🟡 Zakat Emas 🟡
Jika anda memiliki barang kemas cukup atau lebih dari : 85gram (tak dipakai) dan 170 gram (dipakai) dan mencukupi haul 1 tahun, maka WAJIB untuk bayar zakat emas.
Contoh 1
Emas Simpanan
Bella memiliki emas (bar, cincin, gelang, rantai) yang tidak dipakai selama 1 tahun. Jumlah berat semuanya 100 gram. Berapa zakat emas perlu bella bayar?
Kiraan Zakat Emas : (100g x RM203.50) x (2.5% daripada nilai emas yang cukup syarat) iaitu RM508.75 sahaja.
Contoh 2
Emas Perhiasan
Emas yang dipakai urufnya ialah 170gram
Katakan nilai emas per gram ialah RM203.50.
Jijah memiliki emas perhiasan sebanyak 300gram selama 1 tahun.
300gram - 85gram = 215gram.
215gram x RM203.50 = RM 43,752.50 X 2.5% = RM 1093.80
SOALAN YANG SELALU DITANYA.
1. Perlukah membawa emas ke kaunter untuk bayar zakat emas?
- Tidak Perlu. Anda cuma perlu sebut berapa jumlah berat emas dimiliki.
.
2. Jika ada barang kemas 999 dan 916, perlukah diasingkan beratnya?
- Campurkan sekali berat.
.
3. Dimanakah nak bayar zakat emas?
- Di kaunter Zakat yang bertauliah (seperti pusat pungutan zakat negeri).
Sumber: Lembaga Zakat Kedah
Nota: Dalam contoh di atas, uruf emas yang dipakai di Kedah ialah 170 gram. Uruf mungkin berbeza di negeri lain.