Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
v HUKUM SOLAT DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2. Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3. Tidak disunatkan.
4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat muโakkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahuโ anh, dia berkata:
ุฃูููุตูุงููู ุฎููููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุจูุซููุงูุซู
ุตูููุงู
ู ุซููุงูุซูุฉู ุฃููููุงู
ู ู
ููู ููููู ุดูููุฑู ููุฑูููุนูุชููู ุงูุถููุญูู ููุฃููู ุฃููุชูุฑู ููุจููู ุฃููู ุฃูููุงู
.ู
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu โalaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur โ Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu โalaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Dardaโradhiallahuโ anh, dia berkata:
ุฃูููุตูุงููู ุญูุจููุจูู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุจูุซููุงูุซู ูููู ุฃูุฏูุนูููููู ู
ูุง ุนูุดูุชู
ุจูุตูููุงู
ู ุซููุงูุซูุฉู ุฃููููุงู
ู ู
ููู ููููู ุดูููุฑู ููุตููุงูุฉู ุงูุถููุญูู ููุจูุฃููู ูุงู ุฃูููุงู
ู ุญูุชููู ุฃููุชูุฑู.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu โalaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat Witir. โ Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
v KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA
Ianya Amalan Berbentuk Sedekah
Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Taโala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahuโ anh, daripada Nabi shallallahu โalaihi wasallam, baginda bersabda:
ููุตูุจูุญู ุนูููู ููููู ุณููุงูู
ูู ู
ููู ุฃูุญูุฏูููู
ู ุตูุฏูููุฉู ููููููู ุชูุณูุจููุญูุฉู ุตูุฏูููุฉู ููููููู ุชูุญูู
ููุฏูุฉู ุตูุฏูููุฉู
ููููููู ุชููููููููุฉู ุตูุฏูููุฉู ููููููู ุชูููุจููุฑูุฉู ุตูุฏูููุฉู ููุฃูู
ูุฑู ุจูุงููู
ูุนูุฑูููู ุตูุฏูููุฉู ูููููููู ุนููู ุงููู
ูููููุฑู ุตูุฏูููุฉู
ููููุฌูุฒูุฆู ู
ููู ุฐููููู ุฑูููุนูุชูุงูู ููุฑูููุนูููู
ูุง ู
ููู ุงูุถููุญูู.
Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Taโala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nuโaim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:
ููุง ุงุจููู ุขุฏูู
ู ูุงู ุชูุนูุฌูุฒูููู ู
ููู ุฃูุฑูุจูุนู ุฑูููุนูุงุชู ููู ุฃูููููู ููููุงุฑููู ุฃููููููู ุขุฎูุฑููู.
Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
q Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahuโ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam bersabda:
ู
ููู ุตููููู ุงููุบูุฏูุงุฉู ููู ุฌูู
ูุงุนูุฉู ุซูู
ูู ููุนูุฏู ููุฐูููุฑู ุงูููููู ุญูุชููู ุชูุทูููุนู ุงูุดููู
ูุณู
ุซูู
ูู ุตููููู ุฑูููุนูุชููููู ููุงููุชู ูููู ููุฃูุฌูุฑู ุญูุฌููุฉู ููุนูู
ูุฑูุฉู ููุงูู ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู
ุชูุงู
ููุฉู ุชูุงู
ููุฉู ุชูุงู
ููุฉู.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. โ Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuโah, no: 535.
Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Qubaโ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:
ุตููุงูุฉู ุงูุฃููููุงุจูููู ุญูููู ุชูุฑูู
ูุถู ุงููููุตูุงูู.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.
TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA
Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah bermula dari waktu matahari mulai naik iaitu kira-kira 25 minit selepas waktu syuruk (terbit matahari) sehinggalah sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu Zuhur). Sebaik-baiknya sebelum masuk waktu Dhuha, dirikan dulu solat sunat Isyrak (iaitu bermula 12 minit selepas syuruk hinggalah masuk waktu Dhuha, ruang waktu solay Isyrak hanyalah 13 minit sahaja).
Menurut Syaikh al-โUtsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumtiโ:
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Daripada Anas radhiallahuโ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam bersabda:
ู
ููู ุตููููู ุงููุบูุฏูุงุฉู ููู ุฌูู
ูุงุนูุฉู ุซูู
ูู ููุนูุฏู ููุฐูููุฑู ุงูููููู ุญูุชููู ุชูุทูููุนู ุงูุดููู
ูุณู
ุซูู
ูู ุตููููู ุฑูููุนูุชููููู ููุงููุชู ูููู ููุฃูุฌูุฑู ุญูุฌููุฉู ููุนูู
ูุฑูุฉู ููุงูู ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู
ุชูุงู
ููุฉู ุชูุงู
ููุฉู ุชูุงู
ููุฉู.
Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaatโฆโ Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumuโah, no: 535.
Sabda Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam:
ุตููุงูุฉู ุงูุฃููููุงุจูููู ุญูููู ุชูุฑูู
ูุถู ุงููููุตูุงูู.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.
Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.
Daripada Anas bin Malik radhiallahuโ anh bahawasanya Nabi shallallahu โalaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat โ Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.
ุฃูู
ูู ููุงููุฆู ููุฅููููููุง ููุงููุชู ุฅูููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ุฏูุฎููู ุจูููุชูููุง ููููู
ู ููุชูุญู ู
ููููุฉู
ููุงุบูุชูุณููู ููุตููููู ุซูู
ูุงูููู ุฑูููุนูุงุชู.
Maksudnya:
Daripada Ummu Haniโ, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat โ Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.
Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:
ููุนูููุฏ ุงููุทููุจูุฑูุงูููู ู
ููู ุญูุฏููุซู ุฃูุจูู ุงููุฏููุฑูุฏูุงุกู ู
ูุฑููููุนูุง ู
ููู ุตููููู ุงููุถููุญูู ุฑูููุนูุชููููู ููู
ู ููููุชูุจู ู
ููู ุงูููุบูุงููููููู ,
ููู
ููู ุตููููู ุฃูุฑูุจูุนูุง ููุชูุจู ู
ููู ุงููุชููุงุฆูุจูููู , ููู
ููู ุตููููู ุณูุชููุง ูููููู ุฐููููู ุงูููููููู
ู ,
ููู
ููู ุตููููู ุซูู
ูุงููููุง ููุชูุจู ู
ููู ุงูููุนูุงุจูุฏูููู , ููู
ููู ุตููููู ุซูููุชููู ุนูุดูุฑูุฉ ุจูููู ุงููููููู ูููู ุจูููุชูุง ููู ุงูููุฌููููุฉู
Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Dardaโ secara marfuโ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. โ rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Yaโqub al-Zamiโi yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didhaโifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Maโin dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dhaโif. Wallahuโalam.
Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:
ู
ูุนูุงุฐูุฉู ุฃููููููุง ุณูุฃูููุชู ุนูุงุฆูุดูุฉู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนูููููุง:
ููู
ู ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุตููููู ุตููุงูุฉู ุงูุถููุญููุ
ููุงููุชู: ุฃูุฑูุจูุนู ุฑูููุนูุงุชู ููููุฒููุฏู ู
ูุง ุดูุงุกู.
Maksudnya:
Daripada Muโadzah, dia berkata: Aku bertanya kepada โAisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu โalaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qurโan
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
---