Latest

Sunday, July 16, 2023

Sayyidul Istighfar, Istighfar Terbaik (Penghulu istighfar)

DOA KETIKA MENGHADAPI MASALAH


DOA KETIKA MENGHADAPI MASALAH ๐Ÿคฒ

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฑَุญْู…َุชَูƒَ ุฃَุฑْุฌُูˆ ูَู„َุง ุชَูƒِู„ْู†ِูŠ ุฅِู„َู‰ ู†َูْุณِูŠ ุทَุฑْูَุฉَ ุนَูŠْู†ٍ ูˆَุฃَุตْู„ِุญْ ู„ِูŠ ุดَุฃْู†ِูŠ ูƒُู„َّู‡ُ ู„َุง ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„َّุง ุฃَู†ْุชَ

Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya daku mengharapkan rahmatMu dari itu janganlah Engkau membiarkan daku menguruskan diriku sendiri walaupun sekelip mata.

[Hadis Riwayat Abu Daud, 5090, Status hadis: Hasan]

KELEBIHAN ZIKIR lailahaillallah wahdahula syarikalah...100 KALI SEHARI


KELEBIHAN ZIKIR lailahaillallah wahdahula syarikalah... 100 KALI SEHARI

ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ ، ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ، ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ
x100
[Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu]
x100

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, “ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑ”. - (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

ุฑَุจَّู†َุง ุขุชِู†َุง ูِู‰ْ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِู‰ْ ุงู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَّู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ
(Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka)

-----
๏บَ๏ปŸ๏ป ๏ปฌُ๏ปขَّ ๏บปَ๏ปžِّ ๏ป‹َ๏ป َ๏ปฐ ๏บณَ๏ปดِّ๏บชِ๏ปงَ๏บŽ ๏ปฃُ๏บคَ๏ปคَّ๏บชٍ ๏ปญَ๏ป‹َ๏ป َ๏ปฐ ๏บ๏ปِ ๏บณَ๏ปดِّ๏บชِ๏ปงَ๏บŽ ๏ปฃُ๏บคَ๏ปคَّ๏บชٍ

JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA


JANGAN JEMU DOAKAN IBUBAPA KITA

1. Rasulullah s.a.w mendidik para sahabat supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa. Ini kerana, doa kita mampu membantu meninggikan kedudukan mereka di sisi Allah.

2. Di dalam al-Quran, Allah mengajar kita supaya sentiasa mendoakan kedua ibubapa kita. Firman Allah ุณُุจْุญَุงู†َู‡ُ ูˆَุชَุนَุงู„َู‰ :

ูˆَู‚ُู„ْ ุฑَุจِّ ุงุฑْุญَู…ْู‡ُู…َุง ูƒَู…َุง ุฑَุจَّูŠَุงู†ِูŠ ุตَุบِูŠุฑًุง

“Dan doakanlah (untuk mereka dengan berkata) Wahai Tuhanku,  cucurilah rahmat kepada mereka berdua  sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil.”

(Surah Al-Isra: 24)

3.  Mendoakan mereka juga adalah sunnah para Nabi. Di dalam al-Quran Allah mendatangkan beberapa contoh Nabi yang mendoakan kedua ibubapa mereka. Antaranya adalah doa Nabi Nuh:

ุฑَุจِّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠ ูˆَู„ِูˆَุงู„ِุฏَูŠَّ ูˆَู„ِู…َู† ุฏَุฎَู„َ ุจَูŠْุชِูŠَ ู…ُุคْู…ِู†ุงً ูˆَู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ูˆَุงู„ْู…ُุคْู…ِู†َุงุชِ

“Wahai Tuhanku, ampunlah bagiku, dan kedua ibubapaku serta sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman.”
(Surah Nuh: 28)

4. Sebahagian sarjana Muslim berpandangan bahawa sentiasa berbuat baik kepada ibubapa itu boleh melapangkan rezeki seseorang. Ini kerana menurut al-Imam al-Badr al-Aini, berbuat baik kepada ibubapa itu adalah sebaik-baik amalan dalam menghubungkan silaturrahim. Dan orang yang menghubungkan silaturrahim ini akan dipermudahkan rezekinya di sisi Allah. Sabda Rasulullah SAW. 

ู…ู† ุฃุญุจ ุฃู† ูŠุจุณุท ู„ู‡ ููŠ ุฑุฒู‚ู‡ ูู„ูŠุตู„ ุฑุญู…ู‡

“Barangsiapa yang berharap agar diperluaskan rezekinya maka hubungkanlah silaturrahim.”

Oleh itu, jangan jemu mendoakan dan berlaku baik kepada ibubapa kita semasa mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. Sentiasa doakan mereka seusai solat kita.

Wallahua'lam.

Bersyukur dan Bersabar

Bersyukur dan Bersabar

Daripada Shuhaib r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: 

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” 

(Hadis Riwayat Muslim No. 2999, Status Hadis Sahih)

۞ ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ۞

Please Join my facebook's fan page