JANGAN LUPA NIAT PUASA
Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga satu ibadah yang memerlukan niat di malam hari sebelum fajar.
📖 Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya."
(Hadis riwayat Imam Abu Daud, Hadis Sahih)
Lafaz Niat Puasa Ramadan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta’ala."
✅ Niat adalah wajib, lafaz niat adalah sunat.
✅ Pastikan niat sebelum masuk waktu Subuh.
#niatpuasa #niat #puasa #Ramadan #Sunnah #Hadis #SunanAbuDaud #SunanAbuDaud2454
No comments:
Post a Comment