hari

Dekatkan hubungan dengan Al-Quran, jangan
terputus walaupun sedikit. Semoga hidup kita
sentiasa diberkati oleh-Nya.

#iqraAlQuran #bacaQuran #bacaAlQuran #readQuran

BACA DAN FAHAMI AYAT-AYAT AL-QURAN Dekatkan hubungan dengan Al-Quran, jangan terputus walaupun sedikit. Semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya



Monday, June 30, 2025

Doa Memohon Khabar Gembira Dari Allah


Doa Memohon Khabar Gembira Dari Allah 🤲

#doa #khabarhembira

Sedekah/Wakaf - Infak Kerana Allah: Surau Al-Syukuriah, Kajang, Selangor, Malaysia


Sedekah/Wakaf 💙 Infak Kerana Allah

Surau Al-Syukuriah, Kajang, Selangor, Malaysia

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.”

(Al-Quran; Surah al-Hadid 57: Ayat 18)

#sedekah #wakaf #infak #surah57ayat18

Doa Taubat ~ Rasulullah s.a.w pernah didengar mengucapkan istighfar ini 100 kali dalam satu majlis


Doa Taubat ~ Rasulullah s.a.w pernah didengar mengucapkan istighfar ini 100 kali dalam satu majlis

Kita umat Baginda perlu mengikuti contoh ini.

#istighfar #taubat #doataubat #Sunnah #Hadis #Hadith #SunanTirmizi

Saturday, June 28, 2025

Kelebihan Bulan Muharram


Kelebihan Bulan Muharram

Allah SWT telah mengangkat Muharam sebagai salah satu daripada empat bulan haram, bulan yang penuh kemuliaan dan larangan daripada melakukan kezaliman.

Ayuh, mulakan tahun hijrah ini dengan keinsafan, perubahan dan keazaman baharu.

#Muharram #Quran #AlQuran #surah9ayat36

RAUDHAH: TAMAN SYURGA


RAUDHAH: TAMAN SYURGA

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَا بَيْنَ بَيْتِيْ وَمِنْبَرِيْ رَوْضَةٌ مِنْ رِياَضِ الْجَنَّة

Mafhumnya: “Di antara kuburku dan mimbarku ada salah satu taman dari taman-taman syurga.”

Hadis Riwayat al-Bukhari (6588) dan Muslim (1391)

#raudhah #raudhahmadinah #tamansyurga #mustajabdoa #MasjidilNabawi #Madinah

Friday, June 27, 2025

Du'a for Beneficial Knowledge, Goodly Provision (Rizq), Accepted Deeds


Du'a for Beneficial Knowledge, Goodly Provision (Rizq), Accepted Deeds 🤲

#dua #doa #Sunnah #Hadith #SunanIbnMajah925

Doa | Aamiin


Doa 🤲

Ya Allah,
Perbaiki hidupku,
ibadahku, rezekiku,
akhlakku, dan juga
hatiku.

Aamiin

Wednesday, June 25, 2025

Al-Quran; Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11


Al-Quran; Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."
(Al-Quran; Surah Ar-Ra'd 13: Ayat 11)

#AlQuran #Quran #surah13ayat11

Tuesday, June 24, 2025

Kelebihan Mekah | Makkah Al-Mukarramah


Kelebihan Mekah | Makkah Al-Mukarramah 🕋

Tanah suci Mekah, bumi penuh keberkatan.
Di sinilah lahirnya insan mulia, Rasulullah s.a.w.
Setiap amal soleh, setiap zikir, selawat, doa dan ibadah di kota ini digandakan pahalanya.

Di sinilah limpahan rahmat Allah tidak pernah putus, tempat paling aman, mustajab dan mulia.

Semoga kita semua dijemput menjadi tetamu-Nya, di bumi penuh rahmat ini. Aamiin.

