Alhamdulillah, pujian yang mutlak kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Sehari dua ini, banyak persoalan yang sampai ke meja kami berkaitan isu Hukum Seseorang Muslim Mengucapkan โMerry Christmasโ Kepada Mereka Yang Beragama Kristian. Ini menjadikan kami terpanggil untuk menekuni isu ini dan membuat sedikit bahth al-โilmi dalam kerangka fiqh muโasir (kontemporari) yang diistinbatkan daripada nusus syarโiyyah serta maslahat dan fiqh waqโie (semasa). Justeru, Bayan Linnas pada kali ini kami tajukkan dengan tajuk seperti di atas.
Soalan ini sering berlegar-legar saban tahun dalam kalangan umat Islam. Ia juga seringkali menimbulkan polemik dan salahfaham baik dalam kalangan bukan Muslim, malah umat Islam sendiri. Kami menerima beberapa persoalan berkaitan ini daripada mereka yang mepunyai hubungan secara langsung dengan bukan Muslim baik secara kekeluargaan, kerjaya, mahupun kerana tinggal dalam kawasan kejiranan yang sama.
Melihat kepada kepentingan isu ini dalam kalangan umat Islam, kami cuba menghuraikan permasalahan ini dengan ilmiah dan melampirkan jawapan yang tuntas bagi permasalahan ini.
Islam Agama Rahmat
Sesungguhnya Rasulullah SAW itu sendiri datang untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Firman Allah SWT:
ููู
ูุง ุฃูุฑูุณูููููุงูู ุฅููููุง ุฑูุญูู
ูุฉู ููููุนูุงููู
ูููู
Maksudnya: โDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.โ(Surah al-Anbiyaโ: 107)
Dr. โAid al-Qarani dalam bukunya, Rahmatan li al-โAlamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:
- Baginda SAW merupakan seorang manusia utusan Allah.
- Baginda SAW datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman.
- Baginda SAW datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain.
- Baginda SAW membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.
- Rasulullah SAW telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi.
Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah SWT telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan dengan dalil yang umum dan jelas:
ููููููููุง ููููููุงุณู ุญูุณูููุง
Maksudnya: โโฆdan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.โ(Surah al-Baqarah: 83)
Al-Maraghi berkata: โ
Oleh sebab itu, dalam memenuhi hak setiap anggota umat atau seluruh manusia memadailah dengan pergaulan dan perkataan yang baik, menyuruh berbuat baik, mencegah perbuatan mungkar dan perbuatan lain bermanfaat di dunia dan akhirat.โ
[1]
Firman Allah SWT:
ุฅูููู ุงูููููู ููุฃูู
ูุฑู ุจูุงููุนูุฏููู ููุงููุฅูุญูุณูุงูู
Maksudnya: โSesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikanโฆโ(Surah al-Nahl: 90)
Sayyid Qutub dalam Fi Zilal al-Quran berkata:
โIhsan mempunyai pengertian yang amat luas. Setiap perbuatan yang baik adalah ihsan belaka. Perintah berbuat ihsan dalam ayat itu merangkumi segala perbuatan dan muamalah. Ia merangkumi segala ruang kehidupan yang berkaitan dengan hubungan-hubungan seorang hamba dengan Allah, hubungan dengan keluarganya, hubungan dengan masyarakatnya dan hubungan dengan seluruh manusia yang lain.[2]
---