Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
*Anda boleh menghadapi situasi dan melepasi cabaran, insya Allah. Bersabarlah.
Baca Al-Quran dan Fahami Maksud Ayat
Abdullah bin Mas'ud r.a mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebajikan. Satu kebaikan digandakan kepada sepuluh kebajikan. Aku tidak berkata "alif lam mim" itu satu huruf akan tetapi "alif" satu huruf, "lam" satu huruf dan "mim" satu huruf."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)