#Mekah #Makkah #MakkahAlMukarramah

Syafaat Al-Quran di Hari Kiamat


Syafaat Al-Quran di Hari Kiamat

Bersahabat baiklah dengan Al-Quran, kerana Al-Quran adalah “Mukjizat Agung’ kepada kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w.  Kandungan yang sesuai sepanjang zaman serta dijanjikan oleh Allah SWT dipelihara sehiagga hari kiamat. 
Justeru itu, kita sangat beruntung apabila dapat bersahabat baik dengan Al Quran. 

Untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karib, hendaklah kita memposisikan dan memperlakukannya seperti kita memperlakukan sahabat lain bahkan lebih-lebih lagi kerana al-Quran itu merupakan utusan dari Allah. 

Caranya adalah dengan mendengar nasihatnya, mengikuti petuanya dan ingin selalu dekat di sisinya selalu membaca, menjadikannya petunjuk, memahaminya dan mengamalkannya. Dengan itu kita akan memperoleh kebahagiaan hakiki baik di dunia mahupun di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w menjanjikan, bahawa setiap orang beriman yang bersahabat akrab dengan Al Quran, dijamin akan mendapat syafa’at dari Al-Qur’an sebagaimana hadis berikut:

“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat menjadi pemberi syafa’at bagi orang-orang yang bersahabat dengannya”. 
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah r.a, 
“Tidaklah suatu kaum berkumpul di suatu rumah Allah, membaca kitab Allah dan mempelajarinya, melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan; mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh malaikat dan akan disebut-sebut Allah di hadapan orang-orang yang ada di sisi-Nya (para malaikat).” 
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Kosakata Bahasa Arab Tentang Jam


Kosakata Bahasa Arab Tentang Jam

Belajar Bahasa Arab
Learn Arabic 🌍

#bahasaArab #belajarBahasaArab #Arabic #learnArabic

Saturday, June 21, 2025

Do'a Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir


Do'a Mohon Diberi Kecerdasan Berfikir 🤲

#doa #cerdas #fikir #kecerdasan #berfikir

Perbanyakkan Istighfar di Waktu Sahur


Perbanyakkan Istighfar di Waktu Sahur

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #taubat #Quran #SurahAliImran #surah3ayat17

Friday, June 20, 2025

Sebuah rumah tradisional Melayu yang masih berpenghuni di Kuala Kurau - Kerian, Perak, Malaysia


Sebuah rumah tradisional Melayu yang masih berpenghuni di Kuala Kurau - Kerian, Perak, Malaysia.

#rumahtradisional #rumahtradisionalMelayu #Perak #Malaysia

Thursday, June 19, 2025

Carilah Yang Halal Sahaja


Carilah Yang Halal Sahaja

Kita diperintahkan untuk memakan yang halal dan menjauhi yang haram sebagaimana dalam doa yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,
.
اللَّهُمَّ اكْفِني بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
.
“Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurnia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi, no. 3563; Ahmad, 1/153; dan Al-Hakim, 1/538)
.
Dan ingat rezeki yang halal walau sedikit itu pasti lebih berkah. Abul ‘Abbas Ahmad bin ‘Abdul Halim bin Taimiyyah Al-Harrani (661-728 H) rahimahullah pernah berkata,
.
وَالْقَلِيلُ مِنْ الْحَلَالِ يُبَارَكُ فِيهِ وَالْحَرَامُ الْكَثِيرُ يَذْهَبُ وَيَمْحَقُهُ اللَّهُ تَعَالَى
.
“Sedikit dari yang halal itu lebih bawa berkah di dalamnya. Sedangkan yang haram yang jumlahnya banyak hanya cepat hilang dan Allah akan menghancurkannya.” (Majmu’ah Al-Fatawa, 28/646)
.
Dalam mencari rezeki, kebanyakan kita mencarinya asalkan dapat, namun tidak peduli halal dan haramnya. Padahal Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jauh-jauh hari sudah mengatakan,
.
لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لاَ يُبَالِى الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ ، أَمِنْ حَلاَلٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ
.
“Akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan harta, apakah dari usaha yang halal atau yang haram.” (HR. Bukhari no. 2083)

Istighfar dan Taubat


Istighfar dan Taubat

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Rasulullah s.a.w yang maksum (terpelihara dan bebas dari dosa) beristighfar dan bertaubat 70 kali dalam sehari, maka kita yang tidak sepi dari dosa seharusnya beristighfar dan bertaubat lebih lagi.

