Koleksi Hadis Sahih | Sahih Bukhari 📗✅️
Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat
Dari Umar bin Khathab r.a., katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah".
(Sahih Bukhari, koleksi 1, no.1)
#Hadissahih #SahihBukhari #amalsoleh #niat #nawaitu #ikhlas