#istighfar #taubat

Wednesday, June 18, 2025

Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada kita satu zikir yang boleh membawa kita ke syurga

Rasulullah ﷺ pernah mengajarkan kepada kita satu zikir yang boleh membawa kita ke syurga. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ قَالَ : رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
“Barangsiapa yang mengucapkan: Aku redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasulku, maka wajib ke atasnya syurga. 
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Monday, June 16, 2025

Belajar dan Mengajar Al-Quran


Belajar dan Mengajar Al-Quran

#AlQuran #Quran #Sunnah #Hadis #SahihBukhari #SahihBukhari5027 #SahihBukhari5028

Sunday, June 15, 2025

Doa-Doa Harian


Doa-Doa Harian 🤲

Jom Amalkan.
1. Doa keluar rumah
2. Doa menaiki kenderaan
3. Doa meminta petunjuk
4. Doa masuk rumah

Aamiin 🤲

Doa

Doa 🤲

Allah mendengar segala doa, hajat dan rayuanmu.
Jawapan dari-Nya samada segera, dilambatkan (di dunia atau di akhirat) atau digantikan dengan yang lebih baik dari apa yang diminta.

Berdoa adalah satu amal ibadah yang mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t, tidak kira samada doa itu dimakbulkan dengan segera atau dikemudiankan.

Maka teruslah berdoa, berusaha dan bertawakkal.

Panduan Membeli Rumah 🏠 🕌 🏡

Saturday, June 14, 2025

Fadilat-Fadilat Yang Sahih Berkenaan Surah Al-Ikhlas (Al-Quran, Surah 112)



Fadilat-Fadilat Yang Sahih Berkenaan Surah Al-Ikhlas (Al-Quran, Surah 112):

1. Allah SWT mencintai orang yang mencintai Surah al-Ikhlas

Daripada Aisyah R.anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ رَجُلًا عَلَى سَرِيَّةٍ، وَكَانَ يَقْرَأُ لِأَصْحَابِهِ فِي صَلاَتِهِمْ فَيَخْتِمُ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، فَلَمَّا رَجَعُوا ذَكَرُوا ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: سَلُوهُ لِأَيِّ شَيْءٍ يَصْنَعُ ذَلِكَ؟، فَسَأَلُوهُ، فَقَالَ: لِأَنَّهَا صِفَةُ الرَّحْمَنِ، وَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَقْرَأَ بِهَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَخْبِرُوهُ أَنَّ اللَّهَ يُحِبُّهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi SAW bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (7375)

2. Al-Ikhlas bersamaan sepertiga al-Quran

Daripada Abu Sa`id al-Khudri RA:


أَنَّ رَجُلًا سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ يُرَدِّدُهَا، فَلَمَّا أَصْبَحَ جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ، وَكَأَنَّ الرَّجُلَ يَتَقَالُّهَا، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ القُرْآنِ»

Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah SAW : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.”

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)

3. Surah al-Ikhlas penyebab masuk Syurga

Daripada Abu Hurairah RA:

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ

Maksudnya: "Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897). Beliau berkata: “Hadis hasan sahih gharib.”

4. Menjadi perlindungan dengan izin Allah SWT, jika dibaca bersama Surah al-Alaq dan Surah al-Nas.

Daripada `Uqbah bin `Amir al-Juhani RA berkata:

 

بَيْنَا أَنَا أَقُودُ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاحِلَتَهُ فِي غَزْوَةٍ إِذْ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، ثُمَّ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، قُلْ فَاسْتَمَعْتُ، فَقَالَهَا الثَّالِثَةَ، فَقُلْتُ: مَا أَقُولُ؟، فَقَالَ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ فَقَرَأَ السُّورَةَ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ: قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ وَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَرَأَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ فَقَرَأْتُ مَعَهُ حَتَّى خَتَمَهَا، ثُمَّ قَالَ: مَا تَعَوَّذَ بِمِثْلِهِنَّ أَحَدٌ

Maksudnya: Ketika mana aku memimpin kenderaan Rasulullah SAW dalam sebuah peperangan, tiba-tiba Baginda bersabda: “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan, kemudian beliau berkata (lagi): “Wahai Uqbah, katakanlah,” Aku pun mendengarkan. Dan Baginda mengatakannya sampai tiga kali, lalu aku bertanya: “Apa yang perlu aku katakan?” Baginda pun bersabda: “Katakan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ”, lalu Baginda membacanya sampai selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ الفَلَقِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda membaca قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ, aku pun membacanya bersamanya hingga selesai. Kemudian Baginda bersabda: “Tidak ada seorang pun yang berlindung (dari segala keburukan) seperti orang orang yang berlindung dengannya (tiga surat) tersebut”

Hadis riwayat Imam al-Nasaie (5430)

Daripada Aisyah R.anha:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ} وَ{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ} ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya: Bahawa Nabi SAW apabila menuju ke pembaringannya (untuk tidur) setiap malam, Baginda akan menghimpunkan kedua tangannya (yakni menadah tangan) dan meniupnya setelah Baginda membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan al-Nas, kemudian menyapu kedua-dua tapak tangannya pada tempat yang mampu dicapai olehnya dari setiap tubuhnya, dimulakan dari kepala, muka, dan apa yang boleh ditemui daripada badannya, sebanyak tiga kali

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5017)

Daripada Buraidah bin al-Hasib RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ، وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، فَقَالَ: لَقَدْ سَأَلْتَ اللَّهَ بِالِاسْمِ الَّذِي إِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى، وَإِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ

Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, bahwa diriku bersaksi sesungguhnya Engkau adalah Allah yang tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau Yang Maha Esa, Yang bergantung kepada-Mu segala sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya,” kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh dirimu telah meminta kepada Allah dengan nama-Nya, yang jika Dia diminta dengannya (pasti akan) memberi, dan jika Dia diseru dengannya, (pasti akan) mengabulkannya”.

Hadis riwayat Abu Daud (1493)

Wallahua’lam.

#Quran #AlQuran #SurahAlIkhlas #Surah112 #iqraAlQuran #bacaQuran #readQuran #tilawah #tajwid #tartil #tadarus #tadabbur

Thursday, June 12, 2025

Sabar


Sabar dan teguh hati dalam menuntut ilmu, jangan lekas bosan dan kecewa. Bukan sahaja menuntut ilmu, bahkan segala perkara, pekerjaan, usaha, semuanya berkehendak kepada kesabaran. ~ Prof. Hamka

#sabr #sabar #kesabaran #bersabarlah

Salah satu dari ayat Quran yang tertulis di kain penutup pintu Ka'bah (Surah 3, Ayat 33)


Salah satu dari ayat Quran yang tertulis di kain penutup pintu Ka'bah 🕋

وَسَارِعُوٓا إِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(Quran, Surah Ali 'Imran 3: Ayat 133)

#Kaabah #Quran #SurahAliImran #Surah3 #suah3ayat33

Tuesday, June 10, 2025

Eid Ends, But Sacrifice Remains


Eid Ends, But Sacrifice Remains

Continue sacrificing
your ego,
your sins,
and bad habits for the sake of Allah

Kelebihan yang besar bagi solat ‘Isyak dan Subuh secara berjemaah

Niat Solat Taubat

Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)


Sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ
Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

(Quran; Surah Al-'Alaq 96: Ayat 14)

#Quran #AlQuran #SurahAlAlaq #Surah96 #surah96ayat14

Monday, June 09, 2025

Bersyukur | Alhamdulillah


Bersyukur | Alhamdulillah

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras."

(Al-Quran; Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

#syukur #bersyukur #Alhamdulillah #Quran #AlQuran #SurahIbrahim #Surah14 #surah14ayat7

LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ


LARANGAN BERPUASA PADA HARI TASYRIQ

Diharamkan berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dan pada hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

Sunday, June 08, 2025

Ringankan lidah untuk selalu beristighfar, berzikir dan berselawat


Ringankan lidah untuk selalu beristighfar, berzikir dan berselawat

#istighfar #zikir #selawat

Du'a for Halal Income


Du'a for Halal Income 🤲

#Sunnah #Hadith #SunanTirmidhi #SunanTirmidhi3563

Tip Keselamatan Jalan Raya


TIP KESELAMATAN JALAN RAYA

Pengguna jalan raya terutamanya pemandu kenderaan hendaklah sentiasa berwaspada semasa berada di jalan raya.

Ikuti infografik ini untuk mengurangkan risiko kemalangan dan menyelamatkan nyawa. Jadilah pengguna jalan raya yang bijak dan bertanggungjawab.

Sumber: PDRM

Yang Ketiganya Adalah Syaitan

Yang Ketiganya Adalah Syaitan

Saidina Abdullah Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

 أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّ كَانَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ

Maksudnya: Ketahuilah bahawa tidaklah berdua-duan seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
[Hadis riwayat ImamTirmizi (2165)]

Syeikh Muhammad Bin Abd Al-Rahman Al-Mubarakfuri Rahimahullah apabila mensyarahkan hadis ini berkata: Makna hadis ini adalah: Syaitan ada bersama keduanya (lelaki dan perempuan yang berkhalwat) serta membisikkan syahwat kepada mereka sehinggalah ia mencampakkan mereka berdua ke lembah penzinaan. Rujuk Tuhfah Al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (6/320).

Saturday, June 07, 2025

Hikmah Ibadah Qurban

🌙 Hikmah Ibadah Qurban

1. Menanamkan sifat taat dan tunduk kepada perintah Allah.
➤ Seperti Nabi Ibrahim A.S. yang sanggup mengorbankan anaknya demi mematuhi perintah Allah tanpa ragu.

2. Mendidik keikhlasan dalam beribadah.
➤ Qurban bukan tentang daging atau darah, tetapi tentang niat dan keikhlasan hati yang menyerah diri kepada Allah.

3. Mengasah sifat pengorbanan dan kasih sayang.
➤ Ibadah Qurban melatih kita untuk memberi sesuatu yang kita sayang demi kebaikan orang lain.

4. Mengeratkan ukhuwah sesama umat Islam.
➤ Daging Qurban yang diagihkan kepada fakir miskin dan jiran tetangga mengukuhkan silaturrahim dan rasa prihatin.

5. Menyucikan jiwa dari sifat tamak dan cinta dunia.
➤ Mengorbankan harta yang berharga melatih jiwa untuk tidak terlalu terikat dengan dunia dan lebih mendekat kepada akhirat.

6. Menghidupkan syiar Islam.
➤ Ibadah ini adalah simbol keagungan ajaran Islam dan memperingati pengorbanan agung Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S.

7. Membawa keberkatan dalam rezeki.
➤ Dengan berkongsi nikmat rezeki melalui Qurban, Allah melimpahkan lebih banyak kebaikan dalam kehidupan kita.

Sunday, March 16, 2025

Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

Keutamaan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa yang memberi makan untuk berbuka kepada seorang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti pahala orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun."
 
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, No. 1746,
disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Ibnu Majah)

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Friday, March 14, 2025

Perbanyakkan Istighfar di Waktu Sahur


Perbanyakkan Istighfar di Waktu Sahur

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

#istighfar #sahur #taubat #Quran #surah3ayat17

Sunday, March 09, 2025

Baca Quran 💙


Baca Quran 💙

#iqeaAlQuran #bacaQuran #readQuran #Sunnah #Hadis #SunanTirmizi

Wednesday, March 05, 2025

Memperbanyakkan Istighfar: Kunci Kelapangan Hidup


Memperbanyakkan Istighfar: Kunci Kelapangan Hidup

Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ لَزِمَ ٱلِٱسْتِغْفَارَ جَعَلَ ٱللَّهُ لَهُۥ مِن كُلِّ ضِيقٍۢ مَخْرَجًۭا وَمِن كُلِّ هَمٍّۢ فَرَجًۭا وَرَزَقَهُۥ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
“Barangsiapa yang melazimi istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, memberikan kelapangan dari setiap kesedihan, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no. 1518; Imam Ibn Majah, no. 3819)

Apa Yang Boleh Kita Buat?
 1. Lazimi istighfar setiap hari – Jadikan ia amalan harian dengan mengucapkan Astaghfirullah sekurang-kurangnya 100 kali sehari.
 2. Gunakan istighfar sebagai solusi masalah – Apabila berada dalam kesempitan atau kebuntuan, perbanyakkan istighfar.
 3. Yakin dengan janji Allah – Allah akan memberikan jalan keluar dan rezeki bagi mereka yang memperbanyakkan istighfar.
 4. Amalkan waktu mustajab – Beristighfar selepas solat, sebelum tidur, atau di waktu sahur.
 5. Bersihkan hati dari dosa – Istighfar bukan hanya untuk memohon ampun tetapi juga menyucikan hati.

Berapa kali dalam sehari kita benar-benar memohon ampun kepada Allah dengan penuh kesungguhan?

Astaghfirullah.

#istighfar #taubat #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanAbuDaud1518 #SunanIbnuMajah #SunanIbnuMajah3819

Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya


Bersyukurlah Dan Allah Akan Tambah Nikmat-Nya

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ ۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

(Quran, Surah Ibrahim 14: Ayat 7)

#Quran #surah14ayat7 #syukur #bersyukur #Alhamdulillah

ISTIGHFAR

ISTIGHFAR

Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ قَالَ: أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْم الَّذِيْ لاَإِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمَ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ، غُفِرَلَهُ وَإِنْ كَانَ فَرَّ مِنْ الزَّحْفِ.
 
Barang siapa yang mengucapkan: 

Astaghfirullah al-‘azhim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubuh ilaihi, nescaya diampunkan baginya (dosanya) sekalipun (dosanya sebesar) lari dari medan perang. 

[Hadis riwayat Imam Tirmizi]

Tuesday, March 04, 2025

Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾


Bank Digital Islamik di Malaysia | Islamic Digital Banks in Malaysia 🇲🇾

Ada boleh buka akaun simpanan dan pelaburan secara dalam talian (online) di 2 buah bank digital Islamik di Malaysia.

1) Be U by Bank Islam 
~ "Malaysia's Friendliest Digital Bank"

Muat turun app (aplikasi) "Be U by Bank Islam" di Google Play atau Apple Store dan tolong gunakan kod rujukan (referral code) saya: AS076169

*Be U by Bank Islam membenarkan baki kosong (zero balance) untuk akaun Qard Savings Account-i.

2) AEON Bank
~ "The First Islamic Digital Bank"

Muat turun app (aplikasi) "AEON Bank" di Google Play atau App Store dan tolong gunakan kod rujukan (referral code) saya: AB784101

*Dalam tempoh promosi, AEON Bank akan berikan 3,000 AEON points yang boleh ditebuskan menjadi tunai berjumlah RM15 selepas anda membuka akaun.

Saya telah membuka akaun di kedua-dua bank digital Islamik ini. Bukan sekadar untuk buka akaun, anda boleh juga buat pembayaran bil, Jom Pay, DuitNow, pemindahan dana, bayaran secara QR code scan, bayar zakat, sedekah dll. Semuanya boleh dilakukan dari keselesaan di rumah anda dan tidak perlu bersusah payah ke bank. Kemudahan kad MyDebit (ATM) juga ada jika diperlukan.

Gunakan perkhidmatan kewangan patuh Syariah. 
Carilah yang halal, jauhi yang haram.
"Halalan toyyiban"

Saya hanya rekomen perkidmatan kewangan Islam yang patuh Syariah dan mematuhi peraturan kewangan negara.

Terima kasih.
Ahmad Sanusi Husain
(Certified Islamic Financial Planner/IFP)

#Islamicdigitalbank #bankdigitalIslamik #digitalbank #bankdigital #BeUbyBankIslam #AEONBank #perbankanIslam #Halal #Islamicbanking #onlinebanking #Malaysia

Please Join my facebook's fan page